BAB 3 DIAMOND HIGH SCHOOL

Start from the beginning
                                    

Setelah jalan terus, naik dan turun tangga belok kiri serta belok kanan akhirnya bilik pengetua kelihatan jua. Tiga sekawan itu menghela nafas lega.  Perasaan letih yang menguasai diri memggalak tiga sekawan itu duduk berehat di luar kawasan bilik pengetua. Ya! Mereka bertiga sesat.

" Kau ni kalau dah tak tahu jalan dekat sini tak payah acah pandai tahu jalan. " Perli Ashikin disertakan jeling tajam.

" Ehh, sekurang kurangnya aku cuba! " Bidas Hana pula. Jelingan Ashikin di balas.

Sya yang perasan seakan perang bersaudara akan meletus langsung saja menghalang.

" Sudahlah tu sehari tak gaduh tak  sah korang ni kan? Tak penat? " Ujar Sya sambil menarik telinga kedua dua sepupu kesayangannya itu.

" A.. A.. A..A.. Sakit woi! " Ujar Hana dan Shikin serentak.

" Masuk cepat! Takkan nak duduk bertapa dekat sini? Kau orang ni, boleh gila tak lama kalau melayan. " Luah Sya lalu memasuki ke dalam bilik pengetua dengan raut wajah masam begitu juga dengan kembar seiras itu.

Jika di lihat secara mata kasar, nampak hari pertama yang malang buat tiga sekawan itu .

Masuk saja mereka bertiga ke dalam bilik pengetua itu, raut wajah Hana berubah ternganga gadis itu  manakala Sya dan Ashikin terbeliak terkejut .

" Mak Su? " Ujar tiga sekawan itu serentak.

" Nak berapa lama lagi bediri tu?" Perli Puan sri Hasliza.

Wajah wanita di hadapan mereka di tatap lama. Wajah yang tiada kedutan walaupun sudah berumur.  Lebih mengejutkan lagi, tiada siapa yang memberi tahu mereka bahawa wanita di hadapan mereka itu adalah pengetua mereka ketika berada di sekolah baru ini nanti . 

" Mak Su betul ke ni? Mak Su? " Tanya Hana sambil meraba wajah Puan Sri Hasliza. Siap di cubit dia lagi pipi Puan sri Hasliza tu. Kurang adab betul!

Puan sri Hasliza yang berasa rimas diperlakukan sebegitu oleh Hana terus saja  menepis kasar kedua tangan Hana.

" Oh my God! Mak Su kita lah. " Ujar Sya dan Shikin serentak. Terkejut bukan kepalang .

" Iya Mak Su lah ni. " Jawab Puan Sri Hasliza selamba, adik kepada Dato sri Tengku Haikal itu memang sangat menyayangi anak buahnya. Disebabkan itu dia menyuruh abangnya menyekolahkan anak anak Dato Sri Tengku Haikal dan Dato Sri Tengku Haziq di sekolahnya.

" Dah.. Dah..  Aunty panggilkan guru kelas kamu. Belajar rajin-rajin kasi cemerlang SPM tu. " Ujar Puan sri Hasliza memberi semangat kepada ketiga anak buah nya itu.

F. A. S hanya mengangguk tanda faham.

" Cikgu Quratul mari sini ambil anak-anak kamu ni." Selorot Puan sri Hasliza.

" Eh.. Pengetua ni ada ada saja. " Jawab Cikgu Quratul  ketika sudah berada di pejabat pengetua itu.

" Jadi kamu lah anak murid baru saya tu? Saya Cikgu Quratul guru kelas kamu bertiga . Kelas kamu bertiga pula dekat X-1A5. Mari ikut saya.  " Terang Cikgu Quratul panjang lebar.

F. A. S hanya mengangguk sahaja dari tadi, tanda faham.

Selepas meminta izin daripada pengetua tiga sekawan itu pun belalu pergi mengikuti Cikgu Quratul untuk menuju ke kelas mereka . Dalam perjalanan menuju ke kelas mereka,  di setiap lorong kedengaran sahaja bunyi gelak tawa daripada guru dan anak muridnya itu .

Setelah sampai di hadapan kelas X-1A5, Cikgu Quratul membuat isyarat untuk tunggu sebentar di luar dan isyarat itu  di patuhi.

Di dalam Kelas X-1A5, selepas memberi salam dan beberapa persoalan daripada murid mengenai kemasukan awal guru kelas mereka itu, suasana berubah senyap seketika seperti sedia kala.

" Baiklah murid-murid hari ini kita ada tiga orang murid baru.. " Kata kata Cikgu Quratul terpotong ketika salah seorang muridnya bertanya.

" Cikgu bunga ke kumbang? " Tanya  seorang murid lelaki di dalam kelas itu .

" F.A.S kamu boleh masuk ke dalam. " Arah Cikgu Quratul tanpa menjawap persoalan anak murid nya itu.

" Weii siap ada nama group doh.."

" Tula, tapi aku rasa diaorang ni hebat lagi kut dari Badbog tu.."

" Rasa rasa rupa diaorang ni macam? "

Bisikan demi bisikan pelajar perempuan mahu pun lelaki mulai kedengaran .

Tiga sekawan itu melangkah masuk apabila di arahkan. Raut wajah Ashikin juga turut berubah beku dan dingin.

" Kamu bertiga sila kenalkan diri kepada diaorang. " Ujar Cikgu Quratul. Lebih kepada suatu arahan.

" Hai! Nama saya Farhana Aisyah. Selamat berkenalan . " Sapa Hana ramah sambil melambaikan tangan .

" Uishh kemba dooo.. Boleh masuk jarum ni! "

" Tapi kenapa seorang tu muka beku? "

Bisik murid murid lelaki yang berada di dalam kelas itu.

" Hai! Nama saya Syafiah Auliah. Salam kenal. " Sapa Sya gugup.

" Ayu! "

Bisik kaum Adam lagi.

" Nama aku Farah Ashikin. " Ujar Ashikin pendek dan dingin serta mudah difahami.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now