Difitnah?

222 27 74
                                    

Amirul membuka mata perlahan lahan.Di perhati sekeliling.

        "Aduh..beratnya kepala aku..Aduh..tak boleh nak angkat pulak..Angkat kaki dululah..Ergh.."Amirul cuba untuk bangun.Diangkatnya kaki,dan dipaksa kepalanya untuk bangun.

Akhirnya dia berjaya.Amirul duduk.Dia memandang sekeliling.

          'Kejap,kat belakang rumah je ni..'Amirul bingkas bangun.Insiden tadi berulang di ingatannya.

Siapa perempuan tu?
Siapa kucing tu?Ah..kucing perempuan tu lah agaknya..
Siapa pulak yang pukul kepala dia tadi?
Dah kenapa pukul tiba2?
Buang tabiat nak pukul orang?

Tok..Tok..

         "Mak Cik..Amirul ni..bukalah pintu."amirul memandang jam tangannya.Pukul 11:30 malam.

Kreek..

Pintu dibuka.Kelihatan Mak Cik Siti memandangnya tajam penuh kemarahan.

Amirul tergamam.Dah kenapa ni?Tak pernah lagi Mak Cik Siti pandang dia macam tu.

         "Amirul!Kamu memang anak tak guna!Aku pelihara kamu harapnya kamu boleh diharap!Tapi tengok apa kamu buat?!Kamu mencemarkan maruah akulah budak!!Keluarlah kamu!Pergi!Aku tak nak tengok muka kamu lagi!"Mak Cik Siti tiba2 memarahi Amirul yang tengah blur tu.

Amirul terpana.Apakah?

         "Mak..Mak Cik kenapa?Ap..Apa salah saya?Cuba mak cik terangkan.."Amirul cuba menenangkan Mak Cik Siti.

Mak Cik Siti menunjukkan telefonnya hampir nak kena ke muka Amirul.

Kelihatan gambar Amirul sedang berpegangan tangan dengan seorang budak perempuan.

Amirul tergamam.Kejap..Ini budak perempuan tadi!!Bila masa pulak dia pegang tangan budak tu?!

Fitnah!Ini fitnah!

         "Tak..Mak Cik..Amirul tak buat,Mak Cik!Sumpah Amirul tak tahu apa2!Sumpah!Mak Cik jangan percaya!Tu fitnah!"Amirul cuba merangkul lengan Mak Cik Siti tapi ditepis ganas.

         "Kau tak payah nak kata fitnah bagai..Punyalah kononnya balik lewat pergi sembahyang kat masjid..padahal..kau pergi menggatal sana kan?!Berambus kau,budak!Pergi!"Mak Cik Siti menghempas pintu.

Amirul sebak.Tak..Tak akan menangis..Bukan salah dia..Dia tak tahu apa apa.

Di dalam..

Mak Cik Siti sekarang sedang menggigit jari.Mukanya penuh cemas.

         "Tak apakah?Macam mana kalau dia marah pastu berdendam?Ahhh!Maafkan Mak Cik,nak!"Mak Cik Siti menepuk nepuk pipinya.

          "Relaxlah..mesti dia happy lepas ni..Jom..semua tengah tunggu tu."Seorang lagi wanita misteri mengambil kunci keretanya.

=============================

Amirul berjalan dengan penuh hiba.Dia berasa sangat sedih.Dia mangsa fitnah tahu?Baru tadi dia dengar ceramah fasal fitnah.Dan sekarang...

          "Ya Allah..bantulah hambamu ini.."Amirul mengusap kepalanya.Dia hanya redha.Dia tahu segalanya berhikmah.Sesungguhnya Allah maha tahu segalanya.

Kalau di saat susah kamu carilah Allah.Waktu senang?Kamu mahu lupakannya?Tidak..jangan lupakan yang Esa.Ingatlah..Allah itu tuhan kita.

Amirul lega mengingat tuhannya.Sekarang redha,redha jugak..Penyelesaiannya?

Ah~Dia belum dapat terima hakikat ini sebenarnya.Ya Allah..

Amirul teringat seseorang.

'Jom tengok kalau kau sahabat sejati..'😢

 PUTERA KALUTWhere stories live. Discover now