BAB 1

1.8K 3 0
                                    

"Sakit bang!! Arrgg!!" Izreen meraung sekuat hati apabila Zainal mula merentap kasar rambutnya, rambut yg keperangan Oren milik izreen habis kusut Masai akibat tarik kan yg kuat dari seorang lelaki seperti Zainal.

"Biar sakit!! Hati aku lagi sakit, yang kau suruh isteri aku tengah mengandung tu masak kenapa hah!!' Zainal menghampurkan kemarahannya sambil menampar-nampar pipi isteri pertamanya, mana tidaknya, dia baru sahaja pulang Dari kerja, khadijah datang menangis-nangis mengadu Reen membulinya dengan menyuruh masak makan malam.

" mana Ada Reen suruh bang, perempuan tu yang nak masak"
"Heyy!! Perempuan takkan lah isteri aku yang warak macam Ustazah tu nak menipu, kalau kau! Aku percaya lah.. Dasar perempuan murah! Pakai baju pon tak cukup Kain" herdik Zainal sambil menunjal-nunjal kepala isteri pertamanya.

Zainal melepaskan cengkaman sambil mengibas-gibas bajunya.
"Esok aku nak kau keluar dari sini. Aku akan ceraikan kau"
Ucapkan Zainal Tanpa rasa bersalah.

"Tapi kenapa abang? Hah? Abang paksa saya kahwin lari sya ikut, Abang nk kahwin lain saya benarkan, Abang larang saya jadi model sya berhenti jadi model. Apa salah saya ?" Reen meratap kesedihan, bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Dalam dia meratap tersungkur dilantai bilik, dia dapat melihat anak sulungnya yang berusia 5 tahun bersama anak keduan nya 2 tahun menyorok disebalik langsir.

"Siapa suruh kau bodoh ikut aku, yela dulukan Kau hot, siapa je taknak.. Kiri kanan orang pandang, sekarang kau tengok lah diri kau, dah la miskin, gemuk dah macam badak berendam" hina Zainal "dah tau badan macam tu masih tak sedar diri, masih nak pakai baju ketat-ketat, masih nk bersolek mcm opera cina, muka kau ni layaknya jadi pelacur lorong je" sambung Zainal sambil tersenyum sinis, matanya masih ralit memandang iPhone miliknya..

Izreen mengagahkan diri untuk bangun, pantas kakinya menapak ke arah suami durjana, lantas tangan membaling iPhone milik suami nya ke arah dinding,
Sepantas kilat Zainal bangun Dan menampar pipi izreen
"Bodoh punya perempuan"
Izreen jatuh tersungkur dilantai

"Kau la bodoh jantan tak guna, aku lari rumah sebab kau, aku kena buang family sebab kau, aku jadi macam ni, semua sebab kau, jantan durjana, kau tak layak hidup! Lebih baik kau mati lagi bagus!!" Pekik izreen yang susah hilang pertimbangan, dia bagaikan orang gila mula meronta-ronta menolak Zainal..
Dengan kekuatan kelakian Dan hasutan iblis Zainal menendang perut isteri nya sehingga izreen terpelanting terkena bucu katil,tangan Zainal ligat menumbuk Dan menampar pipi izreen, dia susah hilang pertimbangan.. Perempuan yang dahulunya diidamkan dan disanjunginya kini sudah menjadi perempuan yang paling dibencinya.

Kedengaran suara halus anak kecil menangis, Zainal dengan baran syaitannya mencari arah suara tersebut, izreen susah terkulai lemah kerana dibelasah Zainal, terasa sakit yang teramat sangat dibahagian peranakkannya.
"Diam la bodoh!!" Jerit Zainal kearah hanani, anak keduanya

"Kau dengan Mak kau sama je, menyusahkan" pekik Zainal sambil tangan nya mula melayang ke arah hanani yang tidak henti-henti menangis, namun tangan mendarat di kepala Aiman, anak pertamanya.. Aiman memeluk erat tubuh adik nya,

"Arghhh" jerit Zainal sambil menolak kedua-kedua anaknya. Zainal lantas keluar dari situ, kedengaran bunyi  deruman kereta dihidupkan.
Aiman menarik hanani kearah Ibu mereka yang sudah pengsan.
"Darah?" Ucap Aiman perlahan
Dia berlari sepantas yang mampu untuk pergi mendapatkan bantuan dari jiran sebelah.

************************************
"Syukur alhamdulillah kamu selamat nak, "  puan zaleha mengucapkan syukur setelah izreen sedar.
"Saya Kat mana ni Cik Leha?"
"Kamu dihospital Reen, kesian Mak Cik tengok kamu, perangai si Khadijah tu makin menjadi-jadi, harap Tudung je labuh, tapi perangai, haih! Malas Mak Cik nk ckp" kutuk puan zaleha, bukan dia tak tau, si khadijah membuat cerita sehingga Zainal sanggup memukul izreen

Izreen hanya menunduk butir-butir jernih turun dari matanya

"Sabar je nak, dikala Allah menguji kita, Allah datangkan juga hikmah, tengok lah Aiman tu baru 5 tahun tapi dah pandai risau kan kamu, tadi dia datang rumah Mak Cik ketuk pintu macam nk pecah"
Izreen tersenyum bangga

"Oh ya, mana anak saya Cik Leha?" Pelik juga  sunyi je, takkan lah Cik Leha tinggalkannya di rumah.
"Ada tu, pegi makan dengan pak man.. Kesian, Aiman cakap nani tu lapar belum makan dari pagi tadi"

"Terima kasih ye Cik Leha sentiasa Ada untuk saya, sentiasa menolong saya"

"Tak Ada apa lah reen, sikit je pertolongan ni kalau nk dibandingkan dengan penderitaan reen, kandungan tu jaga elok2, nasib tak gugur je tadi"
"Kandungan?"
"Ya Allah izreen, kamu tak tahu ke kamu mengandung, dah dua bulan setengah?"

Izreen hanya menggeleng, yela dia tidak mengalami apa-apa alahan, morning sickness pon takde

"Beruntung kamu Reen, kandungan kamu tu mampu bertahan, padahal teruk jugak kamu kena belasah, sampai doktor nk report polis, tapi pak man tak bagi" puji puan zaleha

"Saya ingat lepas saya keluar hospital ni sya nak pindah lah Cik Leha, abang Zainal pon akan ceraikan saya"

"Elok sangat la tu reen, acik dah tak sanggup tengok kamu hidup mcm ni, keluar la cari kebahagiaan kamu sendiri, pergi lah mintak maaf Dari keluarga kamu, restu ibu bapa sangat penting nak" puan zaleha memberi nasihat, moga-moga izreen mendengar nasihatnya itu
..
Izreen hanya mampu menekur memandang dinding, ya sudah 6 tahun dia tidak pulang ke rumah orang tuanya

Sorry sangat kalau part ni bosan... Hahahha hope korg enjoy!!!

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Dec 31, 2017 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

IBU TIRIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt