Chapter 2 : Future Sight

2.6K 159 3
                                    

Lepas saja Alana kiss si Mason, terus gelap si Mason nampak. Berpinar pinar pandangan dia sekejap. Telinga dia pun sakit sebab macam ada bunyi beep yang kuat ni. Alana berdiri saja tengok si Mason. Masa tu kaki dia ada sudah balik. Si Mason terhuyung hayang sambil pigang kepala dia. Terus lama lama dia semakin okay sudah. Dia tengok si Alana terus dia kelip mata dia banyak kali.

"Are you okay?" Bilang si Alana. Dia risau juga kalau si Mason ada ingat apa apa.

"I feel a bit dizzy. Sakit kepala saya. Did i bumped into something or what?" Bilang si Mason lagi. Dia cuba mau ingat apa yang berlaku tapi macam blank otak dia. Terus si Alana senyum.

"Yes, kau langgar pintu tadi. Then kau rebah. Saya tolong kau berdiri tapi kau refused." Bilang si Alana. Dia tenang sikit sudah sebab si Mason tidak ingat apa apa.

Si Mason diam saja terus dia beredar masuk dalam ofis dia balik. Alana tekup mulut dia mau tahan ketawa. Terus dia tengok jam di handphone dia. Its 9AM then dia mengeluh. Actually dia baru saja buat si Mason hilang ingatan. But its just for temporary. After one week dia mesti buat si Mason hilang ingatan lagi kalau tidak mau si Mason dapat balik tu image dorang tadi. Terus si Alana pegang kaki dia. Masih nyilu dia rasa. Dia pegang lagi dada dia. Syukur lah si Mason tidak sempat lari jauh tadi.

------------------------------------------------------

The Event.

Malam tu si Alana akan buat demonstrasi fabrik baru syarikat dorang. Dia tengok muka dia dalam cermin, terus dia rindu muka dia waktu masih dalam laut. Dia senyum. Dia tengok semua color mekap diatas meja solek, semua pun warm color. Macam yang kebiasaan manusia pakai. Dia ambil handbag dia, nasib baik ada mekap dia bawa sendiri. Tapi dia berhenti lagi sekejap.

"Macamana kalau tu mekap luntur? Ehh.. Alanaaa..kenapa sudah kau ni? You are a mermaid!" Bilang si Alana sendiri sambil dia terjerit kecil.

Dia duduk saja dalam tu bilik. Dia tengok tu sut mermaid yang kena reka khas untuk dia. Itu warna sut memang dia yang request warna emas. Dan itu cup di dada pun memang dia yang minta buat macam kerang punya shell. Jam dekat sudah pukul 8 malam. sekejap lagi dia mesti kena panggil keluar. Bila dia dengar ada bunyi tapak kasut dari main door, dia terus ambil tu sut mermaid then kasi masuk dalam tong sampah. Dia ambil tu rain coat warna hitam terus dia pura pura cover badan dia. Dia duduk balik di kerusi sambil tunggu tu tombol pintu kena buka.

"Krekkkk.." bunyi pintu kena buka. Si Alana senyum sama tu organisation team yang incharged untuk panggil dia.

"Miss Alana? Are you ready? Kita mau jalan sudah ni." Bilang tu crew yang bertugas tu malam.

"Emm okay. But boleh kau tolong saya?" Bilang si Alana lagi. Tu crew buat muka hairan.

"Tolong lupakan apa yang kau bakal nampak sekejap lagi." Bilang si Alana. Terus garu kepala tu lelaki sambil bingung.

Alana senyum saja sama dia. Terus dia hulur tangan dia minta bantu untuk berdiri. Tu lelaki terus dukung si Alana. Macam geli pula dia bila terasa tu ekor si Alana berlendir. Ada bau hanyir lagi. Tapi dia buat tidak tau saja. Si Alana tengok saja muka dia. Sambil dia smirking. Terus dia kasi goyang goyang lagi ekor dia. Sambil dorang jalan, si Alana tidak berhenti tenung muka tu lelaki. Dia mau tengok reaksi tu lelaki saja.

"Err..Miss Alana, baju kau ni diperbuat daripada apa?" Akhirnya tu lelaki tanya juga. Si Alana ketawa terus.

"Original ni. You cannot fake this tail." Bilang si Alana sambil kasi goyang ekor dia. Terus bingung tu lelaki.

"Ori? What do you mean?" Bilang tu lelaki. Macam mau panik muka dia sudah lepas dengar si Alana cakap begitu.

"Yes ori. Because you are holding a real mermaid now.." si Alana bisik di telinga tu lelaki.

Time dia bisik tu dorang betul betul di atas tu akuarium sudah. Tu lelaki mau kasi lepas dia tapi si Alana rangkul kuat leher dia. Then dia sapu sebelah tangan dia di muka tu lelaki terus dia lompat masuk pigi dalam tu akuarium. Itu lelaki tadi rebah sudah dilantai. Pengsan sebab terlampau takut.

