Bab 6

2.4K 74 0
                                    

Pagi itu aku ada beberapa mesyuarat dengan syarikat-syarikat yang mempunyai prestasi dan komited dalam pembayaran sewa yang baik sepanjang tempoh sewaan. Dek kadar utiliti pun dah naik, kadar sewa pun kena naiklah. Mungkin ada yang tak mampu dan tak mahu sewa... Itu yang as token of appreciation, syarikat nak aku tawarkan beberapa kelebihan yang menguntungkan mereka sekali gus mereka akan sambung sewa dengan syarikat. Kira win win situationlah.

Alhamdulillah.

Selain Dutch celup tu yang tak nak ambil offer aku... Yang lain nak juga ambil offer aku. Nasib baik daripada lima syarikat, empat syarikat nak sambung. Tinggal satu ni yang liat sangat. Tapi, bak kata Encik Rahmad... To win some, you have to lose some. Dapat empat jadilah daripada tak dapat langsung, kan? Masalahnya, Encik Rahmad tu macam dah terlebih Belanda pula aku rasa. Tak boleh nak kata tak dapat.

Kemudian...

Macam biasa aku akan pusing-pusing dalam pusat membeli-belah itu untuk dapatkan idea promosi untuk Tahun Baru Cina akan datang. Aku kena bentangkan proposal aku pada Encik Rahmad untuk next meeting nanti. Sambil-sambil tu, aku cuci mata dan cari baju baru untuk esok. Senyum-senyum mengenangkan hari bersejarah yang bakal terjadi esok. Kalau jadilah... Harap jadilah kali ni. Aku akan cuba bertenang sampai jari manis aku ni bertanda.

Sabar, Safa.

Sabar.

"Kau rasa baju jenis apa yang aku patut pakai? Aku kat butik ni..."

"Hang tak kerja ka?"

"Kerjalah ni."

"Boleh pula hang shopping ikut suka mak hang aje noh?"

"Eh... Aku kan kerja kat shopping mall, kalau bukan kerja shopping, macam mana aku nak buat kerja? As a marketing officer, aku kena tengok sama ada customer aku dilayan baik tak oleh pekerja di mall aku ni."

"Alasan yang tak boleh blah..."

Aku tergelak.

"Alaaa... Hang beli sajalah baju yang biasa hang pakai pi pejabat. Pasainya... Kalau hang tiba-tiba pakai hat pelik sikit, nanti Umair perasan yang hang dah tau. Sat lagi... Aku juga yang kena dengan Umair sebab dah pecahkan rahsia."

"Yalah... Yalah."

"Blouse and slack. As usual... Sudah. Cari hat warna mustard sebab warna tu nampak cantik dengan hang."

Sekali... Aku terdengar bunyi telefon dari dalam. Aku lihat di skrin, nama mama muncul.

"Okey... Nanti aku telefon balik. Mama call."

"Okey... Okey."

Aku letakkan panggilan Ummi dan aku angkat panggilan mama. Kenapa mama telefon in the middle of the day?

"Helo... Assalamualaikum, ma."

"Waalaikumussalam anak bertuah."

"Kenapa, ma?"

"Kenapa apa?"

"Kenapa mama telefon?"

"Eh, sekarang ni kalau nak telefon anak bertuah ni, kena buat appointment ke?"

"Bukanlah. Selalu mama tak telefon Safa waktu papa ada kat rumah, kan?"

"Papa tak balik makan tengah hari. Dia ada golfing."

"Ohhh kucing tak ada, tikus menarilah ya?"

"Haaa... Tengah duk poco-poco ni."

Aku tergelak. Mama nilah...

"Tengah buat apa ni?"

"Window shopping."

"Cool job... Patutlah Safa tak nak kerja dengan papa."

WISH LISTWhere stories live. Discover now