"Memanglah tapi kita takde bukti pun Sun Woo yang pukul budak tu. Lagipun jelaskan tadi bukan Sun Woo yang pukul" Namjoon mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia cuba untuk menghalang Yoongi untuk bersuara sekali lagi kerana risau perkara lain pula yang akan terjadi.

"Korang berdua ni dah kenapa? Kenapa korang nak menangkan si Sun Woo tu? Aku ni sebagai sepupu dia, aku kesal tahu tak? Kalaulah dari dulu lagi aku ajak dia tinggal sama-sama dengan kita, mesti dia takkan jadi macam ni" Hoseok mula berdiri kerana geram dan kesal dengan diri sendiri serta dua orang sahabatnya.

"Hoseok, cuba kau sedar sikit. Dia yang pilih nak hidup macam tu, bukan salah kau pun" Yoongi juga berdiri untuk menyedarkan Hoseok.

"Memanglah itu pilihan dia dan takde kena mengena pun dengan aku. Tapi korang tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni! Dahlah, aku malaslah macam ni. Asyik nak bela dia je nak buat apa? Takde faedah pun. Aku ni kawan korang tahu tak? Sepatutnya korang sokong aku bukan salahkan aku. Dahlah!" Hoseok berlalu pergi dengan geram dan amarahnya sehinggakan kerusi yang diduduki olehnya tadi terjatuh di atas tanah.

Yoongi memandang Hoseok yang sedang berlalu pergi dengan geram. Geram dengan Hoseok yang mementingkan diri sendiri. Namjoon pula masih tergamam kerana buat pertama kalinya melihat Hoseok bersikap sedemikian rupa.

"Yoongi, dahlah" Namjoon cuba menarik Yoongi untuk duduk semula setelah melihat Yoongi sedang menggenggam kedua-dua tangannya.

"Dia cakap aku tak rasa apa yang dia rasa? Dia tak tahu ke macam mana perasaan dia sekarang ni, macam tulah perasaan aku bila dapat tahu selama ni Jungkook selalu kena buli dekat sekolah. Jungkook tak pernah bagitahu aku yang dia selalu kena buli, sikit pun tak pernah. Tapi bila aku dapat tahu semua tu, aku rasa kesal gila dengan diri aku. Aku rasa macam aku bukan hyung yang terbaik untuk Jungkook. Tapi Hoseok? Dia cakap aku tak rasa apa yang dia rasa? F*** this s***!!!"

Yoongi kelihatan marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Hoseok tadi. Namjoon hanya terdiam sambil mengusap belakang Yoongi supaya dia dapat bertenangkan diri. Namjoon hanya berharap agar Yoongi dapat mengawal perasaannya. Tidak lupa juga Hoseok, dia juga berharap Hoseok selamat dan tidak melakukan apa-apa yang diluar jangkaan.

Sesampai sahaja Ssokjin, Jimin, Taehyung dan Jungkook di rumah mereka. Mereka segera masuk ke dalam rumah. Hari pun dah senja, segera Seokjin menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam mereka.

Manakala yang lain hanya berkumpul di ruang tamu. Remote tv dicapai oleh Jungkook lalu menekan butang on. Taehyung yang memandang sekeliling rumahnya berasa hairan.

"Kenapa sunyi? Mana yang lain?" Soal Taehyung.

"Aahlah. Baru aku perasan diorang takde. Diorang keluar kot?" Jawab Jimin dengan persoalan. Taehyung hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Hampir 40 minit telah pun berlalu. Kini makan malam yang dimasak oleh Seokjin dan Jimin hampir siap. Disebabkan Namjoon, Yoongi dan Hoseok masih belum pulang, Jimin menawarkan diri untuk membantu Seokjin di dapur.

Jimin saat ini sedang mencuci pinggan dan mangkuk di sinki manakala Seokjin sedang mengacau sup di dalam periuk. Dia memperlahankan api untuk merenehkan sebentar sup. Sedang dia leka kacau sup di dalam periuk, Seokjin teringat akan sesuatu.

"Alamakk! Macam mana ni?!!!" Soal Seokjin sambil mengusutkan rambutnya. Jimin yang berada di sinki terkejut dengan jeritan Seokjin. Begitu juga dengan Jungkook dan Taehyung di sofa.

"Kenapa? Apa yang terjadi?" Soal Taehyung. Mereka keliru dengan tindakan Seokjin yang berjalan berulang-alik sambil mengusutkan rambutnya. Senduk di tangan masih setia di tangan.

"Macam mana ni???" Soal Seokjin seperti orang yang tidak waras.
Segera Jimin mengeluarkan sarung tangan getahnya dan menghampiri Seokjin. Dia memegang kedua-dua bahu Seokjin supaya Seokjin berhenti berulang-alik.

7012 S2 | BTSWhere stories live. Discover now