Bab 6

21 5 2
                                    

Surat yang dikirim oleh orang yang tidak diketahui membuatkan mereka berasa takur bercampur curiga. Ada kemungkinan bahawa salah seorang pelajar junior atau senior sengaja mahu menakutkan mereka ataupun sebaliknya.

"Ah, pedulikan saja surat itu. Kalau betuk ada musibah, kenapa tak jumpa kita face to face untuk bagitahu perkara sebenar? Ini mesti kerja budak-budak junior saja buat onar!" bebel Haz tidak puas hati.

Kalau betul mereka sengaja ingin membuat prank. Bukan begini caranya. Perkara seperti ini boleh membawa kepada kes yang lebih serius dan rumit untuk diterima sedangkan sekarang pun mereka sudah diuji oleh gangguan misteri.

"Aku rasa... aku setuju dengan kata-kata Haz. Mungkin budak junior saja nak kacau kita. Mungkin," kata Alia tidak mahu rasa takut menguasai diri.

"Kalau betul diorang punya kerja. Ini bukan gurauan yang boleh buat main. Aku tak rasa ini kerja budak-budak asrama." Kay mengangkal bulat-bulat kenyataan Haz dan Alia.

Dee dan Fad hanya mengangguk setuju. Jika difikirkan semula perkara ini tak logik dan tidak boleh diterima pakai dek akal fikiran mereka. Lagipula melihat pada sudut kertas yang agak lama dengan gaya penulisan yang cakar ayam, tidak mungkin itu kerja pelajar asrama. Bau kertas itu sahaja sudah meloyakan tekak mereka. Dakwat tulisan juga tiada kesan goresan pen atau bekas jari. Terlalu bersih dan kemas walaupun agak buruk juga tulisan tersebut.

"Aku cadangkan kita bagitahu Puan Maria secepat yang mungkin. Mana tahu dia boleh tolong kita semua." Fad mula memberi cadangan setelah semua diam membisu.

"Setuju!" Dee menyahut laju.

Haz, Alia dan Kay turut mengikuf gaya Dee yang mengangkat tangan tanda setuju. Akhirnya, mereka semua bersetuju untuk melaporkan situasi tersebut kepada Puan Maria selepas warder mereka itu kembali ke asrama semula. Untuk sementara waktu ini, mereka hanya berdiam diri dan menjadikan perkara tersebut sebagai rahsia.

Dari kejauhan, Mia hanya memerhati gelagat lima sekawan itu yang tiba-tiba berubah sikap sejak kebelakangan ini. Dia dan Faz hanya mengata belakang sahaja tidak pula mahu menegur kerana tiada rasa ingin mengambil peduli mengenai mereka. Sejak perjumpaan mereka semua di satu bilik yang sama. Mereka sudah tidak bertegur sapa kerana masing-masing lebih suka buat hal sendiri.

"Eh, Mia! Kau tak rasa ke apa yang aku rasa?" tanya Faz yang memandang tepat ke mata Mia seperti ingin menghubung telepati, namun gagal.

"Kau fikir kita kat dunia magika ke nak main telepati. Mana lah... aku tahu gerak hati kau cakap apa. Kita bukan kongsi jiwa," kata Mia malas melayan karenah Faz.

"Isy, kau ini! Takkan tak rasa something? Aku jamin mesti diorang ada plan baru untuk escape hujung minggu nanti."

"So? Apa kena mengena plan diorang dengan aku?" Mia menjulingkan mata ke atas.

Faz mengeluh untuk seketika. Kadang-kadang rasa nak tampar saja mulut puaka si Mia ini. Nasib baik kawan, kalau tidak memang melekat tangan dia di pipi Mia.

"So, apa kata kita sabotaj? Kita follow, then report Puan Maria.

"Brilliant! Baguslah Faz, baru sekarang kau nampak bijak. Sebelum ini tak berguna langsung. Aku setuju idea kau!" puji Mia bersama sedikit perlian.

Mereka berdua sudah tersenyum jahat bersama beberapa idea bermain di fikiran. Bukan Mia lah kalau tak cari masalah.

THE SCARY LETTERKde žijí příběhy. Začni objevovat