Anak aku?!

176 13 4
                                    

       " Akim, kau datang nanti jangan ko buat tak ingat pulak bawak budak Awie tu sekali.."
Amirul berpaling untuk kali terakhir setelah lebih kurang 127 kali memberi pesanan yang sama.

       " Gua tak faham betul..Gua kat
sebelah Lu jer..pehal dia pesan kat Lu macam la Gua duk kat Scotland..Huh.." Awie menggeleng sambil menyambung ear phone di telefon pintarnya.

         " Tulah..Bukan setakat ayat dia je, rentak suara dia pun aku dah hafal..Dahlah..kau tu jangan tak ingat pulak..Jumpa kat seven eleven taman kumbang.." Akim berlalu ingin pulang ke rumah.

Awie terangguk angguk sambil turut berlalu. Lagu didegarinya
begitu rancak sampaikan kepalanya turut sama terikut.

Tapi tidak lama kemudian, entah anak siapa pula yang menarik ear phone di telinganya itu.

       " Mak aku ada cakap, jangan angguk disebabkan dua perkara. Pertama, jangan angguk sebab tersengguk tidur dalam kelas. Kedua, jangan angguk sebab dengar lagu hip hop. Kau dengar tak apa aku cakap tadi hah? "
Tiba2 dia diserbu pesanan ringkas si Akim. Awie teremenung sejenak sebelum tersengih. Tahu2 je Akim ni.

Belum sempat dia menggeleng kepala,dia tertunduk dahulu hasil hempukan Akim.

-------------*************---------------
Akim POV

          " Abang! Awal balik hari ni?
Kenapa? Awek mintak broke ke hari ni bang..?" Satu soalan kurang asam mana entah duk tiba2 sapa aku dari belakang.

Haisy..budak berhingus ni rupanya..Suka Suki je cakap aku broke ngan makwe.

       " Percayalah..Abang terlalu hensem untuk disukai..haih. Kotor
betul kasut ko tu Zura..Kau gaduh pulak eh tadi.."

Tepat tekaan aku.Terus je budak  tu sengih2 macam etok busuk.
Ouh..tahu ke apa tu etok??

Hah..Yang tu bukak googke.Apa2 jelah..Budak sorang ni memang minah gengster dari standard one lagi..Ikut perangai sape entah.

        " Assalamualaikum mak!! Zura dah balik! " Zura menjerit beri salam. Kasut dibuka dan..

Eh..nak kemana pulak budak tu?
Ouh..nak sorok kasut eh..haha.....
siap ko..😏

Kejap..ada kasut pak cik mana pulak ni depan muka pintu rumah aku ni ?? Takkanlah..

        " Zura..mak ada skandal ke weh...Kasut sape ni weh..?"

Aku main bedal jelah apa pun yang nak keluar. Yang pasti..
aku lebih harapkan skandal mak daripada...

        " Mengarutlah abang ni..Kita
ni ada ayah lagi tau..Ayah balik lah bang..Tu pun tak tahu ke? "

Jawapan yang sungguh aku tak harapkan..Buat apa pulak suami mak ni balik hah??Dah bertahun dia tak balik ni dah kenapa muncul main hentam jek ni..

Ni yang deng rasa tak nak balik ni..Tapi fikir mak..Hem..masuk jelah..

Akim POV end..
-----------********-----------********------
        " Lah..apahal ko tak cakap awal2..Tahu aku plan outing tadi.
Huh..Esok..kita outing..Yes!! Game
super maniac tunggu aku!! "
Amirul merebahkan diri di atas katil.

        " Hem..Gua tak tahu pulak yang Akim dah ada makwe.." Awie mengejutkan Amirul. Mustahil..Takkanlah dia tidak tahu selama ni.

        " Hah? Kau biar betul Akim..
Weh..Weh.." Amirul memanggil dari jarak semeter daripada si tuan nama.

Akim memandang pintu bilik dengan penuh kebluran sekali.

         " Tengok tu..Termenung siap.Hem.." Awie menggelengkan kepala kemudian menyambung basic activity nya....Main game .

        "Pssstt..Awie..Kita buat plan nak? Tak banyak..Plan A je..B,C,D tak ada..nak? Hehe.." Amirul menggosok gosok tangannya berulang kali. Niat jahat tersirat di hatinya.

         " Roger..." Awie tersenyum sinis juga. Tetapi kemudian dia mempamerkan muka blur2.

        " Tapi apa kau nak buat weh ? "
Awie memandang Amirul yang masih tersengih.

        " Entah lah..Aku pun tak tahu..
Batal jelah.." Amirul kembali merebahkan diri di atas katil diraja yang empuk . Matanya terus menerus memerhatikan Akim .

