Chapter 1 : Mermaid Show

7.3K 226 16
                                    

Alana sibuk di meja dia seperti biasa. Waktu lunch begini semua orang keluar pigi makan. Tapi dia masih tekun di meja kerja sambil dua dua tangan dia di keyboard komputer. Meja dia ngam ngam diluar pintu bilik bos dia. Nama bos dia Mr.Mason William. Orang dia ni jenis tidak banyak cakap. Kalau bercakap pun pasal kerja saja. Jadi dia sama Alana ni kira macam less communicate kalau bukan pasal kerja. Kalau dari dalam bilik tu bos, dia boleh nampak si Alana diluar. Dia tengok saja si Alana dari dalam. Then dia nampak si Alana kasi keluar sesuatu dari dalam handbag dia. Ada bread kosong sama satu tin sardin? Garu kepala terus si Mason.

"Such a weird girl.." bilang si Mason terus dia kasi turun sikit belakang kerusi dia sambil kasi rebah badan dia.

Lebih kurang juga gaya dorang ni. Masing masing pun lebih suka bersendiri time lunch break. Kijap saja terus si Mason pun tertidur. Si Alana pula masih lagi tengok kiri kanan ada orang kah tiada. Terus dia tengok si Mason, sudah tertidur. Terus dia senyum.

"The spell were so work on him." Bilang Alana sambil senyum.

Then dia ambil tu bag dibawah meja dia. Dalam tu bag ada tupperware kecil. Dia buka then hidu sambil tutup mata. Ada ikan mackerel mentah dalam tu tupperware. Punya lama sudah dia tidak merasa makan ikan mentah. Sejak dia hidup jadi manusia, dia terpaksa belajar makan ikan yang sudah masak. But for today's lunch no. Dia mau makan ikan mentah. Sampai menjilat jari dia makan. Tidak sampai berapa minit habis sudah tu ikan dalam tupperware. Dia simpan balik tu bekas then dia ambil hand sanitizer, sama wet wipes. Dia lap bersih tangan sama mulut dia.

Bila dia rasa sudah ready balik, terus mulut dia kumat kamit macam baca sesuatu. Dia petik jari then sekelip mata si Mason terbangun. Alana ketawa kecil sambil continue buat kerja. Si Mason yang macam bingung bingung bangun terus ramas seluruh badan dia sendiri. Rupa dia yang macam baru lepas mimpi ngeri. Dia berdiri dari kerusi sambil pegang coat dia. Dia jalan lurus saja pigi pintu mau keluar. Cepat cepat si Alana pusing pura pura tidak tengok.
Sampai di luar, sempat lagi si Mason tengok si Alana.

"Alana, how's the meeting preparation tonight? Sudah kau siap buat slideshow?" Bilang si Mason sambil kasi bagus butang lengan baju dia.

"Err, ya sudah. Contoh fabrik pun saya sudah compile." Si Alana jawab.

"Sudah fikir kah iklan untuk produk baru kita?" Bilang si Mason lagi. Terus berkerut dahi si Alana.

"Kain baru kita bah yang printed fabric tidak mudah luntur? Any idea?" Bilang si Mason sambil tengok muka si Alana. Terus si Alana pukul dahi dia. Baru dia teringat tu projek yang dorang bincang semalam.

"Ohh ya. Sudah ada. How about we do a mermaid show in our Aqua Centre? Model mermaid punya baju kita design guna fabrik baru company and then people can see if the materials mudah luntur atau tidak. Boleh kah?" Bilang si Alana. Terus Mason berfikir pandang tu lantai yang kosong.

"Hmm quite nice. Nanti saya fikir balik. We'll discuss back later." Bilang si Mason sambil jalan kasi tinggal si Alana.

Sambil dia jalan, si Alana tengok saja dia. Terus Alana ketawa. Actually si Alana ni dia boleh dengar inner voice manusia. Apa yang manusia cakap dalam hati dia boleh dengar dengan jelas. Dia ketawa sebab si Mason masih terfikir pasal mimpi dia tadi. Alana geleng kepala saja sambil continue buat kerja.

-----------------------------------------------------

Meeting Session

Bilik meeting penuh sudah dengan pekerja. Tidak lama lepas tu si Mason pun masuk. Di belakang dia ada si Alana. Alana ambil seat di sebelah Mason sebab dia setiausaha si Mason. Bila semua sudah okay, dorang pun start buat pembentangan. Topik utama dorang ialah tentang majlis pelancaran produk baru syarikat. Baru baru ini dorang kasi keluar printed fabric yang paling latest. Tahan luntur dan tidak mudah lusuh biarpun dibasuh dengan kerap.

My Love From The Deep Blue Sea (COMPLETED) Where stories live. Discover now