1

33.5K 1K 47
                                    



HER MISTAKE

▁▁▁▁▁

He's out  his head ,I'm out  my mind .

In the end , it him and I .

▁▁▁▁







Jarinya naik meraup helain rambut , diselak ke belakang sambil anak mata tajam meliar ke sekitar kelab malam berprestij di tengah-tengah kota raya itu .



Alunan muzik dari DJ , bunyi gempak setiap beat bergema diseluruh genap ruang kelab itu . Mewah dan intense .
Kelihatan para pengunjung di tingkat satu itu terdiri daripada orang-orang kebayakan . Tidak seperti di aras dua dan tiga . Meski dari aras bawah dapat dilihat aras dua melalui dinding kaca itu ,namun tidak mampu menghalang rasa ingin tahu Elise Kimberlin . Dia basahkan bibir sambil mata melirik pula anak tangga yang jelas dituju ke arah ruangan eksklusif itu .


Mata dikecilkan bersama keinginan yang meluap-luap untuk menapak di ruangan VVIP itu namun malangnya , dia masih baru di kota England ini . Untuk memasuki ruangan aras dua mahupun tiga , dia perlukan kad ahli .


Keluhan meniti dibibir Elise , lambat-lambat dia menghampiri bahagian bar . Sesekali matanya melirik bahagian tangga yang dihiasi red carpet itu . Dengan sinaran lampu yang agak dim . Betul-betul memaut hati Elise Kimberlin .



Dia memesan segelas cocktail , mengemam bibir bawahnya sementara menanti pesanannya siap .



Masih teringatkan sesi melarikan diri dari rumah sebulan yang lalu . Disebabkan bapanya , Kimberlin Hans berbuat keputusan untuk menyatukan dirinya dalam satu perkahwinan korporat membuatkan Elise mengambil tindakan drastik itu . Hampir dikurung dalam rumah sendiri , namun otak geliganya mampu memikirakan cara bagi meloloskan diri . Tidak sia-sia , lompat keluar dari balkoni biliknya ditingkat 2 .
Bagaikan rapunzel , namun dia menggunakan ikatan cadar bagi memudahkan dirinya turun dari aras dua .



" your drink "

Elise hanya tersenyum kecil , dicapai gelas itu sebelum dibawa menyapa bibir . Bosan , lantas dia berpusing menghadap lantai dansa yang dipenuhi lautan manusia . Terkinja-kinja menari dengan pasangan mahupun kawan . Atau , sekadar suka-suka menghabiskan malam yang panjang .


Tanpa dapat ditahan , sekali lagi Elise bawa lirikan matanya ke anak tangga itu . Namun kali ini , matanya serta seluruh tubuhnya seakan terhenti fungsinya saat mata bertentang dengan sepasang mata lain .




Lelaki bersut serba hitam itu kebetulan sedang mendaki beberapa anak tangga ke aras dua itu namun dihalang seketika oleh salah seorang pekerja . Bukan pengawal kelab itu , mungkin pemandunya ?



Dapat dilihat pekerja itu sedang memaklumakan sesuatu padanya namun anak mata lelaki itu tajam menikam wajah Elise . Renungan tajam , dark and intense . Totally hot .







Ellen senyum sinis , keningnya menjungkit sengaja apabila yakin bahawa lelaki itu sedang merenungnya jua . Bibir gelas dibawa ke bibir , disisip minumannya sambil mata tidak pernah lari daripada renungan itu . Menanti salah seorang daripada mereka yang mematahkan tautan mata itu . Masing-masing tidak mahu mengalah .

Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now