Bab 1

325 50 9
                                    

Sebuah bilik yang sederhana namun boleh memuatkan 10 remaja di dalamnya. Empat orang pelajar sedang berdiri kaku sambil mengelilingi meja bulat mini mesyuarat. Sedang mereka sibuk melayan perasaan yang bercampur baur itu, pintu bilik diketuk lalu dibuka. Terjengul satu kepala selepas itu dia masuk bersama dengan rakan yang lain.

"Kamu semua tahu apa kesalahan kamu?" soal Warden Maria tegas. Wajahnya boleh dikatakan seperti singa sahaja!

Mereka semua hanya menunduk ke bawah memandang lantai yang bersih itu. Dalam hati,  masing- masing menyumpah seranah kerana perbuatan mereka dikantoi oleh warden mereka sendiri. Anggukan sahaja yang dibuat sebagai tanda protes tidak mahu bersuara. Ini kali pertama mereka ditangkap melakukan kesalahan.

"Baiklah, disebabkan ini kali pertama.. saya bagi kamu semua peluang dan sebagai denda kamu semua perlu duduk di dorm biasa." Arahnya dengan nada yang tegas. Sengaja mahu bagi pelajar-pelajar itu takut padanya.

Usai sahaja denda diberikan, Puan Maria membenarkan mereka pulang ke bilik masing- masing. Dalam hatinya sudah berdoa agar mereka semua berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Mereka yang didenda pula menunjukkan perasaan tidak berpuas hati.

Fad pov

Kaki mendaki satu persatu anak tangga dengan perlahan untuk ke tingkat atas. Suasana malam hari lagi membuatkan sesiapa yang melalui di situ berasa gerun. Keadaan yang suram dan kelam merindingkan lagi bulu roma meskipun ditutupi dengan baju tebal.

Sampai sahaja di tingkat yang ingin dituju, aku mempercepatkan langkah kaki. Sepertinya ada orang sedang mengekori aku di belakang. Tanpa berfikir siapa mahupun apakah itu. Baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu bilik, bahuku ditepuk justeru membuatkan badanku berpusing manakala tanganku refleks memukul.

"Wei..wei.. sakit wei!" teriak Mia lalu menggosok badannya yang ditepuk oleh Fad.

"Ish kau ni, nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau ye pun tak payah la main tepuk- tepuk bahu orang" aku memarahinya.

"Dah tu, nak buat apa? Err.. sebenarnya kau buat apa naik atas ni?" Terkulat-kulat Mia membalas.

"Bagi lah salam ke.. panggil nama aku ke.." aku mengerlingnya "Dah tu.. kau pula buat apa?"

"Hehe..mungkin sama sebab macam kau juga kot." Balasnya sambil tersengih-sengih kambing.

"Dah la, jom masuk." kataku lalu memulas tombol pintu.

Belum sempat pintu dibuka terlebih dahulu, orang di dalam sudah membukanya. Kami berdua turut terkejut secara tiba- tiba. Oh rupanya, empunya bilik yang buka! Kami hanya tersengih sambil memandang tuan bilik.

"Korang rupanya.. ha jom lah masuk. Yang lain dah tunggu." jemput Haz.

Kami masuk sejurus sahaja dijemput masuk ke dalam. Aku memandang sekitar tempat, ceh! nampaknya ada perubahan. Yang lain sudahpun duduk mengambil tempat.

"So, sekarang kita sebilik? Now, what?" soal Haz.

"Err.. know each other?" jawab Alia sambil memandang semua orang meminta persetujuan.

"Rasanya tak perlu." sampuk Faz sinis. Sempat juga dia menjelingkan matanya ke arah Alia.

"Perlu ke?" Dee menanya semula lalu mengibaskan rambutnya.

"Tak.. kalau kau tak nak lantak kau ah!" sampuk Mia marah. Dari tadi lagi dia memandang kawan-kawannya yang sememangnya mahu mencari masalah.

"Kau apahal? Suka hati akulah nak cakap apa pun. Dasar bitch!" balas Dee bengang. Giginya diketap menahan geram.

"What did you call me?" kata Mia berang dengan sikap Dee yang bermulut puaka.

"Dah la korang.. aku rasa ada sebab kenapa warden suruh kita duduk satu bilik." sampuk Dina

"What do you know?" perli Kay sengaja.

"Mungkin sebab kita tak boleh luahkan masalah sebenar kita kat dia.. dia suruh kita luahkan masalah kita to each other agar kita boleh atasinya?" teka aku sambil terdenyum.

"Yeah! You are right." Balas mereka semua serentak.

Sebenarnya masalah yang kami buat bukan kerana kami sengaja. Mungkin kami perlukan perhatian daripada seseorang.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now