Orang ramai sudah berdiri di bawah. Dorang semua berhimpun diluar akuarium. Semua pun pakai baju formal mau tengok pelancaran produk baru syarikat dorang. Orang orang kenamaan dan yang berpengaruh pun ramai yang hadir. Si Mason ada di depan sambil tengok jam di tangan dia. Tepat jam 8:15PM akan mula sudah si Alana masuk.

Bila si Mason bagi signal sama crew yang lain, lampu di sekitar tu aqua centre pun kena kasi malap. Kena pasang lampu biru saja untuk dapat suasana dalam dasar laut. Dalam tu aquarium pun ada berjenis spesis ikan yang tidak merbahaya untuk si Alana masuk. Tidak lama kemudian, dari atas dorang boleh nampak sudah si Alana berenang renang mau masuk pigi dasar untuk hampir sama audience. Semua dorang yang ada disana terpegun tengok dia. Macam macam aksi dia buat. Sampai lah mau 5 minit dia di dalam masih rancak lagi dia kasi hibur orang. Dolphin yang ada dalam tu aquarium pun buat bulatan keliling si Alana. Orang ramai mula sudah bercakap pasal tu fabrik dorang yang dari luar memang nampak silky smooth dan berkilau. Sikit warna pun tidak luntur. Si Mason pun tidak bergerak. Mata dia betul betul terpesona sama si Alana masa tu.

"What the hell.. when did she breath?" Bilang si Sarah sambil berjalan pigi dekat si Mason. Terus terkacau fokus si Mason.

"Huh? Why did you care? Excuse me." Bilang si Mason terus dia kasi tinggal si Sarah disana. Si Mason pigi pindah sana depan dekat betul sama tu dinding akuarium.

Si Mason kasi dekat muka dia sama tu dinding akuarium. Mata dia tengok saja si Alana. Alana pun nampak si Mason tengok dia. Terus dia berenang pelan pelan pigi arah si Mason. Itu tangan si Mason sebelah yang sentuh tu dinding akuarium, si Alana pun sentuh dari dalam. Then dia senyum sambil tengok si Mason. Tiba tiba berdegup kencang pula dada si Mason. Si Alana terus berenang berpusing pusing kasi tinggal si Mason dan continue kasi entertain audience yang lain.

"What are you?" Bilang si Mason dalam hati.

Terkejut si Alana ni. Sebab dia boleh dengar apa si Mason cakap dalam hati. Si Alana terus toleh lagi tengok si Mason di luar akuarium. Dia rasa kalau dia lebih lama lagi di dalam akuarium mesti orang akan suspect something. Dia sempat lagi tengok si Sarah. Hati dia tidak tenang lepas tengok si Sarah.

"Sialan. Nafas apa kau pakai ah perempuan. Nanti kauuu." Bilang si Sarah dalam hati sambil tenung si Alana dengan tajam.

Alana dengar tu semua. Dia dengar macam macam orang mulai bercakap tentang dia. Dia risau kalau semua pun mau suspect macam macam. Si Mason pun balik balik sudah tengok jam di tangan dia. Alana buntu sekejap. Then dia dapat idea. Dia berenang pigi dekat tu kumpulan dolphin, tiba tiba dia buat aksi macam orang sedang lemas. Apalagi semua orang yang ada diluar akuarium pun panik termasuklah si Mason. Makin lama makin lemah si Alana sampai lah dia langsung tidak bergerak. Si Mason lah orang pertama yang panik dan berlari naik pigi tingkat atas.

Sarah geram bila nampak si Mason jadi begitu. Tapi orang ramai semua riuh balik bila nampak sekumpulan tu dolphin angkat si Alana kasi timbul di atas akuarium. Syukur lah tu crew lelaki yang bantu si Alana dari bilik solek tadi masih disitu. Walaupun dia bangun dalam keadaan bingung, tapi dia terus juga tolong si Alana bila dia nampak sudah tidak sedar diri.

Waktu dia angkat si Alana tu terus dia kasi baring di riba dia. Si Mason yang datang dari belakang dengan tuala besar berlari pigi tempat dorang.

"Hey you! Move!" Bilang si Mason sambil tolak tu lelaki.

Si Mason terus tutup tu badan si Alana dari dada sampai lah di hujung ekor dia. Then dia angkat si Alana bawa turun balik pigi bilik solek tadi. Dia kasi baring si Alana di atas emergency table bed. Si Alan masa tu masih tutup mata. Dia risau kalau si Mason buka balik tu tuala di kaki dia. Sebab anytime saja tu ekor dia boleh transform jadi kaki manusia balik.

"Alana Theia..why do you seem so familiar to me?" Bilang si Mason dalam hati.

Lepas saja si Alana dengar si Mason cakap dalam hati begitu, then dia terus buka mata. Dia tarik lagi tengkuk si Mason sampai si Mason punya muka hampir sama muka dia then the kissed. Masa dorang kissing tu juga lah si Sarah buka pintu and witness the scene!

To be continued.

My Love From The Deep Blue Sea (COMPLETED) Where stories live. Discover now