Permulaan...

2.5K 66 0
                                    

"Dengan ini, hakim telah memutuskan bahawa Aril Irwan Bin Rahman telah menceraikan Raisyah Binti Hj Mohamed dengan talak satu."

Tepat jam 2.05 petang Raisyah telah diceraikan. Tanpa sebarang kata, Raisyah menundukkan kepala. Wajahnya tidak memaparkan sebarang emosi sedih mahukan gembira.

Setelah semua bersurai, Raisyah melangkahkan kaki keluar dari mahkamah besar dengan hati yang terluka. Dia sedar dirinya langsung tak pernah dicintai oleh suaminya dek kerana perkahwinan terpaksa mereka. Mata Aril mengekori langkah Raisyah sehingga hilang bayang.

Aril mengeluh. Pantas saja kakinya mengejar Raisyah sehingga ke anak tangga luar.

"Awak!"

Jerit Aril memanggil Raisyah yang semakin pantas berjalan.

"Raisyah!"

Sekali lagi Aril memanggil. Terhenti langkah Raisyah dan berpaling menoleh Aril yang sudah tercungap-cungap keletihan. Buat pertama kali dia memanggil nama Raisyah dan pertama kali Aril menghadiahkan senyuman padanya. Aril menghampiri Raisyah yang setia berdiri di anak tangga terakhir.

"Sorry, tak dengar." Tiada sekelumit senyuman diwajah manis Raisyah.

Dia masih keliru dengan lelaki yang sedang menghampirinya.

"Awak buat apa lepas ni?"

Aril berhenti betul-betul depan Raisyah. Awak? Sekelip mata Aril berubah selepas hakim memutuskan cerai.

"Hmm... Balik."

Jawab Raisyah sepatah.

"Jom teman saya makan."

Berkerut kening Raisyah. Begitu gembira ke dia melepaskan aku? Selama 3 bulan perkahwinan kami, dia langsung tak pernah berkata lembut dengan aku walau sepatah. Apa lagi nak ajak aku makan. Omel hati Raisyah. Hatinya terluka dengan sikap Aril sekarang.

Raisyah mengalihkan pandangannya tempat lain bagi menyembunyikan rasa kecewanya.

"Maaflah, saya letih sangat hari ni, nak balik rehat." Raisyah reka alasan untuk menolak pelawaan bekas suaminya itu sambil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.

"Letih? Letih sebab apa? Awak bukan buat apa-apa tadi. Betul tak?"

Perli Aril dengan senyuman. Niat dihati, ingin berkawan dengan bekas isterinya.

Aku letih dengan masalah sebelum ini. Sekarang aku nak rehat tenangkan fikiran. Bisik Raisyah kesal. Tiada sebarang senyuman tercalit diwajah Raisyah ketika ini membuatkan Aril semakin rasa bersalah.

"Awak, please! Saya nak tebus kesilapan saya selama 3 bulan perkahwinan kita."

Raisyah mendonggakkan kepala merenung kedalam mata Aril. Seakan tidak percaya dengan kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Perkahwinan yang singkat selama 3 bulan dengan maki hamun berbakul yang pernah Aril lemparkan pada Raisyah waktu dia masih bergelar isteri masih segar difikirannya. Disebabkan rasa kasih sayangnya terhadap Aril, Raisyah sanggup melupakan rasa sakit yang dia rasakan.

"Saya betul-betul letih hari ni." Kelihatan wajah Aril nampak kecewa.

"Please."

Rayu Aril sekali lagi dengan merapatkan kedua tapak tangannya. Lama Raisyah melihat kelakuan Aril yang betul betul merayu padanya. Tersenyum Raisyah melihat kesungguhan Aril. Terbit rasa kasihan dihati Raisyah melihat Aril benar benar ikhlas hendak menebus silapnya.

"Okay. Jom!"

Akhirnya Raisyah mengalah dengan rayuan Aril. Terserlah kegembiraan diwajah Aril setelah mendengar Raisyah setuju.

"Ikut kereta saya."

"Takpe, saya bawa kereta."

"Tak, awak ikut saya. Kereta awak, simpan je sini. Lepas makan, kita ambil." Raisyah menggelengkan kepala melihat perubahan drastik Aril. Alangkah bagus kalau Aril sekarang adalah Aril 3 bulan lepas. Bisik Raisyah.

Cerpen: Dudaku, Bakal SuamikuWhere stories live. Discover now