special part - part 1

961 94 30
                                    


Kisah hidup aku dengan sehun sebelum kami berkahwin rasanya tak semua tahu dan bila aku dah lahirkan seorang putra pun ramai yang tahu . Staff di pejabat sehun pun mereka agak terkejut bila datang majlis kami . mereka macam

' isteri tuan dah bersalin ? betul ke ? '

' wait , tuan sehun bila masanya dia kahwin '

' bukankah haritu baby masih dalam perut lagi '

Mereka semua tersangatlah merepek . takkan lah baby ni nak duduk dalam perut aku sampai besar . bodoh ke apa . sehun pula hanya tersenyum , aku tak faham betullah dia ni . dan ni ha tengok lah sekarang . dia menjemput semua rakan kerjanya dan rakan rakan sekolahnya dulu dan yang paling aku nak mencarut dia tinggalkan aku sendiri , di sini , di meja makan . Dia dan SeWoo sedang beramah mesra dengan manusia lain .

Ini tersangatlah babi .

Dia Cuma mahu kenalkan SeWoo dengan yang lain tapi tak aku . alasannya , nanti aku dikebas dengan kawan dia yang lain . serious , aku tak tahu suami aku ni jadi bodoh macam ni . okay dah berapi kali aku mencarut dan sehun kata ianya tak sesuai untuk aku .

Oh betulke ?

We'll see.

Air sejuk kosong dihadapan aku , aku minumnya lagi dan kali ni aku terlebih genggam sampai gelas kaca lutsinar ni berbunyi. Aku ternampak seorang perempuan berpakaian dress biru muda dan rambutnya agak panjang .

Dia cium SeWoo

Siapa benarkan dia ?

Dan sehun hanya senyum .

Baguslah .

Dia langsung tak jenguk aku dari tadi jadi rasanya aku dah takde guna untuk masa sekarang . aku bangun dan sempat membaiki baju aku yag terangkat . stuff sehun yang lalu lalang dihadapan aku menunduk kecil . aku bukannya sombong taknak senyum ke apa Cuma masa sekarang buat aku jadi macam ni.

Aku berjalan meninggalkan majlis dan naik keatas . aku tak menggunakan tangga hadapan , ianya akan menyebabkan aku menjadi tumpuan ramai dan semestinya akan dimarahi Sehun . sempat aku melihat dari atas Sehun dan yang lain . hati aku mula berkecil hati , perempuan yang tadinya mencium SeWoo sekarang membawa putra aku dalam dukungannya . dan mereka bertiga seperti keluarga bahagia .

Apabenda ni.

Tetamu yang lalu lalang memberikan tunduk hormat mereka kepada perempuan tu ? mereka tersangatlah melampau . hati aku mula sakit , tadi Cuma berkecil hati tapi sekarang lain pula jadinya .

Yelah , teruskanlah berlakon perempuan

Teruskan menjadi aku .

Dress bewarna maroon aku tanggalkan kasar dan bathrob aku capai . aku rimas dan benda yang baru sahaja terjadi buat aku makin rimas . mereka semua tak guna . Kebiasaanya SeWoo akan menangis dan mahukan aku tapi pelik pula harini , wajahnya setiap saat gembira . mungkin gembira dengan ibu baru dia .

Aku merebahkan diri pada katil , harini sangat memenatkan .

" bagusnya dapat pergi jeju lagi "

Aku tersenyum kecil . aku rasa macam mahu menangis sekarang . tak tahu sebab rindukan pulau jeju atau benda yang berlaku harini .

Klik

Pintu terbuka dari luar . aku bangun dan melihat gerangan yang membuka dan merebahkan badan aku kembali setelah melihat siapa dia .

" kenapa cepat sangat naik sayang ?"

Oh dia ni baru sedar ke yang dia ada sayang

" taknak ganggu awak dengan yang lain " suara aku mendatar . mata aku tutup , aku betul betul mengantuk sekarang.

" sepatutnya bagitahu saya dulu kalau nak naik pun , ini tak , tinggalkan tetamu dekat bawah " suaranya . aku tahu , dia nak salahkan aku dalam hal ni.

" SeWoo mana ? " mata aku masih lagi tutup . Nampaklah sekarang aku kurang ajar



" Sehunna in- "

Aku bangun dan melihat kearah pintu bilik . perempuan tadi , dia bersama SeWoo . hati aku makin sakit . siapa perempuan sampai mahu masuk kebilik aku dan Sehun . aku pandang Sehun

Dia senyum .

" oh Sunmi , maaf ya susahkan awak untuk jaga SeWoo tadi " sehun mengambil SeWoo dalam dukungan perempuan yang bernama Sunmi itu . mesranya mereka berdua , aku rasa macam tak wujud sekarang .

Tadi dia dah berlakon jadi aku

Dan sekarang

Dia masih teruskan lakonan dia depan mata aku .

bagus perempuan .

+



Aku tak tahu bila Perempuan yang jadi aku tadi pergi . rasanya semua tetamu dah balik . SeWoo dah pun tumbang atas katil . penat ye sayang .

" lebih baik lepasni takpayah buat majlis kalau dah perangai macam tu " sehun . dia membuka coat bewarna biru gelapnya dan campak kelantai . aku tahu dia tujukan pada aku.

Punggung SeWoo aku tepuk pelahan . dia merengek tadi mungkin tak selesa .

" dah bisu ? " Tanya sehun .

Aku tak tahu nak keluarkan ayat apa jadi aku Cuma pandang dia

" salah saya ke ? " mata aku panas . bila bila sahaja air mata boleh keluar . aku alihkan pandangan aku daripada terus melihat sehun . aku tak boleh , aku cepat sensitive kalau dia dah marah macam ni

" habistu nak salahkan siapa ? SeWoo ? " aku Nampak dia mengambil tuala , mahu membersihkan dirinya mungkin .

" ikut suka hati awaklah sehun , saya penat . selamat malam " aku terus merebahkan kepala aku pada bantal , tak lupa memberikan kucupan pada pipi SeWoo . putra aku betul betul comel .

Aku dengar apa yang sehun katakan sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik air

Aku takboleh nak bagi reaksi . dia tak faham keadaan aku sekarang

' nasib ada Sunmi mahu jagakan SeWoo tadi '

Sanjung lah dia lagi Sehun

Sampai dia betul betul jadi saya .









+

Suprise !

kehkeh , ini special part yang aku bagitahu . alah sikit sikit je , aku pun tk sanggup nak buat hubungan mereka complicated jadi pendek je ya . 

[C] Mr.Oh's SlaveWhere stories live. Discover now