66.Dendam Ular Menunggu Salleh Bagak

1.8K 28 1
                                    

Baru tiga hari membuat kerja-kerja mengukur tanah di segamat,tauke nya memberitahu mereka akan berpindah ke kluang sebaik saja selesai mengukur tanah di sebidang tanah kepunyaan syarikat orang kulit putih.Inilah kejadian yang mahu diceritakan oleh salleh bagak kepada saya berlaku hampir 50 tahun dulu.
Saya memang kenal salleh bagak walaupun dia lama merantau meninggalkan kampung halaman kerana bekerja dengan satu syarikat ukur.Kadang kala berbulan-bulan dia tidak balik ke kampung.
Ketika dia mengayuh basikal bersama kawan-kawanya mengikuti sebatang lorong kecik di dalam estate,tiba-tiba melintas seekor ular kemerah-merahan sepanjang 10 kaki.Hampir-hampir dia terjatuh dari basikalnya keranamahu mengelakkan ular tersebut.
"Celaka.."rungut salleh bagak meludah ular yang sudah lari menyusup ketepi belukar.
"Kalau kau anak jantan tunggu aku balik kerja nanti"ujarnya mencabar kerana terlalu marah.
Memang salleh bagak ini mudah panas baran.Pantang saja dicabar dia akan cepat menyahut cabaran.Sebab itulah lekat gelarannya 'bagak' beerti terlalu berani.Kawannya mat misai mengingat kan dia pasal mencabar ular berkenaan adalah perbuatan yang boleh membahayakan.
  "Ular tadi iatu,ular alai leh"kata mat misai bercampur bimbang."Ular alai ni kata orang kuat berjanji.Nahas kau kalau ditunggunya nanti"jelas mat misai.
"Diamlah,kau penakut"salleh bagak masih merungut marah."Kalau tak berisi dada,tak guna merantau.Kau ingat aku takut ular-ular di segamat ni"bentaknya meluahkan perasaan yang terbendung dihatinya.
Sikap mat misai mengingatkan dia itu dirasakannya seolah-olah mahu menakutkan dia.Sia-sialah dia belajar silat dengan pak tua mahat,tetapi umurnya lebih tua dari saya.Ketika dia bekerja tukang ukur di segamat,dia sudah pun beristeri.Ketika ini saya masih muda sangat.
Kira-kira pukul 12.00 tengah hari semasa pekerja-pekerja ukur itu balik,mat misai nampak ular yang terserempak pada sebelah paginya melingkar di tepi jalan.Ular tersebut tidak bergerak pun apabila mereka melintasinya.Tetapi sebaik saja salleh bagak kampir ke tempat itu dia mula melintangkan tubuhnya di lorong kecil tersebut.
"Leh,nampaknya dia tak mungkir janji"seru mat misai diseberang sini sambil memerhatikan kawannya salleh bagak tersentak membrek basikal."Jaga kau.."ujarnya sambil mencari buluh di sekitar kawasan itu.Puas mat misai berpusing-pusing mencari tidak berjumpa sekerat pun buluh disitu.
"Jangan,jangan cari apa-apa"perintah salleh bagak sambil menungkat basikal."Kau semua diam-diam saja disana,ini geruh antara aku dengan dia.Kau semua jangan masuk campur"katanya meraba-raba hulu parang di pinggang.
Ular berwarna kemerah-merahan itu sebenarnya ular tedung selar yang dipanggil oleh mat misai ulai alai.Mat misai nampak ular berkenaan menegakkan kepala dengan leher terkembang.Warnanya yang kemerah-merahan itu bertambah hebat dan menggerunkan.
Tetapi salleh bagak tetap tenang menghadapi keadaan demikian.Dia tahu kesilapan yang terlanjur mencabar.Bagaimana pun dia tidak boleh mengelak lagi,sama ada mara atau undur dia mesti menentang.Sebab itu dia tidak benarkan sesiapa membantu.
  "Aku tak cari geruh,tapi belum tahu geruh siapa hari ini"salleh bagak menghunus parangnya mengerling kepala ular itu yang terlingguk-lingguk.Jelas kepada kawan-kawannya ular itu tegak berdiri melebihi ketinggian salleh bagak sendiri seolah-olah ekornya saja cecah ke tanah.
Tidak tertangguh ular itu menerpa ke arah salleh bagak,dengan pantas pula salleh bagak mengelak.Sekaligus dia melibas mata parang hinggap ke kepala ular tersebut.Kelihatan darah memercik pada mata parang menyebabkan ular itu terpelanting ke dalam belukar.
Belum sempat salleh bagak mahu melepaskan lelah tiba-tiba ular tedung selar tadi bangun semula.Tidak ada kesan apa-apa dikepalanya akibat dipangkas oleh salleh bagak baru sebentar tadi.Dia kembali bersedia mahu menerkam salleh bagak.Ular itu melompat mahu memagut kepala salleh bagak,tetapi sempat dielak olehnya.
  Tidak ada kesan darah pada bahagian kepala yang disinggahi mata parang.Mat misai menjadi resah melihat peristiwa di depan matanya itu.Dia mengarah kawan-kawan nya mencari buluh supaya boleh membantu salleh bagak.Mat misai memang pernah mendengar petua orang tua-tua bahawa tenaga ular boleh lemah kalau dipukul dengan buluh.
Sebaik saja mereka mahu bergerak mencari buluh atau kayu yang boleh menolong salleh bagak,tiba-tiba masing-masing menjadi pucat terkaku melihat berpuluh-puluh ekor ular mengelilingi mereka.Semua ular tedung selar yang mengelilingi kawan-kawan salleh bagak menegakkan kepala dengan leher terkembang lebar.
"Di sini pun ada leh.."pekik mat misai ketakutan melihat ular-ular tedung selar berpuluh-puluh ekor menjonggolkan kepala.
"Aku da cakap jangan tolong aku"sahut salleh bagak masih berpusing-pusing mahu mengelakkan dari terkaman ular selar yang semakin garang."Hoi setan.Kalau nak cari geruh dengan aku,dengan aku sajalah.Jangan ganggu kawan-kawan aku tu"salleh bagak mengertap bibir sambil memegang hulu parang kukuh-kukuh.
  Sekonyong-konyongnya ular-ular tedung selar yang terjonggol kepala berpuluh-puluh ekor tidak jauh dari salleh bagak bertempur,menyusup semula ke dalam belukar.Semuanya hilang tidak tahu kemana perginya.Barulah lega hati mat misai setelah melihat ular-ular tersebut tidak lagi mengancam.
"Kau orang diam disitu,jangan tolong aku"laung salleh bagak mengingatkan kawan-kawannya yang dalam kecemasan.
  Mereka semua tidak berani lagi mahu membantu salleh bagak.Kalau ular-ular tedung selar datang lagi berpuluh-puluh ekor tidak siapa pun berani menentang.Mereka sedar ular-ular tedung selar yang datang mengancam mereka bukan lagi ular biasa yang pernah mereka temui.
Kalau ular biasa masakan tiba-tiba saja terjongol kepala disitu sebaik saja mereka berniat mahu menolong salleh bagak.Sudah tentu mereka semua menjadi mangsa kalau cuba juga melawan.Lainlah halnya dengan salleh bagak.Kalau dia tunjuk berani pun bukanlah sekadar berani membabi buta.Mereka percaya salleh bagak mempunyai cukup persediaan,
"Nampaknya sungguh kau cari geruh aku ye.."bentak salleh bagak memangkas kepala ular.Mata parangnya yang sentiasa tajam dikilir baik-baik berdecap pantas menyinggahi leher ular tersebut.Sekali gus ular itu terpelanting dengan darah memercik.Tetapi sekonyong-konyong bangun semula menjongolkan kepala.
Mat misai berserta kawan-kawan yang lain tidak boleh berbuat apa-apa.Mereka tercegat saja tidak jauh dari situ.Mahu bergerak meninggalkan tempat itu untuk meminta pertolongan juga mereka tidak berani.Mana tahu belum sempat mengayuh basikal sudah dihadang ular-ular selar berpuluh-puluh ekor.
Oleh itu terpaksalah mereka berdiri disitu menunggu keputusan pertarungan yang menggerunkan itu.Setiap kali ular berkenaan terpelanting ke tanah dia bangun semula dengan keadaan semakin garang.Kesan darah yang memercik akibat disinggahi mata parang salleh bagak tiba-tiba saja hilang dari kepalanya,walaupun kesan-kesan itu masih terlekat pada mata parang salleh bagak.
  Tetapi salleh bagak tetap bertahan.Dia masih gagah memencak mengelak setiap serangan ular tedung selar yang ganas itu.Bagaimanapun mereka tahu ular berkenaan tidak mematuk sesuka hati.Dia hanya akan mematuk pada bahagian ubun-ubun kepala,atau pun bahagian pusat,atau pun bahagian lutut.
Bahagian-bahagian tersebut memamg dikawal keras oleh salleh bagak sampai tidak ada ruang langsung untuk membolehkan ular itu menerkam.Mata parangnya akan berdecap-decap pada bahagian tersebut kalau ular itu cuba memagut.Mata parang pekerja ukur seperti salleh bagak itu memanglah tajam,maklum saja kerjanya mahu merintis belukar dan anak-anak kayu.Jadi,adalah mustahil setiap kali mata parangnya singgah ke kepala ular itu tidak boleh membunuh mangsanya.
  Tetapi inilah keadaan yang dapat dilihat oleh mat misai dan rakan-rakannya.Mereka semua hanya dapat melihat saja keadaan tersebut dengan hati berdebar-debar ketakutan.Mahu lari takut diperambat oleh ular-ular yang menyusup ke dalam belukar tadi,mahu ditunggu keadaan bertambah mengerikan.Sekali sekala ular tedung selar menerkam garang,sekali sekala salleh bagak pula mengibaskan mata parangnya.
Hampir-hampir jam 3.00 petang masing-masing mula terasa lapar kerana tidak dapat makan tengah hari.Manakala salleh bagak juga sudah keletihan letih sekalipun masih tangkas memencak mengelakkan diri dari terkaman ular tedung selar itu.Bajunya habis basah lukus akibat peluh membanjiri seluruh badan.
"Betul-betul kau nak cari geruh aku"bentak salleh bagak mengertap bibir.Dia sendiri menjadi serba salah kerana setiap kali mata parangnya singgah ke leher ular tersebut sedikit pun tidak memberi bekas.
"Kalau kau betul-betul nak cari geruh aku,nah patuklah.."dia mencampakkan parang nya ke tanah lalu menundukkan kepalanya meminta ular itu mematuk ubun-ubun nya.
Ular itu tidak menerkamnya,sebaliknya berundur jauh sedikit darinya.Kepala ular itu masih meliuk-liuk bagaikan mahu mencari sasaran.
"Nah apa lagi patuklah.Kalau disini geruh aku apa boleh buat.."katanya masih tidak bergerak.Salleh bagak seolah-olah sidah tidak berupaya lagi mahu berlawan musuhnya yang tidak mengenal kalah itu.
Ular tedung itu tidak juga menerkam seperti pada peringkat awal tadi,sebaliknya meliku-liuk kan kepalanya macam meminta salleh bagak mencapai semula parangnya.solah-olah dia tidak mahu menyerang salleh bagak yang tidak bersenjata.
Setelah beberapa minit tidak siapa pun yang memulakan langkah bertindak,salleh bagak pun duduk melutut.Dia masih menunduk menyerahkan ubun-ubunnya supaya dipatuk oleh ular tedung selar tersebut.Tetapi ular itu tidak juga mahu menerkam walaupun salleh bagak sudah tidak mahu lagi mencapai parangnya.
  "Kalau begitu.."kata salleh bagak perlahan."Menanglah awak pendekar,minta maaflah aku pada awak"ujarnya masih duduk melutu menundukkan kepalanya.
Bagaikan memahami cakap salleh bagak ular tedung selar itu menundukkan kepalanya seperti mencium hulu parang yang terlimpar ke tanah.Kemudian dia melompat melepasi kepala salleh bagak terus menyusup masuk kedalam belukar.Perlahan-lahan salleh bagak mengambil semula parangnya.Dia melihat mata parangnya sumbang sumbing bagaikan baru saja ditetakkan ke batu.
Setelah peristiwa itu mereka semua pun balik ke kongsi tempat menginap.Tidak habis-habis mereka memikirkan apakah padah buruk yang menimpa mereka.
Tidak lama selepas itu salleh bagak pun berhenti kerja dengan syarikat ukur tersebut.Dia tidak mahu mengikut taukenya meneruskan kerja-kerja di kluang.Salleh bagak terus mengambil keputusan balik ke kampung.Lagi pun sejak mengikut taukenya,dia selalu meninggalkan anak istri.Kadang kala sampai sebulan lebih baru dapat balik,itu pun untuk dua tiga hari saja.
Setelah tidak bekerja dengan syarikat mengukur itu,salleh bagak menolong istrinya ke sawah sebagai seorang pesawah.Anak-anaknya yang masih kecil juga masih bermanja dengannya,sebab itulah dia tidak mahu berjauhan dari anak-anaknya.
Salleh bagak hanya mempunyai dua orang anak saja,seorang lelaki dan seorang perempuan.Anak perempuannya emon baru berumur 4 tahun,sementara anak lelakinya lajis baru berumur 2 tahun.Rumahnya juga terletak di pinggir sawah.
Bila suami isteri turun ke sawah anak-anaknya bermain di halaman rumah.Dia hanya memerhati dari jauh supaya anak-anaknya tidak bermain sampai ke tepi parit tali air.
Tetapi sikapnya yang panas baran itu tidak pernah berubah.Sejak peristiwa bertempur dengan ular tedung selar sikap salleh bagak berubah sekejap saja.Hanya beberapa hari saja dia dapat mengawal perasaanya untuk bersabar kalau menghadapi keadaan atau susasana yang menekankan perasaannya.Selepas itu dia kembali kepada perangai lamanya mudah saja panas baran tidak menentu.
Ketika disawah inilah berlaku lagi mala petaka dia atas dirinya.Semasa merimbas di tengah sawah mata rimbasnya(tajak)terpenggal ular sebesar ibu jari menyebabkan dia terkejut.Akibat terkejut inilah salleh bagak tidak dapat menahan perasaan marahnya.
"Laknat kau binatang sial"gerutunya mengurut-ngurut dada."Buat apa datang besar ibu jari ni,kalau sungguh-sungguh nak tunjuk jantan datang lah yang besar peha,senanglah nak berkira.."bentaknya sambil meludah-ludah bangkai ular yang terapung di air.
Tidak lama selepas dia bercakap demikian tiba-tiba matanya bersilau kene cahaya matahari yang mula tegak dikepala.Rupanya silau matahari itu akibat terkene sisik ular yang melintang di atas permatang sawah.Dia pun keheranan bagimana tiba-tiba saj ular sebesar peha boleh berada di situ.Seolah-olah ular itu menyambut cabaranya yang terluah dari mulutnya secara tidak sengaja.
  Disebabkan keadaan panas matahari yang tegak di kepala,di samping kemunculan ular berkenaan semacam mencabar dia,salleh bagak menjadi bertambah meradang.Dia berundur sedikit mencari kawasan lopak sawah yang tidak dipenuhi air dan tidak berapa berlumpur.Ular berkenaan tetap saja mengikut pergerakannya.Inilah menyebabkan salleh bagak bertambah marah.
  Dia sendiri tidak tahu apakah jenis ular tersebut.Rupanya kekuning-kuningan sedikit apabila dipenuhi cahaya matahari.Besarnya lebih kurang seperti lilitan batang pinang dara,manakala panjangnya hampir 20 kaki.Kalau menelan bapak kambing memang tidak sukar kepadanya.
"Ah,geruh lagi nampaknya"bisik salleh bagak melompat ke atas permatang sawah.
"Awak balik tengok anak-anak.Laknat ni nak cari geruh lagi"laung salleh bagak pada isterinya yang tergamam melihat ular besar menghambat suaminya.
Cepat-cepat mirah,isteri salleh bagak berlari ke rumahnya dan menyuruh anak-anaknya naik ke rumah.Ketika ini sempat juga dia memekik meminta tolong dari jiran-jiran yang sama-sama turun ke sawah.Mendengar jeritan mirah itu mereka semua pun menyerbu datang.Tetapi mereka datang sekadar membawa rimbas dan parang.
Ketika jiran-jiran sampai,salleh bagak sudah pun berguling-guling di tengah sawah.Mereka nampak salleh bagak memegang leher ular tersebut,tetapi tubuhnya sudah dapat dibelit.Salleh bagak tidak lagi memencak menentang ular tersebut,sebaliknya bergumpal hingga habis bergelumang dengan salut lumpur.
Seorang jiran cuba merapati salleh bagak untuk membantu,tetapi dilarang oleh salleh bagak.Dia tidak mahu sesiapa pun datang membantu ditengah sawah.
"Jangan datang membantu,ini geruh aku.Jauh sikir dari sini,nanti geruh ni kene pada awak semua"pekik salleh bagak meronta-ronta mahu melepaskan diri dari belitan ular berkenaan.
Jiran yang mahu datang membantu itu tergamam,kerana sebaik saja dia melangkah ke tengah sawah,dia nampak bayang ular itu pada kepalanya.Bila dia mendongak ke atas ternampak olehnya seperti ada seekor ular melayang-layang di udara.Ini menyebabkan jiran itu jatuh pengsan.Terpaksalah beberapa orang lain yang ada di halaman rumah salleh bagak memapahnya naik ke darat.
"Jangan datang rapat..ini geruh aku"salleh bagak mengingatkan jiran-jirannya.
Dengan kejadian yang berlaku ke atas jiran tersebut,jiran-jiran yang lain tidaklah berani mahu menolong.Mereka semua memerhati dari jauh salleh bagak bergelut dengan ular yang tiba-tiba saja menjelma disitu.
  "Tunggu masa saja kau nak cari geruh aku"gerutu salleh bagak memegang leher ular kuat-kuat.Setiap kali dia mencengkamkan tangannya mahu memecahkan kepala ular,cerutan ular itu semakin kuat melilit tubuhnya.Dia merasa nafasnya menjadi payah akibat belitan yang semakin mengecut.
"Pantang aku cakap salah sikit,kau nak cari geruh.Laknat"marah benar dia menghadapi keadaan demikian.
  Ketika ini dia teringat akan kejadian dia dihadang ular tedung selar sewaktu di segamat.Dia seolah-olah terancam dimana-mana saja kalau tersilap cakap.Memang di sedar terlepas cakap semasa mata rimbas terpangkas anak ular tadi.Tetapi tidak pula terfikir di kepalanya akan menghadapi dugaan demikian.
Begitu juga semasa di segamat.Dia hanya terlepas cakap apabila tiba-tiba tergamang dengan tidak semena-mena.Bukan sengaja dia mahu mencabar sesuka hati.Saat ini salleh bagak mulai mencari-cari apakah kesalahan dirinya selama ini.
Dalam masa meronta-ronta inilah salleh bagak dapat mengingatkan semula bahawa dia tidak mengambil 'pemutus' setelah selesai belajar dari tok kadim sentok.Pemutus adalah sebagai akuan tamat belajar iaitu garam,pisau dan duit tujuh puluh lima sen.
Sewaktu dia menuntut dari tok kadim sintok lima tahun sebelumnya,memang telah diingatkan akan 'pemutus' atau 'pengeras' yang mesti dilaksanakan.Disebabkan salleh bagak tidak menghiraukan sangat tentang pemutus itu,akhirnya dia seakan-akan lupa akan janji dengan tok kadim sintok.
Keinginan salleh bagak mahu menjadi seperti tok kadim sintok sudah lama terpendam dihatinya.Setiap kali tok kadim sintok berjaya menangkap ular-ular bisa,dia merasakan dirinya juga mahu menangkap ular-ular berkenaan.Kadang kala tok kadim sintok mencari ular-ular yang menangkap kambing ternakan atau ayam itik sampai ke lubang sarangnya.
Ia juga akan memanggil ular-ular dengan menggunakan siulan saja.Ular-ular tersebut akan datang mendapatkannya.Tidaka seekor pun diantara ular-ular berkenaan berani mengangkat kepala bila berada dihadapan tok kadim sintok.Inilah keinginan yang sentiasa bermain dalam hati salleh bagak.
Apa lagi sikat panas barannya yang mudah saja mencabar kalau diganggu.Bukan sekadar terkejut ular saja,kadang kala terkejut tikus melintas di sawah diaakan berteriak:kalau nak tunjuk jantan marilah!
Rupa-rupanya kalau belajar ilmu ular dengan tidak melakukan pemutus atau pengeras adalah pantang mencabar ular-ular ditemui.Perkara ini hanya diketahui oleh salleh bagak setelah dia menemui semula tok kadim sintok kemudiannya.
"Kau telah belajar silat dari mahat,dah belajar itu dan ini,jadi buat apa lagi ilmu-ilmu macam ni"tok kadim sintok mengingatkan dia semasa salleh bagak beriya-iya sangat berkehendakkan."ilmu yang dituntut bukan untuk bersuka-suka,tetapi untuk mempertahankan diri.."jelas tok kadim sintok selanjutnya.
"Iya,memang saya nak gunakan untuk mempertahankan diri"sahut salleh bagak.
"Silat juga ilmu mempertahankan diri,berdoa selepas sembahyang juga ilmu mempertahankan diri"tok kadim sintok tersengih-sengih macam mahu menguji.
"Saya nak menambah-nambah aje"ujarnya perlahan.
"Banyak pantang larangnya,nanti kau yang tak terikut"jelas orang tua itu masih enggan mahu menurunkan ilmunya.
Tetapi salleh bagak tetap mendesak.Kerjanya sebagai buruh ukur dengan sebuah syarikat juru ukur banyak mengembara di luar dari kampung halaman.Sebagai orang muda dia seharusnya mempunyai cukup persediaan apabila merantau ke tempat orang.Inilah yang menjadi idaman salleh bagak.
Mungkin kerana menyangka ilmunya penuh di dadalah menyebabkan dia cepat panas baran.Mudah marah kalau tersinggung sedikit.Hingga kawan-kawannya mengelarkan dia 'bagak'.Namun salleh bagak merasa bangga pula dia digelar demikian.Memang siapa pun diantara kawan-kawannya tidak berani menentang kalau dia mencabar.Malah dia juga sanggup melindungkan kawan-kawanya kalau diancam oleh pemuda-pemuda lain ditempat mereka bekerja.Inilah menyebabkan kawan-kawanya terutama mat misai sangat menghormati dia.
"kau sanggup melakukannya dengan tidak melanggar pantang larang"soal tok kadim sintok.
Salleh bagak berjanji sanggup melakukannya.
"Kau tidak akan menyesal nanti?"orang tua itu mengujinya.
  Salleh bagak tetap mengakui tidak akan menyesal.
Dia betul-betul mahu mendapatkan ajaran dari tok kadim sintok pasal menjinakkan ular.Biarlah semua ular tunduk kepadanya seperti ular-ular tidak berani menentang tok kadim sintok.Alangkah hebatnya dia kalau dapat mempermainkan ular-ular bisa.
Patukan ular-ular bisa tidak akan meberi bekas kepadanya.Kalau dia menyuapkan tubuhnya kepada ular-ular berkenaan nescaya ular itu pun tidak akan berani mematuknya.Kalau ular-ular itu mematuknya tentu mereka sendiri akan menggelupur tertelan bisa sendiri.Inilah kepandaian yang mahu dipelajari oleh salleh bagak.
Tetapi tok kadim sintok tidak mahu menurunkan ilmunya dengan mudah sekali.Dia mesti menguji dulu ketabahan serta kesanggupan salleh bagak.Kalau sekadar mahu bermain-main atau bersuka-suka kepandaian yang diturunkan akan menjadi sia-sia.Tok kadim sintok tidak mahu kepandaian yang ada padanya semata-mata untuk ditunjukkan bagi perhatian orang ramai.
  Kalau diturunkan kepada orang yang tidak tahu menjaga nilai kepandaian tersebut,tentulah ia menjadi tidak berharga.Sebab itulah tok kadim sintok berhati-hati sangat mahu menurunkan kepandaiannya menangkap ular-ular bisa itu.
Tetapi dia tahu salleh bagak sudah banyak menuntut.Dia tahu menghargai ilmu-ilmu yang dituntutnya.Dia tahu tentang apung,tentang peluruh,tentang pelangkah,tentang rijal ghain.Banyak lagi yang sudah dituntut oleh salleh bagak.Sebab itu dia merasakan tentu salleh bagak memang mampu menerima kepandaian yang hendak diturunkan kepadanya.
  "Baiklah.."akhirnya tok kadim sintok mengalah juga kepada kemahuan salleh bagak.
"Yang pentingnya seperti kau tahu bukanlah jampi serapah.Memang jampi serapah tidak memberi kesan apa-apa kalau dihafalkan sekali pun,kalau tidak tahu petua.Petua inilah kunci segala-galanya.."jelas orang tua itu.
  Petua-petua inilah yang sangat dikehendaki oleh salleh bagak.Dia menerima dengan segala senang hati segala petua yang ditunjukkan.Kerana azamnya yang kuat,mudah saja bagi salleh bagak menempuhi dugaan-dugaan yang dihadapinya.
Dugaan yang terakhir yang ditermanya ialah ketika tidur berseorangan dihujung serambi rumah,dia merasakan seekor ular sebesar betis menjalar naik masuk ke selimutnya.Dia sedar semua peristiwa yang berlaku ke atasnya,tetapi terpaksa mendiamkan diri sebagai mematuhi petua yang diajarkan oleh tok kadim sintok.
"Sekarang.."seorang lelaki berserban kuning berdiri dihujung kakinya."Ikut perintahku dan jangan kau ganggu anak aku ini.Mulakan dan jangan kau takut apa-apa"lelaki itu memerhatikan ke arahnya dengan berpeluk tubuh saja.
Ular sebesar menjilat kaki salleh bagak sambil menggigit sedikit.Kemudia dia terus menjalar naik ke atas hingga kebetis,paha,perut,dada,leher sampai ke kepala.Dia menjalar perlahan sehingga salleh bagak dapat merasakan tubuh ular itu mengeliat dia atas tubuhnya.Kira-kira hampir setengah jam ular itu menjilat-jilat dan menggigit seluruh badannya,salleh bagak terus mendiamkan diri saja.
"Sekarang patuk dadanya"perintah orang tua itu.
Sekaligus ular berkenaan mematuk dada salleh bagak.Taringnya lekat dikulit dada berpinta-pintal.Ketika ini salleh bagak hanya membacakan doa yang diajarkan kepadanya.Memang benar patukan ular tersebut tidak memberi bekas kepadanya.Ular itu pun menggelupur disebelah nya menahan kesakitan.Terasa pada salleh bagak tubuh ular itu melibas-libas ke badannya semasa menggelupur.
  Seperti yang disyaratkan salleh bagak tetap mendiamkan diri.Dia tidak dibenarkan menggerakkan badan atau bingkas bangun.Inilah ujian yang mesti dilaluinya dengan tabah.Orang tua berserban kuning sentiasa berdiri dihujung kakinya memerhatikan segala kejadian yang berlaku.
Setelah ular tersebut mati disisinya,orang tua berserban kuning mengambilnya lalu mengeluarkan sebutir batu hitam dari mulut ular tersebut.Orang tua itu meletakkan batu tersebut ke tapak tangan bagak.Kemudian dia pun pergi meninggalkan salleh bagak.
  Beberapa minit kemudian barulah salleh bagak bangun dari berbaring.Batu hitam pemberian orang tua berserban kuning tadi masih tergenggam di tangannya.Apabila ditunjukkan kepada tok kidam sintok,dia diberitahu itulah 'buntat' ular.Dengan buntat tersebut dia akan terselamat dari sebarang gangguan ular bisa,tetapi masih belum dapat mengatasi sihir ular.
Disebabkan sering mengembara mengikut syarikat juru ukur tempatnya bekerja,salleh bagak tidak sempat mahu menjelaskan 'pemutus' yang mesti diserahkan kepada tok kadim sintok.Selagi pemutus itu tidak diserahkan maka sukarlah dia mahu mengatasi sihir ular.
Bagaimana pun pak tua mahat mengingatkan dia supaya tidak mengamalkan ilmu sihir ular itu,kerana ia mempunyai hubungan dengan sihir juga.Pak tua mahat memang tidak menyukai anak-anak muridnya belajar ilmu-ilmu yang berbau sihir.Atas nasihat pak tua mahat jugalah salleh bagak tidak mahu meneruskan ilmu ular yang diajar oleh tok kadim sintok.Dia juga langsung melupakan mahu menjelaskan 'pemutus' seperti yang disyaratkan.
  Ketika inilah salleh bagak merasakan dirinya telah terperangkap oleh ilmu sihir ular.Dia semakin terjerut dalam belitan ular yang semakin ganas.Matahari di kepala semakin panas sehingga terasa memijar kekepala.
  "Aku tak fikir geruh aku sekarang ni"bentak salleh bagak cuba melepaskan diri dari cerutan ular tersebut.
Dia terus mengumpulkan tenaga untuk menentang musuh yang dihadapinya.Memang sudah diduganya bahawa yang membelitnya sekarang bukanlah ular lagi tetapi kuasa sihir yang mengancam.Kalau dia menyerah kepada kuasa sihir seperti dialaminya disegamat,maka dirinya akan sentiasa dipermainkan oleh kuasa sihir.
"Sekarang aku berserah kepada allah,dan kau tak akan dapat mengatasi kuasa allah"seru salleh bagak sambil makrifatnya membesarkan dirinya hingga seperti gunung.Apabila dia menarik nafas terasa belitan ular tadi menjadi longgar.Ular sebesar peha yang melilitnya tadi jatuh seperti tali lembik tidak bermaya.Salleh bagak melihat sendiri ular itu menggelupur didalam lopak sawah bagaikan tulang-tulangnya habis remuk.
Biarlah jiran-jiran menerpa datang kepadanya.Ular yang telah mati itu diheret ke tepi pagar rumah.Meraka juga merasa heran bagaimanakah caranya salleh bagak membunuh ular tersebut hanya dengan menggunakan tangan.
  Dalam masa mereka semua heboh bercerita mengenai ular sebesar batang pinang yang tiba-tiba saja membelit tubuh salleh bagak,kegemparan berlaku diatas rumah bila anak kecil salleh bagak yang perempuan iaitu emon pengsan dengan matanya terbeliak.Emon mengeliat-liat seperti seekor ular.Terpaksa pula lah salleh bagak tergesa-gesa naik ke rumah.Sementara dia sampai di muka pintu,dia diberitahu bahawa emon sudah meninggal dunia.
"Nampak nya kau nak juga geruh aku.Tak dapat aku,anak aku juga kau geruh sama"keluh salleh bagak menahan kepiluan.
  Berita emon mati mengejut itu menyebabkan jiran-jiran bertambah heran.Apalah dosa kanak-kanak baru berumur 5 tahun itu,tiba-tiba saja terbeliak mata lalu meninggal dunia.
  Pak tua mahat diberitahu mengenai perkara kematian emon anak gadis kecil salleh bagak itu.Semasa pak tua mahat sampai,semua orang-orang yang berkumpul menjadi gempar kerana ular yang sebatang pinang yang meraka tanjulkan ke tiang pagar tidak ada.Yang mereka lihat cuma seekor ular sebesar ibu jari yang hampir putus kepala tertanjul pada dawai pengikat yang menanjul ular sebesar batang pinang tadi.
Apabila pak tua mahat melihat jenazah emon terdapat lebam-lebam di seluruh badannya.Dia juga diberitahu tentang kejadian-kejadian yang pelik berlaku didepan mata orang-orang kampung yang berkumpul disitu.
"Beri aku buntat ular kau.."perintah pak tua mahat berpaling pada salleh bagak.
Salleh bagak seperti orang bodoh mengikut saja perintah gurunya.Dia mengambil buntat ular yang dibungkus dengan kain kuning terletak didalam beg buruk pakaiannya.Dengan tidak bercakap sepatah pun pak tua mahat mencapainya lalu dibawa turun ke tanah.Dia mengambil ular sebesar jariyang terkene mata rimbas salleh bagak tertanjul pada tiang pagat,lalu dibakarnya bersama-sama dengan buntat ular itu.
Ketika itu pak tua mahat berdiri bercekak pinggang memerhatikan asap dari api unggun dia membakar itu.Lama dia tercegat disitu sehingga dia diberitahu emon tiba-tiba terbersin.Terlalu gembira salleh bagak kerana anaknya dapat diselamatkan.(Bagaimanapun kerana ajal dan maut,jodoh pertemuan,ditentukan allah,selepas dua tahun dari kejadian itu emon meninggal dunia diserang demam kepiali.)
"jadi,aki sudah tidak ada lagi ilmu sihir ular ni.Janganlah nak menuntut ilmu-ilmu sihir,buruk padahnya"dia memberitahu saya diakhir ceritanya.Sepanjan dia bercerita kelihatan air matanya berlinan macam mengenangkan sesuatu peristiwa yang memilukan hatinya
Selesai

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now