Bab 16 ( Part 1 )

Start from the beginning
                                    

"Demi Alwa dan Kim! Hashtag KimWa!"jerit mereka beramai-ramai di tengah malam buta ni. Kim turut tersenyum kerana bersyukur dengan adanya sahabat baik seperti mereka.

"Demi awak, Alwa. " perlahan Kim berkata dan menggenggam erat gelang di tangannya lalu dimasukkan ke dalam poket jaketnya itu.

Berjengket-jengket ketujuh-tujuh remaja itu ke dalam rumah sederhana besar tersebut. Kasyaf yang berada di hadapan sekali itu memanjangkan lehernya bagi mengintai di sebalik dinding.

Kelihatan Ayah Zam dan Ibu Min sedang berpelukan. Esakan halus dari Ibu Min kedengaran.

"Saya tak sangka macam-macam jadi pada mereka. Dan sekarang Alwa hilang." sebak kata-kata itu diluahkan.

Ayah Zam memeluk erat lagi Ibu Min bagi menenangkannya. Dia juga sangat risau akan tetapi dia perlu bersikap rasional bagi mengelakkan keadaan semakin teruk.

Manakala mereka sekelip mata mereka sudah berada di sisi orang tua itu. (magik bukan?) Sebentar tadi mereka saling bertolak-tolakkan namun apabila ketegasan Ummi dan Idarki bercampur masing-masing mula akur.

Ibu Min yang perasan akan kehadiran mereka itu terus menegakkan badannya dan mengesat lembut sisa-sisa air mata.

"Ada apa ni datang ramai ramai? "

"Sebenarnya.. Sebenarnya.. "

"Ishh kau ni dok sebenarnya apa.....cakap je lah!" marah Ummi pada Reen yang tergagap lak. Tercekik tulang ayam ke apa?

"Yelah yelah. Kami sebenarnya dah ada idea macam mana nak pergi ke kerajaan Savuri tu. Kami harap Pak Zam dengan Cik Min benarkan lah ya kami semua selamatkan Alwa." kata Idraki mewakili ekspedisi mereka kali ini.

"Kamu betul betul dah ada jalan ke? Kalau betul kami pon tak boleh nak halang. Tak kan kami nak biarkan Alwa ditawan kat sana lama lama. Tak apa anak anak, kami benarkan. "balas ayah Zam dengan senyuman penuh restu.

Hehe macam bagi restu nak kahwin jeeeeee?

"Idraki dan lain lain tolong jaga mereka ni baik baik ye. Jangan ulangi kesilapan yang sama. "pesan ibu Min sambil menghulurkan senyuman tawar

"Baik makcik." balas para jejaka dengan penuh ikrar. Lebih lebih lagi Idraki. Dia takkan buat salah yang sama lagi. Ini tanggungjawab dia sebagai ketua ekspedisi.

"Jom ambil barang lepas tu kita bertolak subuh ni jugak! " arah Syaf dengan semangat yang menjulang baranya.

"Ehhh makanan kamu semua nanti macam mana. Kejap bagi ibu sediakan dulu." ibu Min tergesa gesa bangun dan membetulkan sedikit bajunya. Reen yang berhampiran melarang pantas.

"Ibu stop! Kami dah sedia kan dah. Hehehehe." tutur Reen sambil tayang jari peace.

Kashaf memandang Reen dengan mulut melopong. "Aikkk...bila masa kau sediakan?"

"Alaaa Reen ni kan tahu pikir makan jer. Tak heran lahh." kata Miwa lalu mereka ketawakan Reen.

"Ishhhh biarlah. Aku ambil untuk semua jugak kan." Reen menjelirkan lidah lalu memeluk ibu Min.

" Haaa sudah sudah tak payah gaduh. Pi cepat siap. Ayah akan sediakan kuda kuda yang terbaik untuk pengembaraan kamu semua." halau ayah Zam dan berlalu pergi ke kandang kuda kudanya

Mereka akur dan mula packing untuk ekspedisi mereka yang seterusnya!

Selesai sudah, mereka memulakan perjalanan mereka ke kerajaan pertama iaitu Kerajaan Cadbury. Sepanjang perjalanan mereka kira kira 6 jam itu tidak mengalami sebarang masalah.

Setelah sampai mereka menuju ke rumah tumpangan yang terdekat bagi merehatkan diri atas perjalanan yang memenatkan. Setelah selesai membersihkan diri mereka semua turun ke lobi.

