Bagus. Buat aku nampak jahat kat depan Jaemin ngan semua orang.

" Jaemin.. kau---"

" Kenapa kau kasar sangat ni Minhee?! Aku tak sangka kau rupanya perempuan yang kasar. Apa salah Yujin sampai kau buat noona aku macam ni hah?!!" bentak Jaemin dengan sinis.

Wah, kau-aku ? Wait what--- noona?

" DAH PUAS KE SALAHKAN AKU SETAN? " teriak aku dengan kuat. Mata aku sudah berair. Tak pernah lagi mana-mana lelaki yang bentak-bentak kat aku. Dah la main tuduh.

" Menyesal aku suka kau Minhee." ucap Jaemin dengan perlahan namun masih dapat didengari oleh aku.

" Pergi mampos. " aku blah daripada kantin lalu pergi ke tandas.

✦-

Dalam tandas, aku melepaskan segalanya. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Jaemin.

" Menyesal aku suka kau Minhee."

Aku terdiam.

" Ah malas la aku layan! "

✦-

Minhee dihukum bersihkan kelas selepas waktu persekolahan akibat pertengkarannya dengan Ahn Yujin yang telah sampai ke telinga guru disiplin.

" Bangang betul." aku membaling penyapu yang dari tadi aku pegang ke atas lantai.

" Jangan rosakkan harta benda sekolah! "

Pandangan aku teralih ke sumber suara iaitu di luar kelas. Aku mengalihkan pandangan setelah mengetahui orang itu ialah Jaemin.

" Nak aku tolong?" Jaemin mengambil penyapu yang dibaling oleh aku lalu menghulurkannya kepada aku. Namun aku menjatuhkan penyapu itu semula.

" Jangan jadi kasar please. Aku tak suka." Jaemin memandang Minhee dengan serba salah.

Aku menghiraukan dia dan terus mengambil beg aku dan keluar daripada kelas. Lantaklah dengan hukuman tu. Asalkan aku tak nampak muka Jaemin.

Aku dah la paling menyampah dengan manusia yang suka tuduh-tuduh orang sesuka hati nenek moyang dia.

" Minhee.. kejap! " Jaemin menarik tangan aku.

" Kau nak apa lagi? Tak puas ke salahkan aku?!" teriak aku.

" BOLEH TAK JANGAN JADI KASAR SANGAT ? KAU TU PEREMPUAN TAHU? "

" Ha jerit la lagi, jerit! " makin kuat jeritan aku. Bergema satu kelas. Air mata aku mula bertakung.

Jaemin terdiam apabila melihat mata Minhee yang sudah berair nak menangis.

" Jangan kacau aku. Aku nak nangis." ucapku lalu menarik tangan aku daripada genggamannya.

" Lah? nak nangis pun bagitahu? Jangan lupa balik rumah! "

✦-

Petang tu, Minhee bukannya balik ke Gangnam Mount Austin, sebaliknya dia pergi ke minimarket tempat Haena bekerja sambilan.

" Haena." aku menyapa Haena yang duduk di tempat cashier.

" Eh kau. Nak beli apa? " soal Haena.

" Nak beer weh."

" Kau gila? Kau tu belum cukup umur lagi tahu?! " getus Haena, sedikit terkejut dengan permintaan Minhee.

" Alah tinggal setahun je lagi kot. Takpe lah." pujuk aku.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now