Amanda tidak suka menunjuk-nunjuk bahawa mereka bercinta. Ya Tony sendiri tidak faham kenapa Amanda berlagak seolah tiada ikatan diantara mereka. Padahal mereka bukan sekali dua terlanjur dan tondu itu tidak pernah mengucapkan cinta atau kata-kata suka padanya tidak sama sekali.
Amanda : Sya endak mau ni baby, bikin susah!
Tony : Amanda don't say that! Sya akan jumpa daddy ko...
Amanda : No! Dia tidak boleh tahu.
Amanda anak yang betul-betul sempurna didepan daddynya dan dia tidak mahu siapapun tahu tentang ini. Tony tidak mahu dia mengugurkan bayi itu, sedang sibuk saling berbincang-bincang untuk menentukan nasib si baby kandungan Amanda sudah berusia lima bulan dan Tony membuat dia terpaksa setuju untuk tinggal bersamanya sehingga baby lahir.
Setelah baby lahir, dia serahkan semuanya pada Tony. Amanda meneruskan kuliahnya dan menubuhkan Syarikat Agro dan sangat berjaya. Sementara Tony cuba membesarkan anak lelakinya sendirian, meninggalkan dunia kuliah dan berusaha dari bawah. Sepasang suami isteri yang simpati padanya mengangkat si anak seperti anak sendiri dan Tony perlahan membina kerjaya yang akhirnya mempertemukannya kembali dengan Amanda.
Saat syarikatnya lemah, tiba-tiba Amanda menawarkan pengabungan dengan alasan mendiang Nisah isteri Tony adalah sahabat baiknya. Hubungan mereka membaik semula tetapi tondu itu menolak untuk berkahwin dengan Tony sehingga dia meninggal dalam satu kes pembunuhan yang sedikit sebanyak menunjuk Tony sebagai salah satu suspek pembunuh selain anak saudaranya EJ.
Tony tidak bunuh Amanda, dia mencintai tondu itu sehingga Tuhan menjemputnya. Sikitpun dia tidak berniat jahat pada tondu yang menjadi ibu kandung anaknya sendiri.
* * * End of Flashback* * *
Tony : Jadi apa ko mau sekarang?
Kusai : Hak sya...
Tony menggeleng kepalanya, seumur hidup Amanda tidak pernah mengambil tahu tentang anaknya ini. Itu yang Tony marah, dia memang pernah cuba memberitahu kewujudan mereka tapi Amanda mengelak dan dia tidak mahu tahu, yang dia tahu mereka itu meninggal saat dilahirkan seperti yang Tony nyatakan waktu itu. Dan itu maklumat yang dalam pengetahuan Tony.
Tony : I'm sorry son, sya bukan daddy yang baik.
Tu kusai berdiri, mencapai kuncinya dan keluar. Mr Tony sempat memerhati dari kaca jendela anak lelakinya itu menunggang motorbike dengan laju menghilang dari pandangannya.
Tony menggeleng kepalanya, apapun dia cuba adakan untuk anaknya ini. Hanya sahaja si anak menjadi lelaki dewasa keras kepala dan selalu menyalahkan Tony dengan nasibnya yang tidak diakui ibu kandung. Syukurlah hati Tony terubat juga bila mengingat anak yang itu membesar dengan didikan ibubapa angkat dan sangat berbeza.
Tony memandu keretanya kembali ke rumahnya sendiri bila si anak yang ini tidak peduli dengan keberadaannya. Mungkin dia akan lebih baik saat dia datang lain kali fikir Tony.
* * *
Febian memandang smartphonenya yang berbunyi, nombor yang tidak dikenali menghubunginya.
📞Pegawai : Mr Febian, sila hadirkan diri ke Hospital Alamanda untuk mengenalpasti mangsa kemalangan Miss Wilma Peter dan Mr Christian Jose.
📞Febian : Baik saya datang.
Tidak perlu pengangkutan sebenarnya, Febian sudah di Hospital Alamanda pun juga. Hanya perlu berjalan kaki secara santai dua block kedepan dan akan tiba di bilik mayat.
Jacob, Albert dan Jack sudah berdiri di luar bilik mayat tersebut. Pasti mereka juga berkemungkinan dipanggil untuk mengenalpasti mayat rentung yang ditemui. Febian mendiamkan diri dia tidak pula menceritakan yang dia lihat semasa di bangunan.
Mereka dibawa masuk serentak dan nampaknya Steve sudah menunggu di sana bersama dua anggota polis beruniform dan seorang doktor perempuan dengan kepala ditutup pakaian warna hijau dan ada apron plastik dengan sarung tangan plastik ditangan.
Steve : Doc silakan.
