Bab 1 : Monkey

1.8K 11 0
                                    

"Please. Kalau you betul tak suka macam ni, let's just face everyone down there. We shall call it off tonight."

Selendang yang terletak di atas kepala dilurut ke bawah. Lisa membetulkan bun rambut dan berdiri tegak menentang tajam pandangan Adel. Dia kemudian menarik cincin yang baru tersarung di jari manis, cincin emas bertatahkan permata putih yang dipilih keluarga mertua untuk majlis ijab kabul yang baru berlangsung malam tadi "... I'm returning this back to you."

Dan diletak di atas meja konsol di tepi pintu. Cepat dia mahu keluar dan mendekati pintu, sanak saudara yang masih belum tidur menjadi arah tujuan utama di kala ini. Namun lengannya ditarik kasar, terhentak belakang badan Lisa dengan muka pintu. Berkerut dahi Lisa menahan sakit.

You dare not! Adel berang. Tak sangka wanita yang berketinggian separas bahunya ini lebih licik darinya.

Lisa menolak tubuh sasa Adel, namun tenaganya nampaknya tidak setanding Adel. Tajam dia menentang pandangan Adel untuk menzahirkan keberanian, tapi beberapa saat sahaja Lisa sudah tundukkan muka. "Lepaskan!"

"You jangan nak berani buat sesuka hati you!"

"Ini bukan sesuka hati I, Ini yang you mahu, kan?"

"I cakap bukan sekarang, certainly bukan malam ini. Nyai I ada dekat bawah, she's gonna get heart attack kalau you berdegil."

"Adel, I peduli apa Nyai you ada heart attack ke apa, let me go!" Diusaha keras untuk menolak tubuh Adel.

"Lepaskan I lah you monkey!"

Adel mengeluh kasar apabila Lisa sudah terlepas dari cengkaman dia, tak dapat dibayangkan kalau perempuan itu buat kecoh di rumah malam ini, dengan keadaan Nyai yang baru keluar hospital lagi. Tentunya papa juga akan naik berang dengan keputusan mereka yang dikata terburu-buru itu. Dengan pantas ditarik tubuh Lisa, dan dihempas pintu yang sudah mula dibuka dan dikunci dari dalam. Dihimpit tubuh Lisa ke pintu, agar perempuan itu tidak lepas dari cengkamannya lagi.

"Adel!" Lisa cuba menjerit, namun sepantas itu juga mulutnya ditutup.


I'm sharing this here, girls! dah lama tak menulis, dan banyak yang dah tersimpan tak pernah publish di blogspot 5 thn lepas.

Love,
Naily 🌹

Dia yang ditungguWhere stories live. Discover now