Bab Tiga Belas - Izani.. Bahaya?

6.2K 269 3
                                    

Makanan di dalam pinggan aku kuis. Najihah yang tengah makan pun berhenti dari menyuap makanan masuk dalam mulut. Aku meneguk air oren di dalam cawan kemudian mengeluh.

"Kau okay tak, Lia? Dari kau balik kerja petang tadi, aku tengok kau asyik mengeluh je.."

Aku mengeluh. Depan rezeki sepatutnya tak elok mengeluh, tak sopan ibarat macam kita tak bersyukur dengan rezeki kita. Aku mengeluh bukan sebab makanan yang ada depan mata tapi benda lain.

"Kalau ada masalah, ceritalah.. Aku kan ada, sentiasa ada untuk kau!"

Aku tarik senyum. Nak pujuk aku lah tu..

"Dekat sekolah tadi, jantan tak faham bahasa itu datang." Aku mula buka cerita, nasi aku suap ke dalam mulut.

"Siapa? Izani?"

Aku menggeleng. Kalau Izani, takdenya aku nak mengeluh sepanjang hari macam ini.

"Thaqif tulah, kalau dia datang sekolah itu tak tegur aku, tak kacau aku nak buat kerja, takpe.. Tapi, masalah dia.."

"Slow sikit suara tu, cerita tu jangan nak mengamuk. Bukan dia ada depan mata pun, hang ni. Depan makanan ni.." tegur Najihah.

Tangan yang terangkat disebabkan rasa marah aku turunkan perlahan-lahan.

"Ha, sambung. Dia asyik tanya aku pasal Izani, naik rimas tahu tak? Cikgu-cikgu lain takde menyibuk macam dia."

Aku sambung bercerita dekat Najihah. Flashback masa di sekolah buatkan aku sendiri rasa sakit hati. Kalau boleh, aku dah lama tumbuk muka Thaqif itu. Nasib dia baik sebab ada Ustaz Rahim dengan Cikgu Lina dekat kantin.

"Terima kasih, Encik Li! Teh ais Cik Li memang mengancam, hehehe"

Aku bawa gelas itu ke kantin luar. Makanan yang aku pesan tadi pun sudah sampai di depan mata. Mi Bandung! Dah lama aku kempunan nak makan tapi asyik kena pergi meeting dekat sekolah lain, itu yang selalu terlepas nak merasa.

Kuah Mi Bandung aku hirup perlahan-lahan. Ya Allah, nikmatnya!!

Telefon yang bergetar di atas meja aku ambil dan angkat. Izani ini memang suka betul kacau masa-masa penting macam sekarang ini. Makan ini masa penting tau!

"Ha, nak apa?"

Aku terus bertanya. Mi bandung aku suapkan ke dalam mulut.

"Waalaikumussalam, cik tunang."

Aku mencebik. "Yela, assalamualaikum encik tunang. Encik tunang nak apa ya? Takde masa lain ke nak telefon cik tunang ini?"

Izani ketawa. Semenjak dia luahkan perasaan tiga hari lepas, dia sekarang suka benar telefon aku, bukan setakat telefon waktu aku kerja, waktu aku nak pejam mata tidur pun dia telefon.

"Ni mesti tengah makan kan? Kalau tak, takdenya nak buat suara menyampah dekat saya.."

Ha, lagi satu. Dia dah guna saya-awak dengan aku. Bulu roma aku pun tegak sendiri tau bila aku dengar dia bercakap dengan aku lembut-lembut. Aku pun jadi terikut-ikut guna saya-awak, secara semulajadi.

"Kalau dah tahu, kenapa sibuk lagi nak telefon orang? Orang nak makan pun tak senang.."

"Tak senang? Sebab apa pula tak senang?"

Tanya kita pulak! Sebab kaulah, nak buat sweet-sweet dengan aku. Hati teman ini pam dua kali ganda laju tahu!

"Yela, menganggu. Mana nak makannya lagi, nak mendengar orang sana bercakap lagi. Kita manusia buat satu kerja je untuk satu masa, lainlah kalau orang ini.."

Tunang Untuk Dua Bulan [c]Where stories live. Discover now