Final

1.9K 148 28
                                    

Tidak lama selepas si kawan minum air yang Bobohizan B kasi, dia pun tersedar. Asal dia sedar saja berabis dia muntah yang sangat busuk. Muntah dia berbuih2 dan banyak bendasing lain ikut ada dalam muntah dia teemasuk darah.

Bila nampak ada darah dalam muntah dia panik la bah ahli keluarga si kawan ini, tapi Bobohizan B suruh diorang bertenang saja sbb lagi bagus si kawan muntah balik apa yang dia termakan. Kalau si kawan nda termuntah itu barang chances dia untuk survive adalah sangat tipis. Menurut Bobohizan lagi, si kawan termuntah darah sbb barang yang dia kena kasi makan itu mula menyerang organ2 dalaman dia.

Selesai saja si kawan muntah badan dia lemah sudah betul. Bobohizan B masuk ke dalam dan keluar balik membawa sebotol air dalam balang kaca yang dipenuhi dengan akar-akar kayu yang sudah direbus, selepas itu dia kasi tuang dalam gelas dan suruh si kawan minum. Cuci perut ko dia bilang. Lepas minum itu air herba, Bobohizan B nasihatkan supaya si kawan berehat saja dulu takut dia pengsan sbb badan dia masih terlalu lemah.

Sementara menunggu si kawan berehat, family dia pun berbincang2 la apa yang patut diorang buat sama orang yang kasi kena si kawan dan diorang memutuskan untuk menyerahkan sepenuhnya keputusan sama Bobohizan. Maksudnya, sama ada Bobohizan mau kasi balik sama yg buat atau tidak diorang ikut saja. Mendengar keputusan family si kawan Bobohizan B mengangguk2kan kepala dia tanda faham dan berpesan kpd ahli keluarga si kawan yang selama 40 hari si kawan nda buli keluar rumah sbb masih dalam tempoh berubat.

Bila si kawan sudah sedar, family dia pun bawa dia balik kampung. Bobohizan B bekalkan si kawan dengan air yang sudah dia baca2 untuk di renjis di seluruh ruangan rumah dan juga sekeliling rumah. Air herba dalam balang besar juga turut Bobohizan B kasi. Cuma satu yang Bobohizan B pesan, kasi terus cari orang lain yg lebih pandai sbb sihir lain yang kena hantar utk buat si kawan ini gila diluar kemampuan dia.

Beberapa bulan selepas kejadian yang menimpa si kawan ini, satu tragedi ngeri telah berlaku sama si lelaki yang telah menyebabkan si kawan jadi begitu. Lelaki tersebut telah terlibat dalam kemalangan ngeri di mana motosikal yang dia naiki telah di gilis oleh lorry yang sarat dengan muatan menyebabkan lelaki itu juga ikut tergilis. Sebelah badan dia hancur termasuk kepala dia. Menurut cerita2 orang2 kampung yang ada nampak kejadian ngeri tersebut, otak lelaki berkenaan bertaburan di jalan raya. Dahsyat sungguh 'bayaran'yg Tuhan bagi.

Dipendekkan cerita, sejak balik dari berubat tempat Bobohizan B si kawan mula beransur baik. Tiada sudah panggil2 nama itu lelaki bila malam. Cuma setiap kali menjelang senja sakit kepala dia akan menyerang. Bila sakit kepala dia menyerang dia akan mula berkelakuan seperti orang hilang akal.

Kerana sakit dia ini juga yang menyebabkan dia tidak dapat meneruskan persekolahan dia dan hidup bersendirian sehingga akhir hayat dia. Sejak ada sakit begitu si kawan mula mendekatkan diri dengan Tuhan. Dia sangat aktif di Church. Sesiapa yang kenal rapat dengan dia pasti akan rasa sangat simpati dengan apa yg dia lalui.

Dia seorang anak, adik, kawan, church member yang sangat baik. Dia sangat pemurah, ringan tulang dan tutur kata dia sangat baik. Kalau dia tau ada kawan2 yang bermasalah dia sanggup ketepikan kepentingan dia sendiri. Tapi sayang dia menjadi mangsa kekejaman dan kebusukan hati orang. Ini adalah tribute untuk seorang kawan bernama Camelia. Rest in peace sis.

-THE END-

Pugai Lompat Pagar(Based On True Story)Where stories live. Discover now