Part 15: Chris?

1.3K 113 21
                                        

Febian :... itu kan... Chris...

Febian melihat sosok seseorang yang dia rasa sangat serupa ataupun memang orang yang sama. Bagaimanapun dia tidak pasti, dia masih sedikit pening dan kelaparan.

Nurse itu memandang Febian yang sedang memerhatikan seseorang, dia tidak mengindahkan kata-kata lelaki itu. Lagipun tiada makna semua itu baginya. Dia cuma mengikut arahan yang diberi sebelumnya.

Nurse : Silakan masuk Tuan.

Febian masuk dan mendapati berberapa doktor sedang berbincang-bincang dalam bilik itu. Sebuah katil yang sepatutnya ditempati pesakit telah kosong mungkin sahaja penghuninya sudah...

Febian : Wilma!!

Doktor : I'm Dr Kwan, Mr Febian we are really sorry but...

Febian : Kenapa dia doc?

Doktor senior itu berdiri dan mendekati Febian dengan wajah serba salah. Febian memegang kepalanya berharap ada jawapan lain dan lebih baik dari jangkaannya.

Dr Kwan : Pesakit sedar sebentar tadi tapi nampaknya dia trauma.

Febian : Doc ada sesiapa melawatnya sebelum ini..?

Febian menyentuh dagunya, berfikir dan cuba mengaitkanan dengan kelibat Chris tadi ... doktor itu tersenyum dan menyatakan.

Dr Kwan : Mr EJ telah mengurus pemindahan pesakit menggunakan ambulance, Mr Febian. Jangan bimbang dia selamat.

Febian : Doc, family pesakit datang sendiri kah?

Si Doktor menggeleng kepalanya, dan Febian tambah yakin Wilma kemungkinan diculik.

Dr Kwan : No, Mr JR yang tolong jemput bersama team doktor persendirian juga perawat mereka.

Kata doktor yang paling senior. Febian meraup wajahnya tanda lega. Cuma dia sedikit keliru dengan kusai serupa Chris tadi. Sedangkan Jacob mengatakan bahawa lelaki itu hangus terbakar... melainkan...

* * * Sejam Sebelum * * *

Wilma merasa kegelapan menyelebunginya lama, sepertinya dia tidur terlalu lama dan dia dibangunkan dalam keadaan yang betul-betul sakit. Berberapa orang yang tidak dikenali datang menghampirinya. Melihatnya seperti subjek yang perlu dipelajari.

Seorang yang kelihatan lebih berumur diantara yang lain menyuluhkan cahaya pada matanya. Silau, Wilma sedikit terkejut dengan cahaya menyilaukan itu sebenarnya.

Kusai : I'm Doctor Kwan, how do feel?

Wilma pandang kusai itu, katanya tadi dia seorang doktor. Wilma tidak pernah melihatnya sebelum ini, mungkin. Wilma cuba bersuara tetapi dia sendiri tidak mampu mengeluarkan suaranya. Pasti dia telah mengalami sesuatu yang sangat menyakitkan sebelum ini.

Rasa takut tiba-tiba menyelebunginya, dia sedang berbaring sementara tidak seorangpun dari manusia yang berada di sekelilingnya dia kenali. Kecuali Dr Kwan yang sudah memperkenalkan diri. Dia cuba bergerak dan tubuhnya sakit semua. Dia mula cemas dia berusaha untuk berteriak tetapi sia-sia. Kepalanya menjadi sakit malah sangat sakit.

Dr Kwan : Nurse beri suntikan itu lagi.

Wilma sempat melihat Dr Kwan mengerutkan dahinya sebelum semuanya malap dan gelap lagi. Wilma berharap dia cuma tidur, tidur yang panjang dan bangun dengan suasana yang tidak buat dia tertekan lagi.

* * *

JR mematikan panggilan Febian, dia perlu melakukannya tugas besar. Dia menghembus nafasnya berat sambil memandang Thea yang sarat mengandung. Isterinya itu memandangnya kembali. JR kalau boleh tidak ingin meninggalkan Thea dengan kandungan tujuh bulan apa lagi hanya berduaan dengan si bibik di rumah.

MISSINGWhere stories live. Discover now