Prolog

131 7 0
                                        

Anak mata Nur Umairah Delisha ralit memerhatikan gelagat anak-anak yatim di rumah anak yatim Permata Indah. Matanya tertancap pada satu lelaki yang sibuk melayan kerenah anak-anak yatim di situ. 'Siapa lelaki ni, nampak rapat sangat ngan budak-budak kat sini' tanpa disedari mulutnya mengukir sebuah senyuman. Lelaki itu mengeluarkan gula-gula lalu diberikan kepada anak-anak yatim disekelilingnya. Dia mengukir senyum yang pada pandangan Delisha sangat menawan dan mampu mencairkan hatinya. "Hahaha, ok nanti abang datang lagi ke sini ya," lalu menggosok rambut seorang anak yatim yang dikenali sebagai Ijat. "Abang janji dengan Ijat tau," kata Ijat bersungguh-sungguh. "Ya, Ijat abang janji" lelaki itu berjanji sambil tapak tangannya diangkat. Lelaki itu kemudiannya berlalu pergi ke keretanya selepas anak-anak yatim itu bersalam dengannya. Sewaktu dia membuka pintu kereta, dia terlihat Delisha yang dari tadi memerhatikannya. Pandangan mereka bertaut. Umairah Delisha serta-merta memandang ke bawah. Dia malu bertatapan dengan lelaki itu. Selepas seketika, dia mendengar enjin kereta dihidupkan dan kereta itu meninggalkan rumah anak yatim tersebut. Umairah Delisha mengangkat mukanya dan menghantar pemergian kereta itu dengan pandangan mata. Entah kenapa, dia berasa ingin berjumpa lagi dengan lelaki itu. Lelaki itu telah menarik perhatiannya. Dalam diam dia mengimpikan akan bersuamikan lelaki yang penyayang seperti lelaki itu .

Mak Iti menghampiri Delisha yang tercegat di depan rumah anak yatim tersebut. Apa pasal budak ni ni dari tadi lagi duk tercegat macam tiang lampu kat situ, budak-budak semua dah masuk dalam. "Anak, marilah masuk. Tadi kata nak temuramah Datin Sri" Delisha sedikit terkejut gorilla dengan sapaan Mak Iti. Mak iti ni pun bagi lah salam dulu. "Aa Yelah mak cik" mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah anak yatim itu.

Delisha memandang Datin Sri. 'Hmm memang lawa dan bergaya Datin ni. Ye lah Datin kot. Tapi tak nampak kekwat langsung'. Ye lah ini kerana bibir Datin Sri Salmah tidak lekang dari senyuman. Sebab itulah dia awet muda! "Datin Sri, saya Umairah Delisha dari UM. Macam yang saya maklumkan pada Datin Sri melalui telefon tempoh hari, kedatangan saya adalah untuk menemu ramah Datin Sri bagi assignment terbaru saya" terang Delisha. "Oh, kalau macam tu mari kita mulakan, panggil saya aunty je" ramah sekali Datin Sri Salmah. Mereka berbual selama sejam. Delisha kagum terhadap Datin Sri Salmah kerana memanfaatkan kekayaan untuk menolong orang yang memerlukan seperti anak-anak yatim. Kata Datin Sri Salmah "Harta yang kita miliki di dunia ini jika kita tidak laburkan untuk kebaikan , kita juga akan rugi. Harta didunia tidak akan dibawa ke akhirat. Apa yang akan dibawa hanyalah amalan dan sedekah jariah." Tulus suci kata-kata Datin Sri Salmah.

Delisha meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Sekarang dia sedang bercuti semester jadi dia tinggal di rumah mak abahnya. 'Perlukah aku tanya pasal lelaki tu?' Perasaannya ingin tahu tapi otaknya mengatakan tidak perlu. Mungkin lelaki itu anak Mak Iti agaknya. "Aunty saya balik dulu ya" Delisha memberi senyuman terlebih gula kepada Datin Sri dan Mak Iti. Anak-anak yatim semua bermain di dalam. Mereka sungguh rapat bagai isi dengan kuku. Iyalah, mereka tinggal sebumbung. Ada yang sejak kecil lagi tinggal disini. Tiba-tiba Delisha jadi sedih pula. "Pulang elok-elok ya Delisha. Lain kali datang la lagi ke sini jenguk budak-budak tu," Delisha kemudiannya bersalaman dengan mereka berdua dan beredar. 'Ya Datin, saya mesti datang ke sini lagi' Delisha sudah memasang niat untuk ke mari lagi ke sana.

"Baik sangat Delisha tu kan Iti. Kalau saya tak ada calon menantu, saya sudah kenenkan dia dengan anak saya". Mak Iti ketawa kecil. "Puan, puan. Tak habis-habis nak jodohkan Encik Zaffran. Tapi puan, puan pasti ke pilihan puan ni yang terbaik untuk Zaffran ?" Mak Iti risau kalau pilihan Datin Sri bukan yang terbaik untuk Zaffran. "InsyaAllah Mak Iti, lagipun saya tak nak dia tunggu seseorang yang entah bila akan kembali padanya," mereka berdua masuk ke dalam.

🤗Hai readers .. take a note *
Jika seseorang itu meninggal, terputus amalnya kecuali tiga perkara ; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakannya. (H.R MUSLIM)

Kau yang ku cinta [New Story]Bağımlısı olacağınız hikayeler. Şimdi keşfedin