Mengeluh berat dirinya , tergeleng dengan sikap Elise yang pada fikirannya masih tidak berubah . Masih liar seperti dahulu . Tidak langsung memikirkan maruah dirinya dan keluarga . Tidak seperti anak keduanya , Ellen yang sentiasa menurut kata . Langsung tidak pernah buat hal mahupun masalah .








Pantas , telefon dari dalam kocek seluar dibawa keluar . Menyentuh skrin itu sebelum telefon ditekapkan ke telinga .







" Aku ada kerja untuk kau . " mendatar arahan Kimberlin Hans sejurus panggilan disambungkan . Matanya melirik kenderaan Lufasz yang sudah dipandu membelah jalan raya .





" .... cari anak aku Elise . Dah tiba masa aku heret dia balik rumah "






































Sejurus selesai pemeriksaan , Elise menurunkan kembali sweatshirtnya . Menutup bahagian perutnya yang terdedah . Tubuhnya kedinginan mungkin gemuruh , lagi-lagi apabila doktor itu menyelak langsir yang menjadi penghadang .




Wajah Lufasz dilirik sekilas , masih membisu dalam pada dirinya bangun daripada perbaringan itu . Melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan meja doktor itu .





Senyuman lebar di doktor itu dibalas kelat , sedaya upaya Elise cuba menundukkan wajahnya daripada tatapan curiga Lufasz . Darah gemuruh naik ke wajah . Bibir yang bergetaran digigit lembut .






" tiada apa yang perlu dirisaukan . Biasalah , kalau loya tu . Pembawaan bayi . Uh, dan tahniah ... bayi awak berdua perempuan . Baby girl " tangan doktor itu disua bagi berjabat tangan Lufasz yang jelas tersentak . Kebingungan . Namun masih disambut tangan doktor itu dalam pada matanya mengerling pada wajah Elise .





Elise semakin menunduk , mata dipejam rapat namun tangannya bergetaran menyentuh perut .
Baby girl .
This ... is their baby girl ...






" so ... sebab nilah you mengelak bila I try you ? " soalan Lufasz sejurus sahaja mereka berdua keluar dari ruangan doktor itu .






Elise membisu . Mengelak daripada pertanyaan Lufasz . " .... you dah tahu hal sebenar so ... I rasa we could end here . Thanks anyway sebab bawa I ke sini . Bye " diusung langkah segera mahu meninggalkan lelaki itu kerana Elise tidak punya kekuatan untuk menerangkan apa-apa .






Namun lengannya dipegang oleh Lufasz . Mematikan langkahnya serta merta . Bertentang mata dengan lelaki itu .









" at least ... bagi I hantar you sampai rumah . Suhu dekat luar semakin menurun , fikirkan anak you "






Elise terdiam . Anak mata jatuh pada perutnya , bibir diketap lemah .







Tidak mereka menyedari ada sepasang mata yang memerhati gerak geri dari jauh . Malah , video  jelas dirakam dalam telefonnya itu sebelum dihantar pada seseorang .
Tidak lain tidak bukan ....




.... Demerez Black







































Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now