-Bab 13-

11 1 5
                                    


TOK! TOK! TOK!

Aku terjaga apabila bunyi ketukan itu terus berterusan sehingga membingitkan telinga. Aku terus turun dan buka pintu.

"Yeay.. Abang dah balik!," kataku sambil peluk suami. Shahrul hanya kaku tanpa membalas pelukanku. Dahiku berkerut. Aku pelik. Ada apa-apa yang jadi ke?

Perlahan-lahan aku leraikan pelukan.

"Abang kenapa?," soalku. Shahrul terus mengeluarkan telefon dari dalam poketnya.

"Ni siapa?," tanya Shahrul sambil menunjukkan gambar seorang perempuan dengan lelaki. Bila aku teliti balik, tu gambar aku dengan lelaki gila yang suruh aku curang tu.

"Ni bukan....," tanpa sempat aku sambung, Shahrul potong.

"Awak kata nak keluar dengan Qisya. Kenapa keluar dengan lelaki lain pula?!," suara Shahrul sudah tinggi. Aku terkedu.

"Sa.. Saya," aku tak tahu nak balas apa.

Shahrul mendengus dan terus menarik rambutku sambil mengheretku menaiki tangga.

"Ab.. Abang.. Sakit," rintihku. Air mata turun berjuraian.

Shahrul buat tak tahu. Dia tarik aku sampai bilik.

DUM!

Pintu bilik dihempas.

"Hati aku lagi sakit kau tahu tak?!," jerkah Shahrul sambil membaling aku ke lantai bilik.

Kepala aku terhantuk dekat lantai. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Selepas itu, Shahrul beredar. Dia hanya membiarku terbaring diatas lantai.

Air mata sekali lagi turun. Pandangan aku mula berbalam-balam.

AKU terjaga dari pengsan. Cahaya yang masuk ke dalam mata buat aku rasa pening. Aku terus tutup mata.

Perlahan-lahan aku buka mata. Beberapa minit kemudian, aku dapat menyesuaikan diri dengan cahaya tersebut. Selepas diperhati tempat tersebut, barulah aku teringat yang aku berada di dalam bilik. Kejadian aku ditarik rambut dan dibaling ke lantai membuat kepala aku sakit. Berdenyut-denyut.

Aku cuba untuk bangun. Cubaan pertama dan kedua gagal. Setelah beberapa seketika, aku cuba bangun semula. Berjaya.

Dengan langkah yang perlahan, aku turun tangga.

Sebaik sampai ditingkat bawah, aku terdengar suara orang bergelak ketawa di dalam bilik tetamu.

Siapa pula yang bawa orang lain masuk ni? Takkan suami aku pula.

Dada aku berdebar-debar. Aku mendekati bilik tersebut.

Aku buka pintu tersebut. Perlahan-lahan.

Mata aku terbuntang luas.

Dihadapan aku, ada dua orang manusia. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

It's him and it's her.

Shahrul and Shaena.

They are kissing.

"Ab.... ABANG!!!!," jeritku. Kakiku menggigil. Hati aku berkecai. 

Aku... Aku perlukan ibu sekarang ni.. Tapi dia keluar.

Pinta CintaWhere stories live. Discover now