Doktor : Tuan-tuan tolong tengok kalau boleh kenal ni mayat.
Febian dan rakan lain menghampiri, si doktor tunjukkan wajah mayat yang mengerikan dan Albert mengangkat tangannya dia menggeleng kepalanya, keluar dan mula kedengaran muntah-muntah diluar.
Dengan santai si doktor cuba menjelaskan bagaimana berberapa hal termasuk tanda-tanda vital yang difikirkan membantu dan mereka masih tidak dapat mengecam mayat itu.
Febian : Saya rasa ini bukan Chris, lelaki ini kelihatan lebih berat dari Chris yang agak lebih tinggi. Macam sya ba doc.
Si Doktor silik ni si Febian yang berdiri di sebelahnya. Dia tunjuk Jack disebelah Febian.
Doktor : Ni mayat tinggi macam dia ja tapi ada gumuk sikit ja... Dan tengok tangan dia ada rantai silver ini.
Jack : Sya ingat Chris tiada o pakai ni rantai tadi pagi.
Febian mengangguk pada Jack. Steve melihat dan memerhatikan detail itu.
Steve : Kamu juga menyiasat kes ini?
Jacob : Tidak lagi setelah Tuan Chris membawa Wilma dari jagaan dan kawalan kami sebelum kemalangan.
Febian memandang Jacob yang confident saja jawab si Steve tanpa tengok dia. Jack menutup kembali mayat didepan mereka dan suasana ngeri itu berkurang sedikit.
Steve : Oh, tapi sya tetap mau minta bantuan kamu nanti ni.
Jacob mengangguk macam dia pula ketua diantara mereka. Dia lupa tengok Febian yang tersengih memandang kearahnya.
Keluar dari bilik bedah siasat itu Jacob hembus nafas lega.
Febian : Well kita nampak sudah siapa berbakat kalau jadi jurucakap.
Mereka semua tersenyum termasuk Albert yang kelihatan berpeluh-peluh di sebelah Jack.
Jack : Juga siapa yang kena belanja makan sebab keluar takut mayat tadi.
Albert berhenti dia memandang tiga pasang mata sedang mengarah padanya.
Albert : Sya mau muntah lagi o...
"Hahahaha..."
Febian : Kita tunggu arahan seterusnya, mari pulang... Albert kasi tau kalau duit endak cukup ar.
Dan mereka meninggalkan Albert yang sibuk membasahkan kepalanya dengan mineral water yang dibawanya.
* * *
"Kombura Bungalow"
Pemandu : Tuan JR betul sudah ni tempat sya rasa.
JR memandang ke luar, cuba mengecam tempat itu seperti dalam ingatannya lebih kurang sepuluh tahun lalu. Gerbang tinggi dengan bunga rose jenis melilitkannya itu memang rare dan JR pasti itulah tempatnya. Dia mengeluarkan smartphone mencari nombor yang diberi Sir Angelo dan membuat panggilan.
"Buka gate uncle"
Arahan ringkas dan mereka terpaksa menunggu berberapa ketika apabila seorang lelaki berumur 60 atau lebih datang dengan sweater tebal dan menyuluh mereka dengan saksama.
Uncle : Ba masuk lah....
Bilangnya mungkin tidak menyedari si pemandu ambulance melotot kepadanya. Si uncle menutup gate dan mengekori kenderaan itu siap menyuluh pemindahan si pesakit ke rumah tanpa berkata-kata. Dia mengira ada tiga orang lelaki dan dua perempuan semuanya.
Berpuas hati dengan pengamatannya si uncle beredar ke gate semula kira-kira ambulance itu mahu keluar membawa bersama seorang lelaki dan pemandu sahaja. Lelaki yang satunya serta dua jururawat telah ditinggalkan dirumah tersebut bersama pesakit juga ada berberapa peralatan yang tidak dikenali turut dimasukkan di bilik bersebelahan majikan barunya EJ.
Ambulance kemudian keluar dari gate, siap di uncle suluh wajah si pemandu sekali lagi. Orang tua itu kemudian mengeluarkan smartphonenya dan membuat panggilan telefon setelah ambulance jauh dari pandangan.
Uncle : Tuan, tiga lelaki dua perempuan satu pesakit masuk. Keluar dua lelaki ja. Roger and out.
YOU ARE READING
MISSING
General FictionWilma menjadi saksi kemalangan langgar lari pada suatu malam yang basah. Kawasan terpencil dan sangat jarang dilalui oleh orang penakut sepertinya. Tetapi malam itu dia dihadapkan dengan pilihan menyelamat atau biarkan mangsa itu menentukan sendiri...
Part 16: Once Open a Time
Start from the beginning
