Bab 6 [ edited ]

95 17 39
                                    

Sesampai saja mereka di sana, keadaan pesta itu sangat meriah dengan orang ramai. Banyak pertunjukkan menarik diadakan. Rumah ais krim, DaimTruck, Cadbury Pool, Cotton Candy Pirate Swing dan lain lain semuanya ada disana!

Sewaktu mereka sedang berjalan dengan gembiranya, Reen tiba tiba secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang juga berjalan secara berkumpulan.

"Aduhh!"

"Ayakk!!"

Mereka semua terkedu melihat mereka bertembung dan jatuh ke tanah termasuklah kawan kawan lelaki itu.

"What the! Eee apa ni? Kotor dah baju Reen. Huwaa!"raung Reen yang masih setia memandang dressnye yang kotor akibat terkena kesan tanah.

Setelah dikibas-kibas bajunya yang sedikit kotor itu, lantas kepalanya diangkat bagi melihat punca Reen rebah menyembah bumi. Saat itu juga matanya tepat memanah ke dalam anak mata biru seorang jejaka tegap di hadapannya sekaligus perlahan-lahan mulutnya melontarkan kata bicara.

"App...apakah?! Kak Alwa, adakah Reen sedang bermimpi?" tanya Reen dengan penuh riak terkejut yang dramatis. Matanya masih tetap tidak berganjak dari mengalihkan pandangannya pada si mata biru namun tangannya tetap menepuk-nepuk kuat bahu Alwa. Alwa menjeling tangan Reen sebelum turut pandang apa yang dipandang oleh Reen.

'Wow!' ujar hati Alwa.

'Woo!' Syaf tetiba blushing melihat apa yang berada di depan mata mereka.

'Aum!" Miwa tersengih kambing.

Di hadapan mereka terdapat 5 makhluk Allah yang masyaallah tampan membuat kami rasa mahu belayar naik sampan. Ok tiba tiba.

"Maaf saudari. Saya tak sengaja." tutur ikhlas si mata biru. Kawan kawannya yang lain pun kelihatan serba salah. Kecuali seorang ni. Si mata hijau.

"Khashaf, aku tak rasa kau yang salah. Perempuan ni yang langgar kau tadi aku rasa." si mata hijau nampak tak berpuas hati apabila kawannya yang bernama Khashaf memohon maaf terlebih dahulu.

"Duh. Tak apalah. Minta maaf tak semestinya dia salah." Syaf juga kelihatan tak puas hati bila jejaka itu seakan akan nak menyalahkan Reen seorang sahaja.

Si mata hijau atau namanya Mirzan Muayyad hanya menjeling Dhia Syafarina setajam tajamnya. Syaf yang tak nak kalah turut menjeling sama.

"Err tak apalah. Saya pun salah. Maaf ya!" Reen cuba meredakan keadaan. Alwa, Ummi dan Miwa bagai tak kisah semua tu, dari tadi perhatikan 3 lagi jejaka lain.

"Eh dah lah! Buang masa je layan diorang ni. Jom pergi." Ajak pula si mata berwarna hazel itu. Jejaka jejaka itu mengangguk sebelum berlalu meninggalkan mereka.

Bahu Syaf dilanggar dengan sengaja oleh Mirzan dan Syaf dijeling olehnya sekilas. Mata Syaf membesar terkejut plus geram. Ewah ewah, korek biji mata tu kang baru tau.

"Abaikan jelah diorang tu. Now, Jom kita makan! Korang nak makan apa ni?" Alwa bertanya. Dia cuba menceriakan suasana yang tadi tegang. Bau makanan-makanan yang menyelerakan itu mula menusuk ke hidung mereka berlima.

"Nak aiskrim coklat!" si bongsu, Miwa mengangkat-angkat tangannya lalu dihalakan ke arah gerai yang menjual aiskrim itu. Lagaknya tak ubah seperti kanak-kanak ribena.

"Kot ye pun kawal lah sikit excited kau tu, dik. Malu orang tengok" pesan Ummi apabila menyedari mata-mata yang memerhatikan mereka. Sengihan ditayangkan. "Aku nak cari makanan kat tempat lain, korang pulak?" Reen bersuara sambil mata melilau mencari apa yang menarik nafsu makannya selain ayam.

"Aku nak ikut Reen, bahaya kalau gerak sorang sorang. Alang-alang tu boleh cari makanan untuk kita semua. Syaf ?" Syaf yang diam dari tadi fikirkan apa nak dimakan mula menyuarakan hajatnya, ceh. "Aku ikut Miwa dengan Ummi pergi beli aiskrim lah."

LOLIPOPWhere stories live. Discover now