" Aku datang bukan nak basuh baju. Aku datang nak basuh otak kau sekali ! "
Jungkook terus  mengheret tangan Yeonha untuk mengikutnya.

" Yah ! Kau nak buat apa ni ?! "
Terjerit Yeonha tiba tiba. Dah kenapa jebon ni datang kedai aku pula ?!

" Ikut jelah. Jangan banyak cakap boleh tak ?! Kang aku rodok mulut kau dengan saterika ni ".

" Oho ! Kau nak rodok aku dengan saterika ? Cuba pula aku rodok mulut kau dengan pembaris panjang ni sedap ke tak ! Eh, lepaskan tangan akulah ,jebon ! "

Jungkook terus menarik tangan Yeonha sehinggakan gadis itu mengaduh kesakitan.

" Lepaslah ! Kau dah gila ke ?! Kau nak bawa aku pergi mana !
Jerit Yeonha sehinggakan naik merah di wajahnya.

Jungkook tanpa pedulikan jeritan Yeonha itu terus mengheretnya masuk ke dalam kereta.

" Omma, appa ! Kalau orang tak balik dalam masa 24jam terus buat report polis ! Arraseo ! Yah ! "

***

" Kau duduk ! "
Arah Jungkook. Lalu dia terus menghenyakkan punggungnya pada kerusi di cafe itu.

Tapi Yeonha hanya berdiri memandangnya tajam.

" Tak payah nak tenung muka aku lah. Tahulah muka aku ni handsome. "

" Kau nak apa setan . Kau sengaja culik aku kan ? Kau nak buat apa ? Tak cukup lagi ke, benda dah settle kan ?! "
Soal Yeonha geram.

" Kau ingat aku selera sangat ke nak culik kau ? Pergi mimpilah kau..."
Cebik Jungkook sinis.

" Apa motif kau bawa aku datang sini ! Eh, bukan ke daddy kau dah settelkan hal kita ke ? Tak payahlah nak cari aku lagi ".
Ujar Yeonha.

"  Kau tak reti nak duduk ke ? Buat penat aku bawa kau datang sini tau. Duduk ! "

Yeonha akhirnya mengalah lalu menurut sahaja permintaan Jungkook. Asalkan dia berterus terang tentang niatnya membawa Yeonha ke sini.

" Daddy aku settelkan hal kita ke dia settelkan hal korang berdua ? "
Tanya Jungkook sambil matanya tajam menikam anak mata Yeonha.

" Maksud kau ? Aku tak fahamlah. Cuba kau terus terang je apa niat kau sebenarnya? Apa kena mengena aku dengan daddy kau ? "

" Kau ingat aku tak tahu ke perempuan macam kau ni sebenarnya mata duitan. Kau datang dalam keluarga aku, lepas tu kau gunakan daddy aku . Patutlah dia nampak lain macam je dengan kau".
Jungkook berkata dalam nada sindiran pedas.

Bulat mata Yeonha bila Jungkook bercakap main sedap dia.

" Apa kau cakap ?! Aku mata duitan ? Apa yang daddy kau buat dekat aku yang kau nampak lain ?! Kau jangan sedap tuduh. Kang melekat pasu bunga ni atas muka kau."
Marah Yeonha.

Namun Jungkook balas dengan muka bodoh dia lalu tangannya disilangkan ke dada.

" Kau ingat aku bodoh ke ?! Kau tahu tak kau berdepan dengan siapa sekarang ni ? Kau tak kenal lagi aku siapa ... "

" Aku rasa aku dah kenal kau siapa . Kau dengan jebon dengan ju-on memang dah jadi sepupu sepapat. Dan aku pun tahu aku sedang berdepan dengan siapa sekarang ni. Kaulah manusia yang paling bongok , bodoh, sombong, berlagak , kentut tak basuh, muntah merata ! Apa lagi yang aku tak list lagi pasal kau, semua yang jahat aku nampak semua dekat kau ! Weerrrkk ! Kau nak marah ke ?! "
Kutuk Yeonha depan depan.

Cehh, kau ingat aku takut dengan kau. Pigii daaa!

" Eh ! Kau ni ! "

" Aku nak straight okay, aku nak kau tolak lamaran daddy aku . Aku tak nak kau jadi mommy tiri akulah  ! Kau ingat kau layak ke nak ganti mommy aku , kau tak layaklah. Baru aku tahu perempuan macam kau ni jenis yang macam mana. Gilakan harta. Sedarlah kau tu siapa. Layak ke nak kahwin dengan orang kaya macam daddy aku tu. Cehh,Sampaikan daddy aku  tu pun kau selera ,ke ?! "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now