"Ouh Nek Nur . Nama saya Ayra Husna tapi nenek boleh panggil saya Ayra"

"Cantik nama kamu . Secantik tuannya . Nek Nani nak tanya boleh ?"

Ayra Husna hanya mengangguk menandakan dia bersedia dengan soalan yang akan diajukan oleh Nek Nani .

"Kenapa Ayra duduk dekat busstop tu malam-malam ? Bahaya tau . Kenapa Ayra menangis sampai pengsan ? Mana keluarga Ayra ?"

"Se...sebenarnya hmm"

"Tak pe kalau Ayra tak sedia nak cerita lagi . Nek Nani faham"

"Tak pe Nek Nani saya boleh cerita"

Nek Nani dan Ayra Husna mengambil tempat di kerusi yang sudah terletak pada bilik tidur itu .

"Sebenarnya mak dengan ayah saya dah meninggal waktu saya kecil lagi . Saya anak tunggal . Dulu saya tinggal dengan makcik saya dekat kampung . Tapi makcik saya jual saya dekat sorang lelaki kaya ni . Nama dia Zack Marquez . Mungkin makcik saya anggap saya ni membebankan dia sebab tu lah dia jual saya"

"Sampai hati makcik Ayra jual Ayra . Habistu macam mana Ayra boleh ada dekat busstop tu . Ayra lari ? Lelaki tu ada buat benda tak elok ke dengan Ayra ?"

"Ta...tak encik Zack baik . Waulaupun kadang-kadang dia garang . Masa tu kami pergi pasar raya besar sebab dia belikan saya barang-barang keperluan saya . Masa tu kami dah nak balik , tiba-tiba kami terserempak dengan soran perempuan ni . Saya rasa itu kekasih encik Zack . Dia marah dan hina saya . Jadi saya marah sangat sampai saya lari dari situ . Saya tak dapat kawal diri saya masa tu"

Jelas Ayra Husna dengan panjang lebar . Nek Nani yang mendengar cerita itu berasa sedih apabila mengenangkan nasib gadis kecil itu .

"Jadi sekarang Ayra dah takde sapa-sapa lah ni ?"

"Ya makcik . Mungkin encik Zack dah tak nak jaga saya sebab saya menyusahkan dia . Lagipun dia mesti dengan kekasih dia sekarang"

"Takpe Ayra duduk dengan Nek Nani dan Tok Qi ye . Tok Qi tu suami Nek Nani . Ayra jangan risau Tok Qi baik orangnya . Lagipun sepanjang perkahwinan kami , kami tak diberikan zuriat . Tapi kami redha . Mungkin sekarang kami diberi peluang untuk dapat cucu secomel Ayra . Walapun kami takde anak"

Ayra Husna yang mendengar kata-kata dari Nek Nani sudah mengalirkan air mata . Dia memang seorang yang berhati lembut . Cepat menangis .

"Te...terima kasih Nek Nani . Tapi Ayra takut Ayra menyusahkan Nek Nani dan Tok Qi je"

Tiba-tiba kedengaran suara yang agak garau dari pintu .

"Tak menyusahkan pon nak . Kami pun gembira sebab dapat jaga kamu"

Rupanya dari awal lagi Tok Qi sudah berada di pinti bilik itu . Dia berasa kasihan dengan gadis kecil itu .

Ayra Husna hanya tersenyum kerana dia tidak dapat meluahkan perasaan gembiranya sekarang .

"Betul tu Ayra . Sekarang ni lap air mata tu dan jom kita makan dekat dapur . Nek Nani dah buat sarapan yang sedap untuk kita bertiga"

Nek Nani menarik tangan kecil Ayra Husna dengan lembut untuk mengikutinya ke dapur . Ayra Husna hanya tersenyum . Tok Qi sudah berjalan dahulu kerana terlalu lapar .

🍃🍃🍃

"Zack , apa yang dah jadi ni . Kau call kitorang macam ada hal penting je"

Danny menggaru kepalanya yang tidak gatal itu . Alex yang berada di sebelah Danny menguap beberapa kali kerana pagi-pagi lagi Zack Marquez sudah menelefon mereka untuk datang ke rumah . Katanya ada hal yang sangat penting .

little girl & MAFIA Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum