Prologue

13 0 0
                                        

Kang Haneul Aries dan Raven Azrael bersahabat baik sejak kecil. Ibu bapa mereka juga rapat, seakan takdir menyatukan mereka berdua. Rumah saling bertentangan dan sentiasa ditempatkan di kelas yang sama — mereka tak boleh lari sesama mereka. 

Sudah menjadi rutin harian mereka, berjalan bersama menuju ke sekolah bahkan ke mana-mana sahaja bersama. Kebiasaan yang tak pernah terasa bosan pada mereka. Secara tak langsung, semua orang sudah menganggap mereka berdua mempunyai hubungan tetapi pada hakikatnya mereka hanyalah sepasang teman baik. 

❯❯❯❯ ── .✦ ⋆ ˚。🌸⋆ ˚。

Mac — permulaan musim bunga dan permulaan sesi persekolahan. Tahun akhir buat pelajar menengah atas. Haneul dan Raven kini menginjak usia 19 tahun. 

Raven keluar dari rumahnya setelah mengucapkan selamat kepada keluarganya. Dia berjalan beberapa tapak sebelum bersandar pada dinding tembok rumah Haneul. Kedengaran suara Haneul mengucap selamat kepada keluarganya.

Haneul membuka pintu pagar dengan pantas dengan roti di mulutnya. Rambut potongan serigala dengan sentuhan highlight ungu serta bentuk matanya seperti kucing menyerlahkan aura 'Ice Princess' Haneul. 

Raven menoleh sekilas memastikan itu Haneul sebelum mula berjalan menuju ke tempat menunggu bas berhampiran. Bau haruman vanilla lembut dengan sentuhan floral menyegarkan menyusul. 

Haneul kini berjalan menyaingi langkahnya — selari. Raven sesekali mengerling Haneul yang mengunyah perlahan rotinya. Vanilla milik Haneul bercampur dengan aroma asap kayu dari minyak wangi Raven — dua bau yang berbeza, harmoni saling melengkapi. 

Raven mengamati alunan rambut Haneul, gerak mata dan bibirnya. Seketika jantungnya berdetak laju dari kebiasaan. Langkah terhenti seketika tetapi cepat dia melangkah semula. 

Apa aku buat tadi? 

Mereka tiba di perhentian bas — hanya mereka berdua disitu. Haneul menggosok-gosok jari yang masih melekat sisa roti. Tanpa kata, Raven menghulurkan sapu tangan.

"Nah..." Haneul menyambut huluran Raven dan mengelap jarinya. 

"Lainkali, prepare sapu tangan or tisu." kata Raven dengan kening dijongketkan. 

Haneul hanya menjeling malas. "Iyelah... Nanti aku bawak." jawab Haneul sebelum memulangkan semula sapu tangan Raven. 

Raven menyimpan sapu tangan, kemudian membelek telefon sebentar. Haneul memerhati jalan — sampai Raven menyedari sesuatu. Dia mematikan skrin telefonnya dan memusing sedikit tubuh ke arah Haneul.

"Kau..." tangannya dilalukan di atas kepala Haneul. "Macam makin tinggi..." katanya perlahan sebelum menepuk kepala Haneul dengan telapak tangannya. 

Haneul merengus kecil. Dia segera mengalihkan tangan Raven yang berada di atas kepalanya. "FYI, I'm 170." balasnya sambil membetulkan rambutnya. 

Mata Raven membesar sedikit. "Sejak bila kau tinggi macam ni?" Dia menekup mulut, kononnya terkejut.

Haneul menjulingkan matanya keatas. "I've always been this tall for the past 2 years." bidas Haneul sebelum menumbuk perlahan perut Raven.

Raven sempat menahan tumbukan Haneul dan merapatkan jarak mereka. Haneul sedikit terkejut dan berdiri kaku ditempatnya. Matanya tepat merenung mata Raven yang hitam gelap — mata yang penuh dengan rahsia. 

"Hmm... Mungkin sebab aku selalu dengan kau, aku tak perasan this slight change." katanya sebelum melepaskan pegangannya pada Haneul. 

Dia berdiri tegak dan membanding beza ketinggiannya dengan Haneul. "Aku rasa aku dah cecah 185 cm. Nak kena check balik." sambungnya.

Haneul masih mendongak memandang Raven. Matanya dikecilkan. "You are certainly almost 190, Raven." 

Haneul membelakangkan Raven cuba menyembunyikan wajahnya. Tanpa sedar tangannya naik memegang dada kirinya. Terasa getaran halus dan perut berombak seakan ada sesuatu menari di dalamnya. 

What's wrong with me?

Dia segera menggeleng pantas dan menarik panjang nafasnya. Raven memandangnya pelik. "Kau okay ke?" tanyanya sambil memegang bahu Haneul. 

Haneul berpaling pantas dan memegang tangan Raven. "Aku okay. Mungkin nervous nak start final year, I guess..." dalihnya. 

Seketika kemudian, udara dingin bertukar hangat dengan deruan enjin bas semakin menghampiri. Sebaik sahaja bas berhenti, mereka masuk dan duduk di tempat kosong. Mereka berdua lebih selesa diam di sepanjang perjalanan ke sekolah. Raven sempat bermain permainan video dan Haneul hanya merenung ke luar. 

"Welcome back to Bitseong Elite High!" mereka disapa dengan ramah oleh guru yang menjaga pagar masuk sempena kemasukan pelajar setelah cuti musim sejuk. Haneul dan Raven berpandangan sesama mereka sebelum memberi tunduk hormat sambil tersenyum mesra kepada guru tersebut.

Permulaan musim bunga yang damai, mungkin tahun terakhir yang akan mengubah sesuatu di antara mereka. Mekarnya bunga seiring dengan mekarnya perasaan mereka terhadap satu sama lain. 

Unexpected FeelingsDove le storie prendono vita. Scoprilo ora