072-Tips move on #13

Start from the beginning
                                    

"Mereka buat surgery, buat apa hang nak pi terkejaq-kejaq, tergedik-gedik dengan depa?"

"Amboi, main kasar nampak?" Balas aku yang sedang mengepal penumbuk sambil buat mata kelip-kelip.

Rileklah, jangan fade up.
Aku tahu sangat. Ramai sahaja yang tak puas hati dengan peminat Korea sejati macam kitorang ni...

kenapa, jealous ke?

Taulah korang minat Aaron Aziz, Zayn Malik... tetapi aku minat taehyung ! Tak boleh ke?

Aku ada banyak asbab tersendiri kenapa aku minat sangat dengan Kpop. Tapi tak terlalu obses. Cuma suka, dan aku teramatlah suka! Tetapi... ada satu alasan yang aku riang hati untuk berkongsi.

AKU MINAT KPOP PUN SUPAYA AKU TAK TERLALU MUDAH PATAH DALAM PERMAINAN HATI. 


Haa, ambil kau, ayatnya. :') 

Supaya aku tak senang-senang nak bagi hati ni pada manusia yang nak main campak2 hati ikut suka hati dia. 

Aku cuba jadikan Kpop ni ada perkara kebaikan. Yes, pada pendapat orang lain...

Majoritinya berpendapat bahawa Kpop adalah sesuatu yang didefinisikan sebagai perkara yang tidak baik

Ya, betul.

Aku juga bersetuju pada sesetengahnya.

Tetapi

aku pasti Tuhan jadikan Hallyu Wave ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kebaikannya, mungkin sedikit tapi kita layak ambil sebab Tuhan memang sukakan perkara kebaikan.

Antaranya, lagu-lagu mereka yang menaikkan semangat kita untuk menjalani kehidupan.

Mungkin kita rasa macam hidup kosong. Tak ada kawan. Yes betul memanglah penawar sebenarnya kembali kepada Allah.

Baca Al-Quran, berzikir, solat cukup sepenuhnya dan lain-lain.

Tapi, korang rasa... kalau manusia yang degil macam kita ni, cepat ke terus nak taubat macam tu sahaja? HAHA. Susah sangat wei. Tuhan pun kenal dengan perangai kita yang sentiasa buat2 tak tahu nak cari Dia.

Then, sebab itulah Tuhan ciptakan macam-macam perkara lain yang mampu menenangkan hati kita.

Contohnya, buku & lagu. Dua perkara inilah kebanyakannya BERJAYA menenangkan hati kita kembali. Siapa yang tenangkan? Mestilah Tuhan.

Tuhan bagi ilham kepada penulis lirik untuk menulis lagu yang indah & bermakna. yang menaikkan semangat, yang membuatkan kita rasa kita sekurang-kurangnya, ada harapan lagi dalam hidup ni. For instance, dengar lagu Kpop. Lepas itu tengok makna lagu tu. & tak sangka lagu tu rupa-rupanya mengalirkan rasa sesuatu yang selama ini kita cari. Dari hati ke hati gituh. Percayalah. Dari situ, akan lahirnya rasa bersyukur pada Tuhan sebab temukan aku dengan lagu ni and rasa diri ni hidup kembali. So, sikit-sikit, Tuhan jumpakan balik kita pada Dia. Senang cerita, kan?

 Okey rilek, jangan marah, jangan salah faham. Kalau korang rasa marah sebab aku bagi jawapan seperti ini, aku tidak kisah. Inilah kefahaman yang Tuhan sampaikan kepada aku. Aku cuma mahu bersangka baik pada sesuatu perkara. Sebab Tuhan letakkan setiap perkara seperti itu atau ini.... adalah berhikmah semuanya. Aku cakap, aku mahu jadikan Kpop sebagai perkara yang baik. Dan ini adalah salah satunya :) So let's continue with our main topic right now.

Bila aku minat Idol kpop, aku akan terus alihkan perhatian pada idol tersebut. Aku akan minat idol tu sampai satu tahap aku dah tak mampu nak minat dia lagi ahhahahah. Cara ni mampu bantu aku elak daripada menjadi gatal dan tergedik-gedik dengan lelaki. Kita boleh tampal gambar Exo dalam bilik, dan sekurang2nya kita tak ada rasa gedik nak simpan gambar crush.

Contohnya, aku minat Jin Bangtan Boys. Hehe actually aku minat dia sebab dalam music video DOPE, dia jadi doktor. Aku pula suka tengok doktor pakai kot sebab nampak smart jadi aku pun minatlah Jin sejak dari itu. =) Tapi aku minat dia setakat situ sahajalah sebab dia jadi doktor dalam mv tu je. Kalau setiap hari dia jadi doktor, maka aku pun akan minat dia hari2. hahahha. 

Apabila aku dah tergila-gilakan Jin ni, jadi lelaki lain pun aku dah tak pandang lagi. Kiranya kalau ada lelaki sehensem Choi Minho pun kita dah tak pandang, tak perasan dah

. Kalau ada budak nak tackle kita kat pasar raya Kumasan pun Insya-Allah hati kita takkan rapuh hanya semata-mata dia belanja kita bubblegum 20 sen satu. 

So, aku gunakan cara ini sebagai perlindungan diri aku sendiri daripada menjadi terlalu suka pada seseorang.

Tapi, minat artis pun ada batasan dan garis merah juga. Kena pandai jaga dan kawal diri. Lagipun aku pilih cara ni sbb idol2 duduk kat Korea, susah untuk aku bersemuka dengan diorang.

Jadi, tak adalah aku rindu nak tengok muka diorang xD Kalau kita minat lelaki yang dekat dengan sekeliling kita, yang boleh saja kita terjumpa dengan dia hari-hari... macam mana nak elak? Nak masuk dalam lubang golf?

So, in conclusion, aku jadikan yang aku suka sangat dengan idol kpop sampai aku tak mau langsung pandang yang dekat dengan aku.  Pelajaran pun tak terganggu. Idol kpop tak adalah sampai kita teringat-ingat mereka macam apa sebab kita pun sendirik mau sedar, manalah boleh kita dapat diorang xD BERANGAN sampai ke awanganlah jawabnya.

Credit to : Google

【C】Let's Move On Where stories live. Discover now