+1

100 26 13
                                    

Laura POV

Hoho, dia nak ajak makan? Wahh! Lucky! Benda yang paling aku suka! Makan! Manalah aku boleh tolak rezeki ni.

"Nak makan apa?" tanya Ryan.

"Nak makan kat Windmill", balas aku.

"Woi woi! Restoran tu mahal kot! Kau ni nak aku pokai ke apa?! Agak agaklah weyh. Tak kesian kat aku ke?" tanya Ryan sambil buat muka acah acah sedih. Aku pulak? Of course aku tak kesian. Macam lah aku tak tahu dia tu kaya. Tengoklah, datang sekolah pun datang pakai Volkswagen Beetle. Orang lain pakai Myvi je bro.

"Tak kesian~" balas aku sambil gelak jahat.

"Yelah yelah. Anything for you my dear~" balas Ryan. What? My dear? Nak sweet sweet plak dia ni.

"Apa dia tadi? Deer? Rusa ke? Aku bukan rusa ye, wahai Edward Ryan. Aku manusia. Aku takde tanduk. Takde ekor," balas aku. Sengaja nak kenakan dia lagi. Seronok sangat bila kenakan dia. Lagi lagi bila dia cuba nak kenakan aku balik tapi at last, dia yang terkena and terpaksa pujuk aku. Hahaha! Pandai tak aku?

"Haah. Kau memang takde tanduk semua. Tapi perangai kau tak beza pun dengan rusa. Sama sama macam takde otak," balas Ryan sambil gelak jahat sekali. Okay, kali ni dia berjaya kenakan aku.

"Whatever lah. Pandu lah laju sikit. Aku lapar ni. Rehat tadi aku tak makan tahu tak? Kalau aku kena gastrik macam mana?" tanya aku.

"Kalau kau kena gastrik, aku lah yang akan bawa kau ke hospital~ teman kau. Makan dengan kau~ sweet tak?" kata Ryan.

"Hahaha, sweet sangat Ryan~" balas aku tapi baru lepas sesaat aku cakap macam tu, aku buat buat nak termuntah. Eww, geli! Sweet konon.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit itu, aku dan Ryan isi dengan gosip gosip hangat sekolah. Gosip artis dalam negara dan luar negara pun sempat dibincangkan dan dihujahkan segala cadangan dan pandangan.

20 minit terasa bagaikan 5 minit. Tak sempat kitorang habis bercerita pasal artis kpop yang popular, BTS yang menang Billboard awards sebagai top social artist.

Sampai sahaja di restoran yang diingini, aku memesan steak with black pepper sauce. Tak cukup dengan tu, aku order orange juice dengan apple juice. Tak cukup lagi, aku order ais krim pulak.

Sekali tengok Ryan, dia dah keluarkan dompet dia. Rasanya tengok duit cukup ke tak kot. Aku pun keluarkan jugak dompet aku, tengok jugak duit berapa lagi tinggal. Yelah, manalah tahu si Ryan ni memang tak bawa duit banyak, naya aku dengan dia kena cuci pinggan kat sini pulak.

Aku check dompet dan duit, okay cun. Cukup duit aku kalau terpaksa bayar makanan sendiri.

"Itu sahaja ke?" tanya waitress yang peramah dan baik di restoran tersebut yang bernama Diana.

"Ye tu je," balas Ryan dan waitress tu meninggalkan kitorang berdua.

"Eh? Kau tak makan ke Ryan? Janganlah sampai tak makan. Aku tahulah aku order banyak sangat tapi aku lapar kan? Nak buat macam mana? Takpe, kau order je. Aku dah kira dah, aku boleh bayar sendiri makanan aku kalau kau takde duit. Tapi nanti ganti tau," kata aku. Kesian pulak kalau kawan baik aku ni tengok je aku makan.

"Tak lah. Aku tak nak makan. Perut aku ni tak besar macam kau," balas Ryan lalu tergelak besar.

"Hello, aku tak gemuk kay? Aku slim. Tak nampak ke? Ke dah rabun? Perlu cermin mata ke?"

"Dah lah. Malas layan kau," Iphone X milik Ryan dia keluarkan dan mula layan phone dia tu. Macamlah dia tu banyak sangat kawan. Yang aku tahu, aku sorang je kawan paling rapat dengan dia pun. Yang lain? Semua anggap dia ni annoying. Mana tak annoyingnya, dah lah suka prank orang. Maaf apa pun tak. Pastu nak orang lain tolong dia pulak. Entah macam mana tah aku boleh bertahan dengan dia ni.

10 minit tunggu, makanan pun sampai. Nasib baik cepat sampai makanan ni. Aku dah lapar dah ni.

Aku terus makan steak yang aku pesan lepas baca bismillah. Doa jangan lupa.

"Weyh. Habis sekolah ni, jom kahwin nak?" kata Ryan sambil mata fokus dekat phone dia. Aku pun tak tahu dia cakap dengan aku ke, dengan perempuan cantik yang duduk kat meja sebelah ke ataupun dia cakap dengan phone dia. Aku pun buat tak tahu je dan terus makan makanan aku. Sedap!

"Aku cakap dengan kau ni, Laura Syahidani," Ryan bersuara sekali lagi. Kali ni dia betul betul tengok aku.

"Lah, kau cakap dengan aku ke? Aku ingatkan kau cakap dengan steak aku ni, hahahah!"

"Im serius, Laura"

Aku tengok muka dia. Hmm.. serius serius.

"Tak nak lah kahwin dengan kau. Aku dah biasa panggil kau 'hantu raya', takkan tiba tiba nak panggil kau 'sayang manja' pulak? Mimpilah! Hahaha!"

"Please... aku suka kat kau," kata dia. Melihat kepada air muka dia. Macam tipu je. Macam sengaja nak kenakan aku je. Hohoho, sorry, Laura Syahidani takkan terperdaya ye.

"Tak payahlah nak prank aku pulak, aku tengah selera makan ni," kata aku sambil menyedut jus oren yang segar dan sejuk.

"Aku tak prank lah! Aku serius ni," kata Ryan lagi.

"No no. Kau serius ke, tak serius ke. Aku tak nak kahwin dengan kau," balas aku.

Lepas je aku cakap macam tu, dia pun diam. Betul ke dia nak kahwin dengan aku ni?

***************
Newest update! So, okay tak chapter ni? Jangan lupa tinggalkan comment and vote kat bawah tau~ author tak makan orang so jangan malu malu😂

[H] Bff VS HusbandWhere stories live. Discover now