"Oh begitu. Baiklah terima kasih sangat sangat. Beta izinkan kamu beredar."

"Baik tuanku. Patik menjunjung perintah."

Setelah bidan itu pergi Raja Aizat masuk ke dalam kamarnya dan menghampiri isterinya yang masih lelah.

"Mesti dinda penatkan. Rehatlah." kata Raja Aizat sambil mengucup dahi isterinya itu dengan lembut.

"Dinda baik baik saja kanda. Kanda...dinda ingin tengok anak anak kita."

Raja Aizat tersenyum lalu menghulurkan puteri puteri mereka.

"Comelnya puteri puteri kita kanda."

"Betul tu, muka mereka iras dinda."

Sedang mereka berbual perlahan tiba tiba sesuatu merempuh pintu kamar itu. Kelihatan seorang lelaki berjubah hitam dengan muka yang bengis memandang ke arah mereka berdua.

"Danial.... " ternyata Raja Aizat sungguh terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Kau.... Kau bohong aku Aizat!" jerkah Putera Mahkota Danial iaitu bakal raja kerajaan Savuri.

"Tak, Bukan aku tak bohong kau cuma... "

"Cuma apa. Aku percayakan kau, tapi kau khianati aku sedangkan kau kawan baik aku sendiri. Kau tahu yang aku suka Razia tapi kenapa kau rampas dia dari aku! "balas Putera Danial dengan mata yang mencerlung.

"Tidak bukan... Aku betul betul tak maksudkannya tapi aku juga dah lama jatuh cinta pada Razia sama seperti kau. Aku cuba buang perasaan ni tapi aku tak boleh. Aku terlalu cintakan dia." Raja Aizat cuba menjelaskan hal namun Putera Danial seolah tak ambil peduli. Rasa marah lebih menguasai dirinya.

"Tapi kenapa kau rahsiakan benda ni dari aku. Kau tahu tak setiap hari aku teringat dan rindukan dia. Aku fikir dia juga rindukan aku tapi rupanya dia dah kahwin dengan kau. Selama ini aku ditipu hidup hidup oleh semua orang!" jerit marah Putera Makhota Danial dengan kuat sehingga menyebabkan puteri berdua itu terjaga lalu menangis kuat.

"Shuhh.. Sayang bonda ada." Ratu Razia yang ketakutan sebentar tadi, kelam kabut menenangkan kedua puterinya.

"Danial, dengar sini. Aku tetap menganggap kau sebagai teman baik aku. Hanya kerana Razia, aku tak dapat menjadi kawan yang baik. Tolong maafkan aku." Raja Aizat menghulurkan tangan untuk bersalam.

Putera Mahkota Danial mula berang. Adakah dengan begitu mudah sekali Aizat sangka dia akan memaafkan? Perasaan ditipu seluruh kerajaan Lolipop dan kedua ibu bapanya sendiri, perasaan itu sangat perit! Walhal siang dan malam dia memikirkan kesejahteraan Razia yang disangka belajar jauh dari sini.

Tak guna kau Aizat! desis hati Danial. Dia yang mengatakan terlebih dahulu bahawa dia menyukai Razia namun Aizat mengkhianatinya!

Putera Mahkota Danial menumbuk muka Raja Aizat. Dia seperti orang kerasukan menghentam Raja Aizat sepuas hati. Ratu Razia yang ketakutan menjerit memanggil pengawal.

Raja Aizat mengelap bibirnya yang berdarah. Dia rela dibelasah asalkan Danial kembali memaafkannya. Tetapi jika ia memang semudah itu...

Putera Mahkota Danial meronta ronta apabila dirinya ditangkap dan dipegang oleh 5 orang pengawal diraja.

Dia memandang sayu pada Ratu Razia. " Razia..."

Ratu Razia hanya mampu pandang simpati dan menangis. Ya dulu lelaki itulah yang dia cintai, namun semua rasa telah dia buang jauh setelah dia menjadi isteri Raja Aizat secara rasminya. Maafkan Razia, Danial...

LOLIPOPOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz