KETAKUTAN ITU MILIK MALAM

26 2 3
                                    


Wakah tembam Anida kupandang legat. Rambutnya yang mengerbang ala-ala sarang tebuan itu cukup indah di mataku. Cahaya dari ruang dapur mencuri masuk mendarat ke wajahnya yang berkerut. Aku sempat terfikir kenapa gadis manis ini masih belum berpunya. Padahal aku sendiri pun masih single masih kosong. Kenapalah aku susah-susah fikirkan diri orang lain.

"Lia, cepatlah!" suaranya mendesak. Aku memisat. Aku sudah tahu apa maknanya jika dikejutkan malam-malam begitu. Adalah nanti adegan seret menyeret. Tentu si Anida akan mengheret aku ke suatu tempat. Tempat yang memualkan. Tempat yang paling akhir aku akan pergi. Itupun jika terdesak seperti Anida sekarang ini.

"Cepatlah!" jeritnya ke telingaku. Mahu sahaja aku merapatkan kembali mataku yang sepet mengajak mimpi-mimpiku bertandang semula selepas bercempera tadi. Namun sebaik mataku terbuka terlihat wajah Anida mencuka aku terus duduk. Kalau dicalit kertas litmas dah sah-sah akan bertukar warna.

Entah apa yang dimakannya, hampir setiap malam aku kena jadi 'jaga' yang tidak bergaji. Dahlah terpaksa bergelumang dengan bau busuk lagi. Memang betul-betul mendera emosiku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KERANA DIAWhere stories live. Discover now