Jauh disudut hati jungkook dia langsung tak percayakan 'alas perut' isteri dia.



"ermm saya nak kimbap dua roll, satu mangkuk bibimbap daging oh tu saya nak telur gulung, saya nak tu jugak ayam goreng. Oh oh tu saya nak cheese cake tart tu. eh jungkook dia ada aiskrim. Okey saya nak sekali dengan satu aiskrim mint chocolate chip. Haa dah tu je. eh jap aiskrim tu tiga scoop eh."


Jungkook dah agak dah. Dia dah agak sangat dah perkara macam ni akan berlaku.


Selepas membuat pesanan dan bayaran akhirnya makanan dihidang di atas meja.

Jungkook hanya memandang yeorum yang langsung tak pandang kiri kanan. Nampak selera gila namampus perempuan ni makan. Nasib mangkuk tu dibuat dari kaca je kalau tak mahu kena telan sekali.

"awak tak makan jungkook ?"


Jungkook menggeleng. Lagipun nanti flight akan bagi makanan so dia malas nak makan sekarang.


"takut jugak aku kalau anak anak kita nanti pelahap macam kau. Boleh pokai aku sebab bagi anak bini makan."


Aku mencebik. Elehh tadi kerek namampus kata duit banyak.


//

"ermm jungkook dekat dubai ada apa aje ?"


"err ada aku ?"


"tak lawak jungkook tak lawak."


"ermm aku pun tak sure ada apa. aku pernah pergi sana pun sebab kerja je. untuk melancong tidak la."


"dubai bahasa dia apa ?"


"Entah arab tasilap."

Jungkook memegang tangan aku erat menuju ke kapal terbang. Takut kalau tiba tiba aku terlepas.

Sebaik sahaja kami berdua sampai di kaunter kami menyerahkan passport dan tiket kepada pekerja disitu.

"Have a nice holiday in dubai !"


Aku senyum kearah pekerja tersebut.



Sampai dalam kapal terbang aku dan jungkook mengambil seat kami. oh jap aku ada mention tak yang jungkook amik bussiness class ?

okey dah tak nak riak nanti kena kecam.


"uwu tashabar. ni first time saya naik kapal terbang and bussiness class."



"Serious ah sebelum ni kau tak pernah naik kapal terbang?"


Aku menggeleng.

"Yang selalu ulang alik naik kapal terbang tu awak je. Saya ni local."


"This is your captain speaking. Thank you for choosing our airlines-"


"Perjalanan dari korea ke dubai amik masa berapa jam ?"


"Adalah dalam sepuluh jam."


BAPAK LAMA KAU NAK SURUH AKU MEREPUT SAMPAI TINGGAL RANGKA KE DALAM NI.


"Chill lah kau takkan tinggal rangka punya. Time ni la kau boleh tidur sepuas puasnya."


[C] sugar daddy | j.j.kWhere stories live. Discover now