Bab 3 : bukan honeymoon

773 6 0
                                    

"Maksudnya tak ada sesiapa yang tahu kau keluar ni termasuk laki kau tu."

"He is not my husband!"

"Right, kau orang dah nikah ye. Okay maksudnya dia tu pun tak tau?"

"Ya Allah Mira kenapa gila betul jadinya ni? Kalau aku tau benda ni nak jadi, awal-awal aku dah suruh kensel." Lisa mengeluh lagi dengan kepala ditongkat malas pada tingkap yang terbuka.

"Bukan salah kau Lisa, mungkin dah memang takdir jadi macam ni."

"Mira, habis tu aku ni memang dah sah kahwin dengan dia lah kan bila dah bernikah pagi tadi?" Ujar Lisa spontan. Dia betul-betul rungsing sekarang. Rasanya kerungsingannya kali ini lebih hebat daripada kerungsingan dia nak mempertahankan hasil kerjanya sebelum dibentangkan pada bos. Dan dia rasa apabila hari pertunangan dulu pun dia tak serungsing begini. Dia lebih relaks, dan menyerahkan sahaja segalanya pada keluarga.

"Mana ada nikah yang tak sah!"

"Kau rasa boleh gostan balik tak Mira?"

Mira telan liur. Ada ke orang dah bernikah boleh nak tukar-tukar gear gostan segala ni? "Lisa, listen. Sekarang ni secara legal, kau memang dah menikah dengan dia siang tadi. Mamat tu sambut tangan tok kadi, dan dia sebut nama penuh kau, siap binti siap mas kahwin lagi. Dah ada ijab dah ada Kabul. So obviously there's no turning back. Kalau ada apa-apa syarat yang tersirat atau tersirat, itu aku tak tau."

Lisa mengeluh perlahan dengan kenyataan Mira. Mungkin dia masih hilang orientasi fikiran, sampai fikirkan ke situ.

"Jadi sekarang ni apa yang patut kita buat?"

"Apa yang patut kau buat." Mira membetulkan letak ayat. Dan Lisa mengeluh sekali lagi.

***

Dua hari mereka menghabiskan masa di Pantai Penyabung, Mersing. Selepas majlis perkahwinan hari ahad lepas, dan malam yang dia terus lari meminta Mira menyelamatkan dia, Lisa tidak lepas berbaring di gigi pantai. Dengan gitar yang dipinjam daripada pemilik chalet yang sudah mengenali mereka, dia asik melayan perasaan sahaja. Abang Fakri macam tahu-tahu sahaja melihat kedatangan dua gadis ini yang sejak dari dulu suka check in penginapan sementara di pagi dinihari.

"Lisa, nah Abang Fakri bagi." Mira menegur sambil menghulur seplastik beg merah.

"Apa ni?"

"Dia cakap bini dia kirim sarapan pagi untuk kita."

Lisa menyambut bungkusan itu, dan sama-sama menyertai Mira makan. "Aku cakap dengan Abang Fakri nak pinjam motor dia tadi. Pasni kita round kampung."

"Aku nak berendam seround."

"Sure." Mira mengangguk. Semenjak sampai di sini malam ahad lalu, ini lah aktiviti dia. Menemani Lisa melepak dan menghabiskan masa awal pagi menunggu matahari terbit, berendam laut, hampir tengahari cari makan, kemudian balik bilik tidur, dan keluar semula mencari hiburan di laut luas selepas itu. "Kau dah fikir apa yang patut kau buat?"

Lisa mengangguk selepas berdiam seketika. "Aku sayang kau Mira." Lisa tersengih tiba-tiba.

"Tak payah cakap pun aku dah tau."

"Eleh tau lah." Lisa mencebik. Kemudian mereka sama-sama berkejaran di gigi pantai.

***

"Angah kalau iye pun pergi bercuti takkan taknak return call back langsung! I nk request ole-ole ni"

Lisa dan Mira sama-sama jatuh rahang. Pergi bercuti? "Mana Syafiq tahu ni weh?"

"Kau rasa dia tau ke kau lari dan ada kat sini dengan aku?"

"Mana pulak." Lisa menjawab. Dia lantas mendail nombor Syafiq. "Fiq, mana you tau I pergi bercuti?"

Syafiq ketawa di hujung talian. "Husband you lah call ma bagi tau you both lari pergi bercuti terus malam tu. Gila betul kau orang, baru kahwin dah tak sabar nak honey moon."

Dia yang ditungguWhere stories live. Discover now