"Eh, Zafwan...maksud saya, Encik Zafwan," Ain gugup.

Zafwan ketawa kecil melihat reaksi Ain. Sudah dijangka, Ain masih comel seperti dulu.

"Haha, tak payah la berencik dengan saya,"

Ain angguk, janggal.

"Saya datang sini sebab dengar awak start kerja hari ni. Dah lama tak jumpa kan," sambung Zafwan.

Ain senyum.

"Betul tu. Last jumpa pun masa kat U dulu"

"Yup. Oh ya, tahniah ya sebab diterima kerja. Good luck"

"Terima kasih, En... eh bukan, Zafwan,"

Mereka ketawa.

"And about Aiman...sabar je la dengan dia ya. Dia tu memang dingin sikit, tapi dia baik. Jangan risau,"

Ain hanya tersenyum janggal sambil mengangguk perlahan mendengar nasihat Zafwan. Urghh...masalahnya dia dingin dengan aku je, rungut Ain dalam hati.

Kebetulan  meja kerja Ain dengan pejabat Aiman tidak terlalu jauh, maka semasa Aiman sedang keluar dari pejabatnya, dia terlihat Zafwan sedang berbual mesra dengan Ain.

Hatinya tiba2 panas.

Dia berjalan ke arah mereka secara spontan lalu berdiri di sebelah Zafwan. Ain terkejut beruk dengan kehadiran Aiman, senyumannya terus mati. Aduhh, mampus aku baru first day kerja dah kantoi curi tulang.

"Heyyy, dudee,"

Zafwan menepuk bahu Aiman. Aiman pula hanya merenung Zafwan dengan wajah tidak beriak. Kemudian, dia memandang Ain. Cepat2 Ain alihkan pandangan pada dokumen di tangan.

Lalu Aiman kembali memandang Zafwan. Tiba2, dia menarik telinga Zafwan membuatkan lelaki itu terjerit kecil.

"Dah, jangan kacau pekerja aku," Aiman menarik telinga Zafwan sehingga ke depan pejabatnya.

"Aduhhh, aduhhh,sakitlah" rungut Zafwan.

Ain hanya tergamam melihat adegan di depan matanya. Dia tidak dapat menahan gelak. Didi dan Wani yang curi2 dengar perbualan mereka pun turut tergelak sama.

Kemudian, Ain, Didi dan wani saling berpandangan. Ain buat muka, 'seriously-korang-curi-dengar?' kepada mereka.

Lalu, ketawa mereka meletus lagi. Apabila Zulaikha memberikan jelingan tajam kepada mereka, barulah mereka berhenti ketawa lalu menyambung kerja masing2.

Namun masih kedengaran bunyi mereka menahan ketawa.

*  *  *

Waktu kerja hampir tamat. Lebih kurang 15 minit lagi. Ain duduk bersama Zulaikha dan beberapa orang yang terlibat dalam Business Development Executive di bilik mesyuarat. Mereka sedang membincangkan tentang pertemuan mereka esok dengan Tan Sri Ng, salah seorang client di syarikat itu.

"Baiklah, untuk esok, saya dan Ain akan berjumpa dengan Tan Sri Ng. Disebabkan Ain masih baru, jadi saya nak dia belajar bagaimana untuk berurusan dengan client, ok? Ada apa2 soalan?" Zulaikha selaku ketua di antara mereka petah berkata-kata.

Mereka semua hanya menggelengkan kepala.

"Baiklah, kalau tak ada apa2 lagi, kamu semua boleh beredar ya, terima kasih" Zulaikha bangun dari kerusinya.

Mereka semua keluar dari bilik mesyuarat. Sebelum Ain melangkah keluar, Zulaikha yang masih berada di dalam bilik mesyuarat itu memanggilnya.

"Ain, sini jap,"

Ain menuju ke arah Zulaikha.

"Ya, kak?"

"Pukul 9 pagi esok kita akan jumpa Tan Sri Ng. Ain jangan risau, biar akak yang bercakap dengan dia. Ain dengar, tengok dan belajar ya. Akak yakin Ain mampu buat" Zulaikha memberi penerangan dan kata2 semangat.

My Ice Prince Hubby ❄✔Where stories live. Discover now