Thea menghampiri JR, menyentuh tangan suaminya itu dan memberikan senyuman. Ada sedikit kekuathiran apa lagi masa juga sudah menunjukkan jam 4:45 petang. Apa sahaja boleh berlaku.

Thea : It's okay dear saya boleh jaga diri, mom dan dad juga sudah dalam perjalanan kemari.

JR tidak berkata apa-apa dia menarik Thea dalam pelukannya, memeluknya erat sambil memejam mata.

JR : Thanks dear, saya bergerak sekarang.

JR melepaskan pelukan dan mencapai kunci dan berlalu ke garaj, sambil menghidupkan kereta dia menghubungi Dr Harold sahabat daddynya untuk menyediakannya ambulance dan nurse yang akan mengiring pemindahan seorang pesakit yang setakat ini sedang menjalani pembedahan dan dalam keadaan stabil.

Dalam masa yang sama dia mengarahkan Jacob untuk datang ke hospital Alamanda bagi membantu Febian membuat kawalan keselamatan Wilma. Menurut Febian tadi dia sudah mengarahkan EJ untuk pergi ke tempat yang telah di tunjukkan oleh Mummy Amanda.

JR tentulah tidak pakar dalam bidang ini melainkan mengikut nalurinya sahaja terfikirkan sebuah rumah yang dibeli daddynya semasa dia masih belajar dulu dan kata Daddynya untuk abangnya EJ. Dia dan daddynya pernah bercuti berberapa kali disitu dan tempat itu bagus untuk mereka yang sukakan suasana pergunungan dan mengelak dari gangguan pencemaran asap kenderaan. Dan Wilma akan selamat dan akan cepat sembuh disitu.

Doktor Harold telah mengurus pemindahan Wilma dari Hospital Alamanda. Dia terpaksa menggunakan pengaruhnya sebagai doktor senior dengan membincangkan terus kes Wilma sebagai pesakit khas yang memerlukan penjagaan khusus darinya sebagai doktor peribadi pesakit.

Dr Harold : Saya terpaksa memindahkannya, dia masih dalam rawatan sebenarnya.

Dr Kwan : Ada banyak kesan lebam-lebam dan cedera pada tubuhnya selain pembedahan yang kami buat pada bahagian tempurung kepala yang cedera, koyak dan ada serpihan kaca tertanam disitu.

Dr Harold : Thanks, kamu sudah buat dengan baik dan saya akan teruskan rawatan pemulihan.

Dr Kwan : Pesakit mungkin akan mengalami berberapa masalah biasa berikut kemalangan dan trauma. Harap doc akan mampu menanganinya nanti. Hubungi saya kalau perlu bantuan.

Dr Harold mengangguk, dia menandatangani dokumen yang diberikan padanya sementara JR berurusan di kaunter pembayaran.

Wilma dimasukkan dalam ambulance diiringi Dr Harold, nurse dan JR. Semasa ambulance bergerak ada berberapa orang pengunjung kelihatan meluru masuk ke bahagian itu dan JR melihat seseorang yang dia macam kenal tetapi pintu ambulance ditutup membuat JR hanya merenung sebentar.

* * *

Steve pembantu kepada Insp. Chris dan berberapa rakan polis berada di tempat kejadian kemalangan melibatkan Chris dan Wilma. Dia berdiri di tempat Wilma terbaring sebelumnya ada kesan darah yang sudah kering dan sebelah kasut yang tertinggal disitu.

Steve mencucuk kasut itu dengan pennya dan memasukkan dalam bekas plastik sebagai bahan bukti. Sementara rakannya yang lain sedang menyoal siasat Jacob yang melaporkan kejadian itu tetapi ceritanya terpenggal dengan menemui kereta yang terbakar dan ada mayat rentung didalamnya.

Kesan tayar yang dibrek di atas jalan raya nampak jelas, juga ada kesan tayar kecil kemungkinan motorsikal juga kelihatan pada aspal jalan. Tidak ada kesan pelanggaran, serpihan atau pecahan kaca di atas jalan.

Langkah Steve berhenti di tepi jalan raya dimana kereta yang sudah terbakar itu dipercayai jatuh. Steve mengerutkan dahinya dia garu sedikit dahinya dan melihat ke kiri dan kanan. Sebuah smartphone hampir tidak kelihatan tergeletak dicelah-celah rumput. Steve memegangnya dengan sarung tangan dan memasukkannya dalam bekas plastik juga.

