Bab 3

175 34 12
                                    

NORMAL pov

Diwaktu senja yang kelihatan indah sekali, kebanyakan pelajar asrama sedang melepak bersama rakan mereka yang lain sambil menunggu azan maghrib berkumandang di surau. Asrama Melati mempunyai kelengkapan yang lengkap daripada aspek akademik, kokurikulum serta kerohanian.

Pelajar di asrama sangat ditekankan dengan undang- undang yang ketat dan pembelajaran yang terbaik. Oleh itu, apabila kesalahan ataupun masalah disiplin pelajar dibuat secara sengaja. Pihak atasan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Disebabkan banyak perkara yang perlu dipertanggungjawabkan, hukuman atau denda telah diberikan kepada warden asrama sekiranya penyelia tiada.

'Allahu akhbar, Allahu akhbar..'

Dengar sahaja takbir azan, semua pelajar asrama bergegas menuju ke surau asrama. Dalam pada itu, ada juga yang masih berjalan sambil lewa dan berborak. Tidak kurang juga ada yang pura- pura uzur kerana malas untuk menunaikan solat. Namun ianya tidak menjadi masalah bagi pelajar lain. Oleh kerana perkara tersebut memang sudah lama dimaklumkan.

Bukan untuk memburukkan nama pelajar asrama tetapi itulah yang dinamakan sikap manusia. Ada yang rajin dan ada juga yang malas. Bukan sahaja pelajar asrama bahkan orang diluar sana juga berkelakuan begitu. Jika perempuan boleh berbuat begitu, janganlah pelik sekiranya ada lelaki yang tidak solat tanpa alasan kukuh.

Seorang pelajar sedang berjalan berseorangan sambil ditangannya memegang beg kecil. Mungkin di dalamnya ada sehelai telekung mahupun sebuah al-Quran kerana dia berjalan menuju ke arah surau. Sedang dia khusyuk berjalan, tiba- tiba dia disapa seseorang.

"Hai!" tegur figura itu.

"Hai? Eh! Kay kan?" soal Fad terkejut.

"Haah..asal? Ingat aku hantu?" soal Kay berura- ura.

"Eh! Takde lah.. ni kau tak gerak ke surau ke duduk kat situ." Soal Fad hairan. Patutnya sekarang pelajar perlu ke surau dengan segera tetapi lain pula dengan Kay ini.

"Nak gerak la ni.. tunggu roommate aku, dia lupa amik telekung." jawab Kay mendatar.

"Oh.. kalau gitu aku gerak dulu lah." pinta Fad sambil memperkemaskan lagi beg dipelukannya.

"Erm.. aku nak pesan sikit, lepas ni kau kena hati- hati." pesan Kay.

Fad hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tangannya diangkat separas dengan bahu sambil membuat simbol 'ok' . Lalu mereka berpisah untuk ke destinasi masing- masing. Fad masih lagi tidak mengerti dengan pesanan yang disampaikan oleh Kay. Dia pun berlalu tanpa banyak berfikir.

Usai sahaja solat, pelajar asrama akan menjamu selera di dewan makan atau dalam erti kata lain minum malam. Memandangkan hari esokya cuti, mereka bebas untuk membuat aktiviti masing- masing. Sesetengah asrama akan menyediakan televisyen untuk pelajar asrama menonton pada waktu cuti untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bersosial.

Memandangkan asrama mempunyai peraturan yang ketat. Mereka tidak dibenarkan membawa gadget di samping tidak boleh membawa masuk sebarang alatan elektronik. Hal ini kerana, pihak sekolah mahu mendidik mereka supaya berdikari dan tidak bergantung terhadap sesuatu untuk melakukan sesuatu perkara.

Malam di mana sebahagian pelajar sedang ralit menonton televisyen, lima orang pelajar sibuk dengan perjumpaan mereka sendiri.

"Hai, semua! Mesti bosan kan? By the way, nah aku ada simpan sikit stok bulanan." ujar Haz sambil ketawa.

Mereka yang lain turut ketawa sambil tangan ralit mengambil hidangan yang diberikan Haz.

"Haz, roommate kau mana?" soal Dee hairan.

"Oh! Diorang tengok movie kat bawah dengan yang lain." Balas Haz lalu menyambung kunyahan biskut.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now