        " Kau kenapa Akim ? Something wrong ja aku tengok kau ni.. Kau pecahkan pasu bunga mak kau ke apa ? Kalau kau terpecahkan pasu bunga mak kau tu , minta maaf lah .." Amirul begitu baik hati sekali memberi nasihat kepada sahabatnya .

       " Mende kau Amirul ? Haih..Ayah aku..." Belum sempat Akim menghabiskan ayatnya , Dahang Semat muncul secara tiba tiba dengan berpakaian ala2 tentera .

       " Putera Amirul , Akim , Nawawi , Sultan Amru minta mengadap . "

Tiga budak lelaki itu masih merenung dahang Semat . Akim menjalankan tanggungjawabnya sebagai butler Amirul dengan membetulkan mulut Amirul yang terlopong sedikit .

       " Push..! Hensem ah Dahang Semat ! " Amirul dah mula berpusing pusing di sekeliling Dahang Semat . Dahang semat automatik tersengih sengih .

      " Thank you so much..Well..Hehe.." Dahang Semat dah mula menggosok gosok belakang tengkuknya . Badannya sedang sibuk bergoyang goyang entah apa apa . Ketiga tiga remaja itu berkerut hairan dengan reaksi Dahang semat yang pantang dipuji .

      " Err..Asal ngan badan Dahang Semat ni ? Look like a person at Tanjung Rambutan .." Bagi mengelakkan sebarang keterasaan hati , Awie mengomen menggunakan bahasa inggeris membuatkan Dahang Semat terblur blur di situ .

       " Eh..eh..Tuanku titah suruh mengadap..Cepat cepat . " Sedar akan kesilapannya , Dahang semat tiba tiba kalut semacam .

-------------------------------------------------------------------------------------

      " Weh..aku nak pergi tandas . Kau pergi dululah .." Akim berlalu menuju ke tandas . Amirul dan Awie meneruskan perjalanan untuk mengadap Sultan Amru.

Pintu besar bilik persidangan ditolak . Amirul agak terpana melihat  3 orang lelaki dewasa berpakaian tentera segak serentak memandangnya. Sultan Amru duduk sambil memandangnya di atas  singgahsana .

       " Err..Yer..Eh..Ouh..Ah..Em.." Amirul cuba memulakan bicara dengan sopan namun dirinya terkalut tanpa sebab . Para tentera tersebut memandangnya atas bawah dan mengukir senyuman ' hormat dalam hairan ' .

       " Ouh..ini ke Putera Amirul bakal pewaris takhta kerajaan Barakah..Apa khabar , putera ? Patik , ketua tentera diraja Barakah..Salam bertemu ! " Ketua tentera itu menghulurkan tangannya namun dibalas lopongan daripada Amirul .

       " O...........A....Pak cik....ni...muka macam pak cik Saleh , ayah kawan saya..hahah.." Amirul menyambut tangan ketua tentera itu sambil terus memerhati wajah lelaki itu .

       " Ouh..Patik memang bernama Saleh . Macam mankah boleh sama rupa dan nama ye..Jarang tu..Rare spesies tu.." Ketua tentera yang berpangkat Fil Marsyal itu selamba menjawab .
Manakala Amirul pula kelihatan agak pucat dan matanya melilau mencari seseorang .

        " Eh..Pak cik tentera ni serupa macam ayah akulah muka dia..Wow..ni ke pelanduk dua rupa..? " Akim yang baru tiba berdiri di sebelah Amirul . Awie yang turut sama berada di situ menghempuk kepala Akim secara tiba tiba .

       " Pelanduk senduk kau ! Sepanduk dua rupa weh " Awie menegur kesalahan perupamaan yang dibuat Akim . Akim menggosok kepalanya sebelum memandang kembali kepada ketua tentera tadi yang sedang mengambil giliran untuk terlopong .

       " Akim...? Anak aku ?! "

Satu istana dikejutkan dengan satu gegaran kuat yang terhasil disebabkan jeritan seorang ketua tentera .

       " Weh..!! Mak kau kuali jangan buat main beyblade !! Haisyy! Hiyagh..Huyagh..!! "

Dan para dayang pula mula kalut di dapur akibat cuba mengelak daripada dipukul oleh seorang nenek yang melatah.

       " Sabar..Nah ! Bertenang ! Jangan dipukul mereka semua.. Mengucap.." Seorang atuk pula sedang cuba menenangkan isterinya .

Persoalannya, siapakah nenek dan atuk itu ?

       

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 PUTERA KALUTWhere stories live. Discover now