Steve merenung bekas tayar yang hitam dan berhenti berberapa inci sebelum gaung, sesuatu dalam mindanya tercetus.

"Kereta berjaya berhenti, macam endak logik pula tiba-tiba jatuh..."

Itu kesimpulan yang dapat dia buat. Bermakna ada kemungkinan sebelum ini berlaku kejar-mengejar dan seterusnya kemalangan seperti disengajakan. Steve mengarahkan rakannya mengambil gambar dan dia berdiri dari atas tebing sambil membuat perkiraan kenderaan itu dijatuhkan dari atas ke bawah.

Dalam masa yang sama pihak bomba sudah berjaya mengeluarkan mayat rentung untuk dihantar ke bahagian bedah siasat forensik. Steve berlari mendapatkan pihak bomba yang baru naik dari tebing tinggi.

"RIP Tuan Chris... "

Tiba-tiba sahaja tangan mayat itu terkeluar dari kain penutup dan mata Steve menangkap rantai silver yang melingkar di tangan kiri mayat itu!...

"Huh..."

Sesuatu tercetus lagi di minda Steve, dia melayangkan pandangan di sekitar kereta yang masih sedikit berasap. Memanggil kakitangan yang lain dan mengarahkan pencarian mangsa kepada radius yang lebih luas. Nampaknya dia perlu buat penyelidikan di tempat kejadian dengan lebih teliti.

Kedua tangannya sedang mencekek pinggangnya kini memerhati anak-anak buahnya membuat pencarian dan tiga lelaki yang masih disoal siasat itu masih berdiri.

Steve : Ada nampak mangsa ka?

Jacob menoleh kearah suara yang bertanya, polis muda yang berusaha kelihatan matang turut memandangnya.

Jacob : Satu mayat terbakar, kereta jenis DMX yang hangus dan kesan brek sama tompokan darah sana tu atas jalan. Sya fikir lama suda tu kereta terbakar, kami sampai saja mau-mau abis terbakar sudah tu kereta.

Steve : Kamu ada pigi turun bawah ka...?

Jacob : Ada, kami tiga-tiga pigi turun tengok tu kereta.

Steve mengangguk dia perhatikan ketiga-tiga lelaki itu saksama dengan bentuk tubuh tegap dan athletic. Dia menyimpan dapatan itu dalam mindanya. Jacob melihat pandangan polis muda yang menyelidik itu.

Jacob menghulurkan sekeping kad dan Steve memerhatinya dengan teliti. Mulutnya tersengih rupanya tekaannya betul, lelaki-lelaki didepannya ini dari sebuah agensi luar yang banyak membantu polis selama ini.

Jacob : Macam itu saja yang dapat kami tolong...

Steve tersenyum, dia mengangguk. Dia pandang Jacob tepat ni.

Steve : Kamu kenal mangsa?

Albert : Tanakwagu, tu mangsa hangus jadi kami endak kenal. Tu kereta pun hangus kami endak kenal juga melainkan kamu... panggil kami untuk pengeceman mayat key.

Sengih Steve hilang, sialan tu lelaki tua sikit pemanas ni. Bosan kali balik-balik kena tanya.

Steve : Bah jalan lah kamu.

Steve mendesiskan mulutnya semasa tiga lelaki tagap itu berlalu pergi. Sementara Steve mencatat sesuatu dalam buku catatannya sambil memerhati anak-anak buahnya yang kini mula mendaki tanjakan yang agak curam. Nampak ketara mereka keletihan dan tidak menemukan apapun.

Steve menghampiri pihak bomba yang juga sudah selesai membuat siasatan termasuk mengukur jarak kereta diperkirakan jatuh juga kawasan impak kemalangan dan kebakaran yang berlaku dan sudah selesai bertukar maklumat.

Steve : Terima kasih tuan, nampaknya selesai sudah tugasan kita ni.

Pegawai : Sama-sama Tuan, Bah macam sudah boleh sudah kita balik ni.

Keduanya saling berjabat tangan dan beredar menuju kenderaan masing-masing. Pihak polis pula perlu menghantar mayat ke hospital untuk tujuan bedah siasat.

Steve memandang sekeliling sebelum mengarahkan anakbuahnya berangkat. Nampaknya dia telah menjalankan siasatan untuk kes pertama yang diserahkan padanya kali ini. Pandangannya dilayangkan di persekitaran, sungguh dia tidak melihat apa-apa yang mencurigakan walau mindanya berfikir lain.

MISSINGWhere stories live. Discover now