1:15

159 10 0
                                    

Sarapan bubur nasi yang emak buatkan untukku, diisi ke dalam perut sebagai alas perutku di sekolah. Berbekalkan RM1.50, hanya keropok lekor dan kuih muih sahaja yang dapat ku jamah. Semua makanan mahal-mahal belaka di kantin ini. Aku kadang kala terpaksa ikat perut jika emak putus duit di tengah bulan.

Sambil menggenggam plastik yang masih hangat berisi 4 batang keropok lekor besar-besar bekas glu UHU, aku duduk di meja kantin. Bismillah aku ucap sebelum menjamah makananku.

"Besar pangkat kau duduk sini?" Tiba-tiba suara sinis si bongkak menerjah gegendang telingaku. Saraf impuls segera menghantar maklumat ke otak bahawa pemilik suara itu ialah kaki buli di sekolah ini. Terbayang wajahnya yang angkuh bersama rakan-rakan bodohnya itu. Bagai lembu dicucuk hidung, mengikut sahaja ketuanya yang bodoh!

Suasana kantin yang bingit menenggelamkan suaranya. Aku pandangnya dengan pandangan kosong.

Akibatnya, pipiku menjadi tempat persinggahan layangan tapak tangan rakusnya. Salahkah aku?

Aku segera ke bilik air. Di sana, aku menangis teresak-esak. Ya Allah, apakah salahku? Aku buntu dengan dunia-Mu ini, Ya Allah.

B:)liTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang