071-Tips move on #12

1.3K 122 21
                                    

TIPS ELAK SUKA PADA SESEORANG

{ korang boleh apply benda ni untuk move on }

JAGA PANDANGAN.

Masa korang jalan-jalan pergi pasar ikan ke, semungkin bolehnya, tunduklah pandangan ke bawah.

Kerana mata kita ini suka melihat perkara yang cantik-cantik.

Zina hati boleh terjadi selepas asyik terbayang kecantikan yang dimiliki seseorang.

Apabila tundukkan pandangan, wajah kita turut terlindung daripada dilihat.

Sekurang-kurangnya mata kita pun dah tak nampak lagi Kim Soo Hyun. 😂

KERASKAN HATI.

Bukannya suruh keraskan hati untuk beribadah, tetapi keraskan hati untuk menerima sebarang 'rasa' semacam yang mampu menjatuhkan kita dalam hal perasaan.

Lagi-lagi perempuan. Muslimah yang disayangi sekalian, cubalah jangan goyah dalam soal hati. Kita kan qowiy! Qowiy (kuat) sebab kita ada Tuhan.

Tuhanlah kita seharusnya bagi semua jiwa raga, hati, kasih, rindu semua pada Dia.

 Sehensem-hensem Kim Bum tu.. apalah sangat kan. Pandang sebelah mata pun tak payah, tak perlu. Pak Cik  jual ikan pari lagi handsome kut. hehehhe.

Muslimah kenalah jadi sangat mahal, mutiara sedalam tujuh lapisan bumi pun kalah harganya. Tak ada siapa boleh permainkan, tak ada siapa boleh sentuh,

NOKTAH.

JANGAN PERASAN ORANG ITU SUKA PADA KITA

Kalau kan, korang ada perasan... ada orang tu selalu curi-curi pandang kita, bila terserempak selalu sibuk nak buat eye contact macam yukss hahhha. Lepas tu rasa macam banyak kali asyik terserempak sahaja dengan orang itu. Lalu korang pun terus perasan "Eh, jodohkah ini?" sambil buat muka terharu kelas pertama.

Sebolehnya, elaklah daripada ada rasa bersangka yang orang tu sukakan kita.

Sebab tak mustahil, kita boleh sukakan orang itu balik. Lagi-lagi kalau yang cantik comey putih-putih handsome pastu sado lak tu yang selalu jeling-jeling kan... Aduh! Lagilah rasa suka tu mencucuk-cucuk pada kita.

Syaitan memang sering sahaja menghasut duduk tengah-tengah. Segala perkara yang semacam pelik tu, janganlah layan.

Istighfar banyak2, Kalau perasan dia suka kita, sekali tu rupanya org itu tak suka kita macam mana? Buat malu je kan.

Entah2 dia tengok muka kita setiap kali sebab...

"eiiii tangan je putih mukaa hitammm."

Kita ni be like...( -..- )--o Dushhhhhhh!!

【C】Let's Move On Where stories live. Discover now