PART 16

2.1K 108 0
                                    

JJ *******

On the way balik dari lunch, kebetulan time tu saya ikut jalan dengan tempat Rea study. Dari jauh saya nampak yang ada seorang lelaki tengah bercakap dengan Rea. Kelihatan sangat mencurigakan lelaki itu, tetapi saya hanya memerhati mereka dari dalam kereta. Saya tidak mahu masuk campur dengan hal mereka. Tapi makin lama saya nampak sepertinya lelaki itu memaksa Rea untuk masuk ke dalam kereta dan lantas memecut laju kereta yang mereka naiki. Saya melihat Rea di dalam kereta tersebut seperti cuba untuk melawan lelaki yang ada di dalam kereta. Nampak keadaan Rea yang seperti itu hati saya semakin tidak senang. Lalu, saya pun mengekori mereka dari belakang. Saya pun menelefon Lucas bodyguard saya dan mengarahkannya membawa beberapa lagi orang kanan saya yang lain untuk menyelamatkan Rea.

Sampai saja Lucas dan kawan-kawannya saya terus mengarahkan mereka untuk menembak tayar kereta orang yang membawa Rea. Tidak lama kemudian, kereta itu telah tersasar di tepi jalan dan semua lelaki yang berada di dalam kereta tersebut keluar dan memegang pistol masing-masing. Saya memberhentikan kereta sedikit jauh dari mereka. Lalu saya keluar dari kereta dan saya melihat Rea yang sedang berlari menyelamatkan diri. Tetapi secara tiba-tiba salah seorang daripada orang yang menculiknya telah terlepas tembakan tepat di kaki Rea. Rea pun jatuh pengsa ke tanah dengan darah yang berlumuran banyak di kakinya. Dengan hati yang marah dan saya pun mengeluarkan pistol dan menembak lelaki itu tepat di kepalanya.

Saya menghampiri Rea dan menyentuh mukanya, dia dalam keadaan yang separuh sedar. Sebelum dia pengsan, dia sempat menyebut nama Ryan. Saya pun mengangkat Rea dan membawanya ke dalam kereta. Saya membaringkan dia di belakang kereta tempat penumpang duduk. Saya mencapai telefon dan lalu menelefon setiausaha saya untuk memaklumkan yang saya tidak akan masuk office sebab ada hal yang saya perlu uruskan. Saya memecut laju kereta untuk balik ke rumah saya.

Sampai saja di kediaman saya, saya terus mengangkat Rea dan mengarahkan orang gaji di rumah untuk menelefon doktor peribadi keluarga saya untuk merawat Rea. 10 minit kemudian, Dr. Alfred pun sampai dan terus merawat luka di kaki Rea. Menurut Dr.Alfred, Rea akan dalam sedar dalam masa yang terdekat buat masa sekarang dia perlu berehat dan jangan di ganggu. Dr.Alfred sudah mengarahkan nursenya untuk menjaga Rea selama dia masih koma.

Saya melihat wajah Rea dengan dekat dan mengusap rambutnya pelahan. Saya rasa sangat kesian dengan dia. Saya berjanji pada diri saya yang saya akan membalas dendam terhadap orang yang menyebaabkan Rea begini.

Keesokkan harinya, nurse yang menjaga Rea memaklumkan pada saya yang Rea sudah sedar. Saya sangat gembira mendengar berita tersebut. Saya pun masuk ke dalam bilik dia dan membawa semangkuk bubur untuknya. Dia melihat saya dengan pandangan yang amat serius. Sepertinya dia ingin mengimbas muka saya. Saya hanya memberikan reaksi yang selamba sahaja dan menyuap dia bubur itu. Selesai saja saya menyuapnya. Dia tak henti-henti bertanya soalan dengan saya. Tapi saya mengendahkan semua soalan dia, saya biarkan dia tertanya-tanya.

Sedang saya bertelefon dengan Lucas di ruang tamu saya terdengar bunyi jatuh. Saya pun berlari ke arah bilik Rea, dia terduduk di atas lantai dan cuba untuk berdiri tapi dia tidaak dapat. Lalu saya mengangkat dia dan saya meletakkan dia di atas katil. Belum sempat saya keluar dari biliknya dia telah mencapai tangan saya dan dia tanya saya siapa dan apa yang jadi pada dirinya. Saya pun memberitahu dia dengan ringkas apa yang jadi dan keluar dari biliknya.

REA *****

Arrrrghhhhhhhh !!!! sakitnya kaki saya ni. Mahu berdiri pun susah bah. Di mana bah saya sebenarnya ni? Tidak sukalah macam begini macam tidak ketentuan saja hidup saya. Saya cari-cari hp saya pun tiada di kati tempat saya tidur di meja cermin pun tiada.

JJ !!!! Saya jerit nama tu orang. Pedulilah kena cakap meroyan. Saya masih mahu penjelasan yang cukup kenapa saya ada di rumah dia.

Tiba-tiba si JJ muncul di depan pintu dan melihat ke arah saya.

LOVE HATE MR.ARROGANT ✔️Where stories live. Discover now