aku menghela nafas panjang. sebelum aku meninggalkan tempat itu, sempat jugak aku memandang langit gelap yg dipenuhi bintang bintang itu.

the skies that are full of you

-

balik je, aku perasan yg rumah aku gelap. macam biasa, aku tekan suis untuk nyalakan lampu di seluruh rumah aku.

mana ha seul? dia keluar ke? tapi dia tak mesej aku pun.

sewaktu aku berjalan melepasi dapur, baru aku perasan yg makan malam dah dihidang atas meja.

tapi hanya untuk seorang

kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

aku segera ke bilik ha seul. aku mengetuk buat beberapa kali.

" ha seul, kau kat dalam? "

" kau dah tidur ke? "

aku melihat jam tangan aku. baru pukul 11:00 malam.

jangan kata ...

" ha seul! "

aku lantas memulas tombol pintu bilik ha seul.

kosong.

bilik tersebut kosong.

yg ada hanyalah perabot-perabot.

dan sekotak hadiah kecil dengan sekeping surat di katil.

aku menghampiri katil itu dengan perlahan.

aku mengambil nafas sebelum membuka surat tersebut.

Kim Tae ~
terima kasih sebab bagi aku perlindungan sepanjang aku kena halau dari rumah huhu.

aku tak sempat nak cakap goodbye dekat kau since kau dah menghilang sejak awal pagi tad.

aku mintak maaf kalau aku ada buat silap lagi lagi bila kita gadoh haritu haa hihihhii.

ada satu benda aku nak bagitahu kau,

tolong jangan cari aku sementara waktu ya? kalau kita terserempak pun, anggap je kita tak pernah kenal.

sebab apa?

sebab aku dah letih tanggung sakit. jadi aku biarkan. lets just follow the flow.

pasal perasaan aku ni, kau boleh lupakan je. aku cuma perempuan gila yg tahu cemburu.

dan pasal perasaan kau pulak, aku harap kau dapat selesaikan sendiri. tanya diri kau, siapa kau betul betul cintai.

dan jangan menyesal kemudian hari.

sebab aku tahu, hati kau bukan untuk aku. tapi untuk perempuan lain.

kalau kau dah tahu siapa kau betul betul cintai, kalau kau dah jumpa cinta hati kau, baru datang tegur aku okay? kenalkan dia dekat aku.

and oh ya, dalam kotak tu aku ada belikan something untuk kau. tapi tak sempat nak bagi sebab kau busy. oklah, aku pergi dulu. japgi mak aku tak bagi balik pulak. hihi

goodbye kim taehyung.

haseulcantik <3

hati aku .. retak seribu sebaik sahaja selepas aku membaca surat daripada ha seul.

kenapa aku rasa pedih yg amat dalam hati ini?

kenapa aku tak relakan dia pergi?

sedangkan aku selama ini tak kisah pun?

aku mencapai kotak kecil itu lalu membukanya.

aku tersenyum.

badanna rupanya.

aku pernah bagitahu ha seul yg aku sukakan bandanna. baru nampak hots dan tak sangka, dia belikan untuk aku.

tapi kenapa dia bagi aku secara sedih?

aku memegang hadiah dan surat daripada ha seul seerat mungkin.

' anggap je kita tak pernah kenal '

ha seul betul betul dah tawar hati dengan aku ke?

macam mana aku nak anggap kami ni strangers kalau kami dah rapat?

ha seul tinggalkan aku?

ya, dia dah tinggalkan kau, kim taehyung.

dia dah bencikan kau

dia dah letih dengan perangai kau

hanya kerana kesilapan kecil,

hancur segalanya.

two must fight for love. not one.

==

aku tak jadi nak buat couple seminggu tu aku tak pro ah sweet sweet ni walhal la hidup 16tahun takdek boyfriend

dan aku tengah emo hahaha bye

[ dibukukan ] anti-social • kim taehyung [completed]Where stories live. Discover now