Tangan naik meraup rambutnya sejurus nafasnya kembali normal . Emosi kembali stabil . Telefon diambil , mendail nombor telefon Demerez sambil kaki mengusung langkah ke arah ruang tamu .




Malangnya panggilan itu tidak dijawab malah memasuki peti suara . Sekali lagi Elise mendengus sebelum tegas suaranya menyampaikan arahan .



" call I Rez . ASAP! "


Baru sahaja ingin melabuhkan duduk di sofa panjang itu , ketukan di pintu apartmentnya kedengaran .
Sedar bahawa gerangan itu bukan Demerez lantas kaki diorak perlahan ke arah pintu utama itu . Tangan ragu-ragu untuk membuka daun pintu itu , terimbas anasir-anasir negatif namun pantas dibuang dari fikiran .



Terkuak sahaja pintu itu , sepasang mata Elise merenung tajam pada wajah lelaki dimuka pintu rumahnya . Perlahan-lahan , pandangan mata Elise turun pada tongkat milik lelaki itu .





























" kamu ugut saya ? "


Tajam selaran Kimberlin Hans dilontarkan pada Marcuez yang tersengih . Perjumpaan mereka adalah tidak dirancang malah pegawai muda itu tiba-tiba sahaja muncul dipejabatnya dan mengugut CEO itu .




" jangan ingat kamu boleh sesuka hati nak ugut saya hanya kerana kamu polis berpangkat tinggi ! Saya boleh saman kamu ! "



" saman ? Teruskan sahaja . Tapi , yang pasti bukan saya yang akan duduk dalam penjara . Tapi , isteri tuan ... mungkin tuan sendiri .. atau mungkin satu keluarga tuan . Ellen Kimberlin dan suami dia . Cucu tuan ... saya benarkan bebas " lebar senyuman sinis Marcuez menyentak Kimberlin Hans .



" ugutan tak berasas kamu langsung tak boleh diterima mana -mana mahkamah . Tak perlu memprovok saya . "



Marcuez ketawa . " itu bukan ugutan tak berasas malah lebih lagi . Tuan ingat saya tak tahu ... syarikat ni ada salah laku berkaitan rasuah dan pemilikan haram ke atas aset-aset merangkumi ... estet dibawah nama Kimberlin ? Sebab tu ... tuan rapat dengan bapa saya kan ? Tapi, tuan silap kalau fikir saya semudah bapa saya . Nope . Bukti dan segala hitam putih mengenai salah laku tuan ... ada pada saya . Dan ... saya bukan sahaja boleh berikan bukti tu pada mahkamah malah saya boleh twistkan bukti -bukti tu ... yang boleh menyabitkan seluruh keluarga Kimberlin ke penjara . Afterall , this is my profession "


" kamu tak boleh buat macam tu ! "


" tuan tahu saya boleh . Tak perlu saya teruk-teruk nak tegaskan setiap perkataan saya . Fikirkan hal ni baik-baik tuan Hans . Saya cuma minta satu sahaja, tuan boleh teruskan hidup macam biasa lepas ni . Asalkan saya dapat apa yang saya nak . "




" beri saya Elise "































Meliar mata melirik ruangan kafe itu sebelum dibawa kembali pada Judah . Masing-masing terus membisu , membiarkan suasana antara mereka samakin janggal .




" how are you ? "


Elise menahan diri daripada mencebik sinis , straw minumannya dipusing-pusingkan .



Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now