BAB 2

2.2K 53 36
                                    

****Heheh , ni ha sambungannya .... tahu ramai yang dok tunggu ekeke.  Lepas baca  rajin2 la  turunkan komen yea, nanti kak un masukkan nama awok2 semua dalam dedikasi .  Spesialgitu:)

______________

ALIZA berdiri di jendela biliknya yang terbuka luas. Bilik kecil ini menghala ke bahagian belakang rumah . Dari jendela berdaun papan ni, dapat melihat hutan tebal dengan pokok-pokok hijau merimbun. Dan ada satu pokok yang paling gedang di situ, yang nampak paling dominan berbanding pokok-pokok lain. Batang pokok ini sangat besar dan tinggi, cabang-cabangnya pula banyak.

Menurut Mak Nah, itu pokok jawi. Aliza pernah bertanya nama pokok tersebut pada emaknya. Kata emaknya lagi, makhluk-makluk halus suka duduk di pokok tu. Kiranya macam rumah mereka jugalah. Memangpun... sesekali pandang pokok tu , meremang bulu roma. Kak Yang cukup tak suka kat pokok tu. Sebab itu Kak Yang tak pernah masuk bilik Aliza ni. Seram . Sebenarnya, tak ada siapa pun dari adik beradiknya yang suka masuk bilik ini. Aliza seorang je suka tinggal di sini. Jadi secara rasminya bilik ini menjadi hak milik dia seorang.

Aliza suka melihat pokok jawi tersebut. Nampak sangat kukuh dan gah di situ. Malah kadang-kadang dia rasa terhibur melihat kejadian-kejadian di pokok tersebut. Dia dapat melihat macam-macam. Namun dia tak tahu orang lain dapat melihatnya atau tidak. Alaah... adik beradiknya bukan minat pun dengan pokok-pokok ni semua. Dia orang mana pernah ambil kisah pasal tumbuhan dan tanaman. Kak Yang tu, kalau pasal Fatih Aman , dia terkinja-kinja la, kalau pasal pokok dia bisu macam budak bodoh. Aliza seorang saja yang rajin membantu emak dia menguruskan pokok-pokok di sekeliling rumah. Masakan dia orang boleh nampak apa-apa kan, kalau nak pandang daun pokok pun mereka tak mahu. .

"Kau susah hati ke Ija?"

Ada suara tiba-tiba menjengah di cuping telinga Aliza. Spontan Aliza alihkan pandangan dari pokok jawi kesayangan ke arah katil bujangnya. Katil buruk yang telah berbelas tahun berbakti menampung tubuh Aliza. Pada zahirnya tidak kelihatan siapa-siapa di situ, namun Aliza tahu ada makhluk yang tengah menggunakan tilam dan katilnya.

"Abu! Kau ke mana? Aku tengah sedih , kau boleh tinggalkan aku sorang-sorang. Teruk kau!"

"Kau sedih? Pasal apa pulak nak sedih ? Selalunya kau yang tergedik-gedik suka bila ada manusia jantan lain mahukan kau?"

"Aku sedih la... Aku terpaksa kecewakan emak aku, kecewakan adik beradik aku. Bukan niat aku , aku sayang dia orang, kalau boleh nak puaskan hati dia orang...." Jawab Aliza dengan nada sedih.

"Habis... kenapa tak terima saja manusia jantan tu?"

"Sebab kaulah! Nanti kau marah aku, kau merajuk ... lari jauh-jauh!"

Aliza tahu Abu tengah sengih suka. Seronok la bila dengar Aliza tak terima pinangan lelaki lain. Dasar tamak punya jin!

"Tadi pun kau dah merajuk kan?"

"Mana ada..."

"Habis tu kau lambat balik. Pergi mana? Puas aku tunggu kat tingkap tu. "

"Aku pergi jalan-jalan aja. Bawa hati sekejap..."

"Kau ada hati ka?"

" Hei ini Abu la... apa benda yang aku tak ada? Kau saja yang suka down grade aku..."

" Berlagak! Cakap orang putih konon! Macamlah aku tak tau kau tu tak sekolah."

"Sekolah la!" Jerit Abu memprotes tuduhan Aliza. "Kau ingat aku low class sangat ka?" Abu mula tunjuk rupa marah.

"Yalah...yalah , kau hebat! Kau dari mana?" Bulat mata Aliza tanya.

"Pokok tu la. Ramai kawan-kawan aku kat situ. Dia orang boleh hiburkan hati aku yang lara ni..."

"Hati kau yang lara saja yang kau kira.... hati aku ni?"

Marah Aliza . Geram dengan perangai Abu. Dia lagi susah hati pasal keluarganya, Abu sikit tak peduli. Abu hanya pentingkan perasaannya sahaja. Tak pedulipun apa perasaan yang dialami Aliza.

"Kau pergi jumpa makwe kau atas pokok sana kan?"

Abu diam.

"Baik kau jawab Abu... betul kan?"

"Mana ada! Aku susah hati saja takut kau kahwin!"

"Kau jangan belot pada aku Abu. Kalau aku tahu kau buat perangai... aku kahwin dengan lelaki yang mak aku pilih. Padan muka kau dah tak dapat kawan dengan aku lagi."

"Tak ! Tak! Aku takkan buat perangai! Kau jangan kahwin dengan mana-mana jantan tau. Jantan-jantan manusia ni semuanya tak guna. Harapkan tolor saja besar, akal tak dak! Bodoh semua. "

Aliza jeling . "Hamboih kau Abu, mengutuk manusia pandai. Macam la kau tu bagus sangat! Sikit-sikit mahu marah, sikit-sikit mahu merajuk. Kau tu elok sangat ke?"

"Jangan la marah-marah darling Ija. Lepas ni aku jaga kau elok-elok. Tak ada bengis-bengis lagi. Janji kau jangan kahwin dengan manusia jantan! Benci aku! "

Aliza mencebir bibir. Yalah tu. Jauh di sudut hati, Aliza juga teringin untuk jadi seperti gadis lain. Ada pasangan, bercinta , disayangi dan berkahwin. Dia manusia biasa wei... bukannya hantu. 

JANGAN GANGGU JODOHKU!Where stories live. Discover now