🍃🍃🍃

"Makcik kalau Ayra nak minta izin tidur awal malam ni boleh ? Ayra pening kepala sangat . Tolong makcik izinkan Ayra"

Ayra meragu kepada mak Leha . Mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya . Sudah menjadi kebiasaannya jika demam , dia memang tidak akan diberi apa-apa ubat . Pandai-pandailah dia menguruskan hal kesihatannya sendiri .

Mak Leha tidak akan memberinya ubat walaupun penyakit Ayra itu teruk . Sebenarnya Ayra sudah demam semenjak 2 hari lepas tapi dia sembunyikan . Jika dia beritahu mak Leha , sudah tentu mak Leha akan buat b*d*h sahaja .

"Yelah-yelah . Lagipun malam ni buah hati aku nak datang rumah . Jadi kau jangan keluar dari bilik kau"

Tegas mak Leha dengan wajah yang cemburu . Dia tahu bahawa Ayra Husna merupakan seorang gadis yang kecil molek . Sesiapa sahaja akan terpikat dengan kecantikannya yang semula jadi tanpa secalit make up .

Dia tidak pernah memakai apa-apa jenis make up . Bukan sahaja tidak pernah malah dia pun tidak tahu cara-cara menggunakan make up dan dia pun tak suka dengan make up .

"Ba...baik makcik . Ayra takkan keluar dari bilik lagipun Ayra memang tak larat dah ni"

Ayra yang hampir pengsan itu cuba menguatkan dirinya untuk masuk ke dalam biliknya . Sesampai sahaja di bilik , dia terus pengsan di atas katilnya itu .

Mak Leha yang khusyuk menonton tv , kedengaran bunyi ketukan pintu .

TUK !!

TUK !!

TUK !!

"Baby , sayang datang ni bukalah pintu ni"

Meleret suara lelaki gatal itu menyuruh mak Leha a.k.a baby nya itu membuka pintu .

"Ya sayang , baby datang ni"

Yang si tua ni pun boleh tahan gatal juga orangnya . Kuat melayan , mata duitan dan mengenyam tak padan dengan tua kerepot .

"Ha buka pun pintu , jadi apa yang kita nak buat malam ni ?"

Senyuman gatal si lelaki sudah menunjukkan maksud yang kotor .

"Hmm baby faham maksud sayang . Tak pelah baby buatkan sayang makanan dulu lepastu kita manja-manjalah ya"

Sahut mak Leha dengan nada yang dibuat-buat menggoda . Lantas dia ke dapur mencari makanan . Si lelaki hanya duduk di sofa sambil menonton tv .

🍃🍃🍃

Tepat pada pukul 8 malam Alex dan anak buahnya sampai ke tempat yang telah diberitahu oleh Danny .

"Boss , ada apa boss suruh kitorang datang ni ?" - alex

"Aku ada benda nak korang buat" - zack marquez

"What the boss wants us to do ?"- alex

"Okay you guys listen carefully . Aku nak korang pergi dekat rumah ni . Pastu aku nak kau offer perempuan tua ni dengan duit . Kau bagi je berapa dia nak . Asalkan dia nak bagi anak buah dia dekat aku . Faham" - zack marquez

"Faham boss tapi kenapa boss nakkan budak tu ?" - alex

"Tu kau tak payah tahu , yang aku tahu budak tu jadi milik aku malam ni . Kalau korang tak dapat , aku akan make sure family korang akan terima kepala korang depan pintu rumah dorang . Korang faham !"

Tengkingan dari Zack Marquez amat kuat sehingga membuat Danny , Alex dan 3 lagi anak buahnya terkejut dan gerun .

"Ba...baik boss . Ki...kitorang faham . Maaf boss maaf" - tergagap Alex meminta maaf pada Zack yang sudah berubah menjadi dingin itu .

little girl & MAFIA Where stories live. Discover now