"Wehhh lapar la. Jom kita gi makan. " kata Reen sambil mengusap perut montel macam labu. Eh eh gurau. Kami semua kurus langsing bak model tau! Kecuali Alwa hehe, dia isi lebih sikit jaaa.

"Bila je kau tak lapar." balas Mirzan sambil membaling botol kosong air cadbury milk tepat kena bahu Ree

"Kau diam!!! Biar la aku nak lapar pon!!!" Semua menutup telinga mereka apabila mendengar jeritan Reen yang maha kuat itu. Syaf menjeling dua dua lalu menghadiakan sebiji penumbuk pada bahu mereka.

"Jangan lah gaduh gaduh. Ishh korang dua ni."

"Dia yang salah." kata Mirzan

"Ehhh aku pulak. Kau la!!" Jerit Reen lagi.

"Korang tak reti diam ke hah. Dua dua salah. Sudah berhenti gaduh sebelum aku ikat kau dua orang kat pokok." balas Ummi, jarinya menunjuk pada pokok cadbury yang tinggi melangit.

"Baik..." balas kedua dua mereka. Amboi bukan ke Syaf dan Mirzan yang selalu gaduh? Tukar dah orang?

"Dah la tu. Jom pergi makan" kata Kim pula

Setelah itu mereka duduk di meja kosong yang terdalat dalam kedai itu. Setelah mereka siap order makanan masing masing mereka bersembang sesama sendiri sebelum mereka terdengar perbualan penduduk di meja sebelah mereka.

"Ehh kau rasa malam ni makhluk tu kacau kita lagi tak. Aku takut la, dah banyak penduduk kampung kita kena makan! "

"Mestilah, setiap malam dia datang. Kau tengok lah sekarang sapa jer keluar waktu malam. Tak ada berani dah sekarang. "

Mereka yang mendengar itu sungguh terkejut kerana tidak sangka makhluk sebegitu ada di kawasan kerajaan Cadbury ini. Lalu Idraki pergi kepada dua penduduk itu untuk bertanya lebih lanjut mengenai hal itu.

"Aku dah tanya, benda tu selalu muncul dalam pukul 10 lebih. Waktu tu kedai ke apa semua dah tak bukak. Kawasan ni jadi sunyi sepi sebab tak ade yang berani keluar takut kena makan. Setakat ni dah lebih 5 orang kena makan."

"Macam mana dia orang tahu mereka tu kena makan bukan kena culik ke apa." tanya Syaf menyuakan straw air pada bibir mungil milik nya

"Ouhh.Tu sebab waktu kejadian pertama ada ramai orang. Mereka saksikan sendiri benda tu makan orang. Ada dalam 18 orang saksi dalam kejadian tu. "

"Eiiiii geli la. Akak akak ku sekalian. Aku takut lah. "

"Kau ada kuasa lah dik. Guna lahh." balas Ummi dan menepuk kuat dahu Miwa. Bagi sedar sikit budak ni.

"Ehhh yelah. Lupa pulak." hah kan dah elok sikit otak dia ni. Memang kena tepuk baru jalan muahahahaha!

"Dah la, kita kena tolong penduduk sini kalau tak makin ramai lagi mangsa." kata Kim yang berasa itu tanggungjawab mereka.

"Betul tu, malam ni kita ronda kampung ni. Perjalanan kita ni kita tangguhkan dulu lah. Rasanya pertolongan kita amat diperlukan "balas Thaqif.

"Betul tu, aku setuju. Malam ni pukul 9.50 kita kumpul kat lobi."

Malam itu seperti yang dijanjikan pada pukul 9.50 mereka bekumpul dia lobi rumah tumpangan itu.

"Jom kita ronda, tapi aku rasa kita kena berpecah. Ummi kau ngan aku. Kashaf kau ngan Reen. Mirzan kau ngan Syaf. Thaqif kau ngan Miwa pastu Kim kau tolong dia orang" kata Idraki

"Tak ade bantahan ehh " kata Ummi sebelum sempat mereka balas apa apa.

"Baik" balas mereka semua. Ish terpaksa lah

"Nanti kita guna haiwan kita untuk berhubung. Kalau jumpa apa apa terus bagitahu semua. "

"Baik boss! "kata mereka serentak sebelum ketawa bersama.

"😑" Ummi membuat muka.

Setelah itu mereka pon memulakan rondaan masing masing. Setelah hampir 30 minit tiada siapa yang menjumpai apa apa sebelum tiba tiba White iaitu haiwan milik Miwa berhubung.

Chapter 16 by : -

umi_nami
nazreenalias

Edited by : -

qeylalala

LOLIPOPWhere stories live. Discover now