"Aduh, kenapa lah buku tu tinggi sangat , sepatutnya pihak library kena lah prihatin dengan orang yang macam aku ni , tak bertimbang rasa betul la . Tak pasai-pasai aku nampak macam katak sebab asyik melompat ja dari tadi . Habis air muka aku sebagai pelajar cemerlang kat Uni ni.." bebel Daniel apabila buku rujukan yang diperlukannya tidak mampu dia ambil dari atas rak tersebut.
Daniel berhenti daripada terkial-kial ingin mengambil buku tersebut dan mula berfikir dengan lebih serius .Bagaimana Daniel ingin mengambil buku tersebut sedangkan ketinggiannya yang comel itu membataskannya dari mendapatkannya.
Tiba-tiba Daniel terlihat seorang gadis yang kelihatan agak tinggi yang sedang duduk di salah sebuah meja di dalam library itu . Lalu dia pun berkata " Uishh, tinggi budak ni , mesti dia boleh tolong aku ni. " Daniel tersengih sambil memikirkan betapa bijaknya dia mengatasi masalahnya itu.
Daniel mula mendekati gadis tersebut lalu menyebut " Ermm , assalamualaikum , err , hi .."
Namun gadis itu pantas menjeling ke arah Daniel dan berkata di dalam hati " Apasal dorh budak kecik ni , nak mintak sedekah ke dekat aku , aduhai aku dah lah tak kaya mana . Jangan harap aku nak layan " lalu gadis itu cepat-cepat ingin berambus daripada melayani Daniel .
"Ehh , awak nak pergi mana tu? Awak boleh tolong saya tak ? " Daniel menahan gadis itu daripada meninggalkan dia .
Lalu gadis itu pun berkata " Kau nak apa haa, kalau kau nak duit , aku memang tengah kosong sekarang ni." Gadis itu mahu tidak mahu sahaja membalas kepada Daniel .
"Ehh bukan la, saya cuma nak mintak tolong awak ambilkan buku tu ja . Saya tak sampai la. Awak tengok la ketinggian saya ni , mana la nak sampai kalau nak ambil buku tu . Kenapa lah rak-rak kat sini semua tinggi-tinggi ekk? Hurmm , so awak tolong ekk? " bebel Daniel dengan terperincinya.
"Aishh budak ni .Yerlah aku tolong . Dah tau diri tu pendek makan la banyak-banyak kalsium , kasi tinggi sikit , lelaki kalau tak tinggi tak segak tau . Nanti tak dak siapa yang nak dekat kau." Ceramah free diberikan oleh gadis itu kepada Daniel sambil dia mengambil buku di atas rak tersebut . Lalu diserahkan kepada Daniel yang hanya tinggi setakat dagunya sahaja.
"Bukannya tak makan kalsium , sebab terlebih makan la saya jadi cerdik macam ni bukannya makin tinggi tapi makin cerdik." Kata Daniel bermegah-megah dengan status pelajar cemerlangnya itu .
"Lagipun kalau tak dak orang yang nak dekat saya , apakata awak ja yang jadi suri hati saya . " kata Daniel bercia-cia dengan gadis tersebut.
"Erkk , oke aku gerak dulu" kata gadis itu kerana ingin cepat berambus daripada situasi krikk krikk tersebut.
"Ermm sebelum tu boleh saya tahu nama awak apa? " tanya Daniel kepada gadis itu.
"Kau tak perlu tahu." Balas gadis itu lalu meninggalkan Daniel terkial dengan persoalannya itu tadi.
"Aduhaii , minah ni aku cuma nak tahu nama dia ja , kot-kot boleh sebut dalam doa aku supaya dia jadi isteri aku ka." Daniel tersengih dengan kata-katanya sendiri.
Apabila Daniel ingin berlalu meninggalkan kawasan itu. Daniel terpandang sebuah beg duit di atas meja tersebut. Daniel mengesyaki beg duit itu adalah kepunyaan gadis itu tadi . Maka Daniel kelihatan gembira sekali kerana dapat juga akhirnya mengetahui nama gadis tersebut iaitu Anis Syakirah bt Azizan .
" Manisnya nama dia , tapi bila tengok pada perangainya berbezanya perwatakkan si pemilik nama tersebut. " dengan puitisnya Daniel berkata-kata.
"Aku harap ni bukan lah pertemuan terakhir kami . Aku harap aku dapat jumpa dia lagi nanti. Jodoh pertemuan di tangan ALLAH"
Harapan dan doa daripada Daniel kepada yang Maha Pencipta..
ANDA SEDANG MEMBACA
Anis Daniel Short Story
Short StoryKisah yang pelik namun boleh terjadi.. Daniel-seorang lelaki yang rendah namun gentleman. Anis-seorang perempuan yg tinggi dan bersifat kasar sedikit namun baik hati. Dua manusia yg hidup dgn ketinggian yg kontra tapi sweet sebenarnya. Namun kuatkah...
