Bab 5

30 1 3
                                    


"HOI, lambat datang? Selalu awal je," kata Zarif.

"Suka hati akulah," kataku.

"Amacam semalam majlis? Seronok tak jadi tunang orang?," tanya Zarif. Kuat.

PAP!

"Hoi kau ni! Kot ye pun janganlah cakap kuat-kuat! Diorang mana tau aku dah jadi tunang orang," kataku sambil menghempuk kepala Zarif dengan buku Matematik. Zarif hanya ketawa. Tak guna.

"Weh, asal kasut kau tu?," aku tunjuk kasut Zarif yang terlampau kotor itu.

"Semalam aku-," tak sempat Zarif mahu menghabiskan ayat, cikgu Yusrina sudah masuk kelas.

"Bangun... Assalamualaikum, cikgu Yusrina," kata Amirul dan semua ikut.

"Waalaikumussalam,semua. Baiklah, sila du-"

TOK! TOK! TOK!

Cikgu Yusrina memandang orang yang mengetuk pintu. Ada sekumpulan pengawas sedang berdiri berdekatan pintu.

"Sekarang ye, Aswad?," soal cikgu Yusrina.

"Eh, taklah cikgu. Bulan depan," balas Aswad. Ni kalau aku yang tanya, dah lama kena cili mulut tu.

Nampaknya korang kena set kat kepala yang Aswad ni selalu fail  bab – bab lawak ni. Sebab sekarang, seorang pun tak ketawa dengar lawak basi dia.

"Baiklah semua, sila berdiri di sisi meja masing-masing dan letakkan beg di atas meja anda," arah cikgu Yusrina. Semua ikut arahannya.

Masa semua pengawas tengah selongkar beg budak – budak barisan depan, aku cari seseorang....

Shahrul.

Dia tengah selongkar beg si Shaena.

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi...........

Siap bergelak ketawa lagi tu!

Dia tengah selongkar beg Shaena ke tengah selongkar hati dia?

Nak kena tunang aku yang seorang ni.

Eh pahal dengan aku ni? Jealous?

Suka hati akulah nak jealous ke apa! Tunang kot!

"Hai awak," sapa Shahrul sampai menyelongkar beg aku. Cepat seh dia sampai sini.

Asal pengawas lain masih kat barisan kedua, dia dah tercampak kat sini?

Aku barisan last kot!

"Hai," balasku.

"Meh beg tu, saya nak cek"

"Dah puas dah?," tanyaku.

"Puas apa?," eh dia ni, macam tak tau pula.

"Dah puas selongkar hati si Shaena?"

"Bila masa pula saya selongkar hati dia? Saya cek beg dia jelah"

"Yeke? Habis tu kenapa dok tersenyum – senyum macam nak minta penampar special dari saya?"

"Jealous ke?," tanya Shahrul sambil terangkat-angkat kening.

"Dah cepat cek beg tu!," aku alihkan perhatiannya. Kalau berterusan, entah sampai bila habis.

-----------------------------------

Saje letak gambar tu.

hehe

Pinta CintaWhere stories live. Discover now