" right , so sekarang apa ? Nak bawak I ke balai ? Nak saman —— or you gonna rip my heart with the bullet of yours like you've said before ? "

Demerez diam, meneliti wanita dihadapannya . Matanya mengecil , cuba menebak dan menilai personaliti wanita itu . Segaris senyuman tercoret di wajah Demerez . Sama ada palsu atau benar-benar kagum dengan lakonan Elise .

Mata Demerez perlahan-lahan jatuh pada tangan wanita itu . Masih jelas kesan merah dibelakang tapak tangan yang pucat itu .

Refleks , matanya kembali naik bertentang dengan Elise .

" aku assume kau sengaja buat macam ni sebab nak jumpa aku . Am I wrong ? "

Elise tersenyum , " you are not wrong this time . " tanpa segan silu dia mengaku . Bukan bertujuan untuk memprovok , jauh sekali . Kerana , dia memang mahu menemui lelaki ini sekali lagi . Dan , dia intend to meet him more often .

Demerez bangun dari kerusi , diperkemaskan sut hitamnya .

" you are going to pay every cent of my money or else —— kau akan terpaksa tidur di penjara . Your choice "

Elise mengetap perlahan bibirnya . Sedar ketegasan dibalik arahan lelaki itu . Keluhan lemah dilepas lalu kedua tangan diangkat , disatukan sebelum disua pada lelaki itu .

" I pilih penjara "

Jawapan Elise bukan hanya membuatkan Demerez pegun sesaat namun menghadirkan satu rasa aneh didada lelaki itu . Mungkin dia fikir bahawa Elise bakal merayu untuk dilepaskan sebagaimana wanita -wanita lain namun —— ini ...diluar jangkaannya  .

Biarpun begitu , tatapan kosong dan dingin dipamerkan diwajah . Matanya melirik sahaja kedua tangan wanita itu .

" taktik yang baik untuk raih simpati aku . "

Kerutan didahi Elise jelas membuktikan bahawa wanita itu tidak memahami maksud kata-kata Demerez sebelum lelaki itu menyambung ayatnya .

" rawat luka kau "

Elise terdiam . Benar-benar ... kaku sebentar . Jantungnya sudah berirama tanpa lagu . Lewat ekor mata dia menghantar kepergian lelaki itu dari biliknya .

Daun pintu jelas kedengaran ditutup . Bukti lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya . Biliknya . Jejaknya . Haruman maskulinnya berlegar-legar di ruang udara bilik ini .

Senyuman Elise mekar , tangan kirinya dilirik penuh kebahagian . Sesekali digigit bibir yang tak lekang tersenyum .






































Lucca  mengeluh buat ke sekian kali , matanya naik melirik wajah Elijah sebelum kembali menjeling jam dipergelangan tangan .

" kau  nak cakap apa ? Aku ada kerja lepas ni . " gesa Lucca , tidak mahu terlewat kerana ada 'meeting' dengan ketua kecil atas urusan 'stok baru ' yang bakal dihantar secara haram melalui kargo nanti .

Elijah menyatukan tangannya , jelas ada satu rasa gemuruh terpancar diwajah itu .

" pasal perempuan semalam ? Kau —— kenal dia ke ? "

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now