Sekali lagi Nadine mencebik mendengar pujian yang diberikan Rafique buat Adra. Terus sahaja dia menukar topik lain.

Mata Adra seakan sakit melihat kemesraan mereka berdua. Hatinya bagai ditusuk sembilu apabila mendengar ungkapan cinta Rafique buat Nadine.

Kalaulah...

Kalaulah ungkapan itu untuk dirinya, dialah perempuan paling bahagia.

Tulah, degil sangat telinga dia ni nak dengar, kan sendiri yang sakit...

Walaubagaimanapun, Adra sendiri sedar dan dia perlu menerima hakikat bahawa Rafique masih cintakan Nadine dan Nadine ialah cinta Rafique yang sebenar, bukan dirinya.

"Awak,"

Cepat saja Adra mengelap air mata yang hampir sahaja menitis untuk yang entah keberapa kali apabila dipanggil Rafique. Dia keluar dari bahagian dapur.

"Ya?" Dicuba untuk senyum walaupun pandangan Nadine itu seakan membunuh dirinya.

"Abang pergi dulu tau. Awak tak payah tunggu abang tau malam ni. Abang tak sure balik pukul berapa," kata Rafique.

Lambat sahaja Adra mengangguk tapi masih lagi dengan senyuman. Melihatkan Rafique sudah mahu berlalu, cepat saja Adra menahan.

"Kenapa?" Soal Rafique lembut. Mahu menangis saja Adra mendengar balasan lembut daripada Rafique.

"Ara nak salam." Dihulurkan tangan kanannya dan tanpa berfikir lama, Rafique menyambut juga tangan kanannya untuk disalam Adra. Sempat Rafique mengusap ubun-ubun Adra.

Adra hanya mampu melihat pasangan itu berlalu keluar dari rumah. Masih terasa bagaimana Rafique mengusap ubun-ubunnya.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati abang Raf untuk menerima aku sepenuhnya...

✨✨✨

"Next time, you tak payahlah datang rumah I dengan cara mengejut macam tadi. You boleh telefon I kalau nak jumpa kan," kata Rafique yang masih fokus pada pemanduannya.

Nadine mendengus perlahan. "Kenapa pula? Tak lama lagi rumah tu pun akan jadi milik I."

Rafique memandang Nadine sekilas. "Tapi tak manis kan kalau orang nampak."

"Bukannya kita berdua pun dalam rumah you. Ada budak perempuan tu juga kan. Lainlah kalau budak perempuan tu ada plan something bad untuk kita,"

Tergelak Rafique. Tetapi sinis bunyinya.

"Jangan merepeklah. You don't know her like I know her." Balas Rafique serius.

"So, betullah yang you dah jatuh cinta dengan budak perempuan tu?"

"Merepeklah lagi. You nak I jatuh cinta betul-betul dengan Adra ke? Lagipun tak salah sebab she is my wife and I have my right to do anything with her."

"Raf!!! You yang merepek. Yes, I know she's your wife but you can't, okay."

Rafique tergelak.

"Kita kahwin, please!" Gesa Nadine.

"Apa mama I cakap nanti? I dah kahwin."

"You pujuklah mama you. Mama you sendiri tahukan yang I your first love," rengek Nadine.

"Tak semudah yang you fikirkan, Nad. I tak nak lukakan hati mama I." Balas Rafique.

"Then, kita break. Senangkan," Nadine terus memeluk tubuh. Pandangan dilemparkan keluar tingkap.

Rafique mengeluh berat.

"Janganlah macam ni. Kalau you terus desak I, macam mana nak selesai." Kata Rafique.

Tapi, Nadine tidak membalas apa-apa. Rafique pula malas mahu memujuk. Baginya, Nadine cepat dipujuk. Nanti lama-lama, Nadine akan okay.

Votes and comments. Thanks.

Cintai Aku. [ complete ]Where stories live. Discover now