She counted on tomorrow. He was counting down his final days.
Bagi Kasih Sahara, empat bulan menganggur selepas menggenggam Diploma Kejururawatan adalah satu tamparan realiti yang cukup perit. Di saat dia hampir berputus asa, sebuah peluang hadir da...
“She didn’t confess because she thought she had time. And he didn’t confess because he knew he didn’t have much time left.” ㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤㅤㅤ
BILIK tidur bernuansa kelabu itu kini terasa terlalu luas. Di sudut bilik, sebuah kerusi roda terbiar sepi di bawah biasan cahaya lampu jalan yang menembusi celahan tirai langsir. Tiada lagi susuk tubuh yang biasa duduk di situ, membelakangi dunia dengan sebatang pensel di jemari.
Sahara berdiri pegun di tengah ruang yang dingin, memeluk erat sebuah kotak kayu kecil ke dadanya.
Mereka tidak pernah mengikat sebarang janji, malah perkataan keramat itu tidak pernah sempat meluncur keluar daripada ulas bibir masing-masing. Gadis itu memilih untuk mengunci mulut, terlalu yakin dan percaya bahawa hari esok masih ada untuk sebuah luahan. Dia menyangka, waktu yang mereka miliki masih panjang dan luas.
Namun, dia silap. Dia terlupa bahawa lelaki itu sedang menyembunyikan sebuah garis penamat.
Perlahan-lahan, Sahara melabuhkan duduk di atas lantai marmar yang sejuk. Penutup kotak kayu dibuka dengan jemari yang menggigil halus. Benda pertama yang menyapa pandangannya adalah sehelai kertas lukisan bertekstur kasar yang sudah sedikit kekuningan.
Lakaran sebatang pohon gersang yang daunnya luruh ditiup angin. Dan di bawahnya, ada bayang-bayang berbentuk seorang manusia yang sedang mendepa tangan luas ke langit. Lukisan pertama yang mempertemukan jiwa mereka. Dulu, dia menyangka bayang-bayang itu sedang menanti titisan hujan untuk kembali hidup. Namun kini, baru dia sedar... bayang-bayang itu sebenarnya sedang bersiap-siap untuk terbang pergi, melambaikan tangan tanda selamat tinggal pada dunia.
Di bawah helaian lukisan pokok gersang itu, tersimpan pula berpuluh-puluh keping lakaran potret wajah dirinya sendiri yang dilukis dengan begitu teliti. Dan di sebalik helaian lakaran terakhir, terdapat sebaris tulisan tangan yang semakin condong dan lemah—sebuah perasaan yang sengaja disembunyikan oleh lelaki itu sepanjang hayatnya:
Saya sukakan awak, Hara. Tapi masa saya terlalu suntuk untuk bagi awak bahagia.
Air mata yang sejak tadi ditahan, akhirnya luruh menyembah kertas. Dadanya terasa sesak seakan-akan dicarat-carat.
Sakitnya penyesalan itu tidak tertanggung. Lelaki itu sengaja membina tembok profesional semata-mata kerana tidak mahu meninggalkan parut luka yang terlalu dalam pada hati gadis yang dijaganya. Dia memilih untuk mati bersama rasa itu, manakala Sahara pula ditinggalkan bersama rasa yang terlambat untuk disambut.
Mereka saling memiliki rasa yang sama, namun dipisahkan oleh persepsi waktu yang berbeza.
Sahara menyeka pipinya yang basah, cuba mengukir senyuman kelat. Kisah mereka bukanlah sebuah naskhah cinta yang sempat mekar. Ia hanyalah sebuah penceritaan tentang dua jiwa yang saling mendamba dalam diam, bertembung pada satu takdir yang salah, sebelum salah seorang daripada mereka terpaksa melepaskan genggaman terlebih dahulu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i decided to rewrite this story, hehe. it was first published in 2018 so i dont think ada yang ingat. anw, enjoy!