Pada suatu pagi sabtu yang cerah. Burung berkicauan. Angin bertiup membuatkan aku terasa nyaman. Aku sendiri terasa pelik. Kenapa tiba tiba aku bangun awal? Mungkinkah sesuatu yang aku tidak jangka akan berlaku? Mungkinkah hari tu adalah hari yang bermakna untuk aku? Tanpa membuang masa, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman. Dalam erti kata yang lebih indah, makan angin.
Sedang aku berjalan, lantas mata aku tertangkap akan satu kelibat. Aku mencuba beberapa kali untuk melarikan pandangan aku. Namun tidak berjaya. Apa yang dah terjadi kat mata aku? Malah bukan itu sahaja, keadaan bertambah parah bila jantung aku tiba-tiba berdengup kencang. Aku ada heart attack ke? Aku semakin cuak. Aku cuba bergerak. Tetap tidak berjaya. Sampai la satu tahap aku melihat kelibat itu tersenyum. Saat itu, aku terasa jantung aku dah macam nak luruh. Aku tersenyum tanpa aku sedari.
Aku mula bergerak perlahan dan berselindung di sebalik pokok memerhatikan gelagatnya. Dalam hati aku hanya membisik betapa coolnya dia. Aku memerhatinya sehingga dia melangkah untuk pulang. Aku sedikit hampa kerana tidak berani untuk bertegur sapa dengannya. Malam itu, aku hanya tersenyum membayang wajahnya yang hensem dan cool. Dia sememangnya lelaki idaman aku. Cukup pakej. Aku tak nak lepaskan peluang tu. Aku mesti berkenalan dengan dia. Aku mesti tau nama dia. Aku mesti dapatkan nombor telefon dia. Malam itu aku nekad dengan sebulat suara. Dan malam itu juga, aku tidur bertemankan mimpi si dia.
**********
Pagi keesokannya, aku pergi sekali lagi kat taman tu. Dengan hati berdebar-debar aku menunggu kelibatnya. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Tunggu dan terus menunggu dan terus menunngu. Namun, hampir 3 jam aku menunggu, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Aku terasa kecewa. Aku membuat keputusan untuk terus balik walaupun hati aku tetap berada di situ. Aku merasakan hanya jasad aku je yang melangkah pergi tetapi rohnya tetap setia menunggu di situ.
Petang itu, untuk meredakan hati yang kecewa ini, aku membuat keputusan untuk berjogging sambil menghirup udara petang di taman yang sama. Entah kenapa tiba-tiba semangat aku terus berkobar-kobar. Sampai di suatu selekoh, aku berselisih dengan seseorang. Saat itu, hati aku mula tidak berkeruan. Aku menoleh ke belakang dan ternyata dia la orang itu. Sekali lagi aku ulang, dia la orang itu! Aku terasakan mahu berlari mengejar dia tapi aku sabarkan hati aku. Perempuan ayu persis aku tidak boleh buat sedemikian. Ok, part ayu tu aku menipu. Petang itu, aku pulang ke rumah dalam keadaan yang gembira tak terkata. Bagaikan scene itu berulang dan terus berulang sampai aku terlentok atas katil.
Namun, setelah 3 hari berturut-turut aku menunggu dia pada waktu petang, kelibat dia tidak juga kelihatan. Entah kenapa, aku tidak tahu erti serik. Aku terus membuat keputusan untuk menunggu dia lagi hari ini. Dalam hati, aku berdoa agar aku dipertemukan dengan dia lagi. Aku pelik, kenapa hari ini seperti tiada orang datang ke taman ni? Mana pergi semua orang? Secara tidak langsung, peluang untuk aku berjumpa dengan dia menjadi tipis. Tiba-tiba guruh mula kedengaran. Hujan pun mula turun. Aku cuak! Kemana aku hendak berteduh? Aku pun berlari ke arah sebatang pokok besar yang tidak jauh dari tempat aku duduk.
Hujan semakin lebat seperti tidak merelakan aku untuk balik ke rumah. Aku terperangkap di situ. Aku menangis bila mengenangkan keadaan aku ini. Dah la aku menunggu orang yang tak kunjung tiba malah orang itu tak pernah kenal aku! Terperangkap dalam hujan pulak. Habis basah kuyup. Aku malu kerana keadaan aku seperti ini. Untuk menutup keadaan aku tu, aku duduk bertinggung. Aku menelekup muka aku di lutut. Aku tak tahu sampai bila aku harus berada dalam keadaan seperti ini.
Tiba-tiba aku terasa pelik. Kenapa aku dah tak terkena hujan? Hujan dah berhenti ke? Aku mengangkat kepala aku. Aku terkejut! Ada orang di hadapan aku memayungi aku. Baik sungguh orang ini. Aku mengecilkan mata aku untuk melihat dengan lebih jelas. Dan sekali lagi aku terkejut. Rupa-rupanya si dia yang memayungi aku. Ah, sungguh heaven aku ketika itu.
"Awak ok?",soal si dia. Aku hanya memandang dia tanpa berkelip. Sungguh aku tidak sangka. Orang yang aku tunggu datang selamatkan aku. Macam cerita dongeng!
"Awak..awak tak nak bangun ke?" Soal dia lagi, melambai-lambai tangannya di depan muka aku. Aku terus terjaga dari lamunan aku.
"Ah? Urm...saya memang nak bangun. Tapi...." Aku teragak-agak untuk menghabiskan ayat aku.
"Tapi kenapa?" Soal dia lembut.
"Keadaan saya yang basah ni agak er...agak..awak faham kan?" Aku serba salah.
"Agak apa? saya tak faham." Aku mengeluh. Loading betul la dia nih. Aku menarik nafas.
"Agak seksi la. Saya malu nak bangun."
"Oh. Sebab tu ke? Oh..faham-faham. Nah, ambil pakai jaket ni." Dia membuka jaket yang dipakainya dan diberikan kepada aku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Melihatkan senyumannya, aku menyambut jaket itu. Aku menyarungkan jaket itu dan kemudiannya bangun. Dia tersenyum. Ah, manis sungguh senyumannya. Patutlah aku boleh terpikat.
"Awak tak kisahkan kalau saya tolong hantarkan ke rumah awak?". Aku terkejut dengan pertanyaannya. Eh, mestilah aku tak kisah. Lagi suka ada!
"Ah? Urm..tak..tak kisah. Malah saya berterima kasih kat awak sebab sanggup tolong saya. Macam mana awak tahu saya ada kat sini er?" Soal aku. Ya, sebetulnya aku hairan. Macam mana dia boleh muncul kat depan aku.
"Tadi saya on the way nak pergi kedai runcit. Time tu memang dah nak hujan. Saya ada nampak awak duduk kat bangku tu. Lepas saya keluar dari kedai tu, hujan dah semakin lebat dan saya ternampak awak tengah berlari ke arah pokok ni. Saya rasa tak sedap hati la pula kalau biarkan perempuan sesorang kat sini. Dah la zaman sekarang macam-macam kes." Aku mengangguk-angguk mendengar penjelasannya. Ternyata dia memang baik. Tak mungkinlah kalau dia hanya berpura-pura baik. Aku dapat rasakan niat dia memang ikhlas.
"Terima kasih tau. Saya betul-betul terhutang budi dengan awak." Sekali lagi dia tersenyum. Ah, orang ini begitu murah dengan senyuman.
"Tak de hal la. Urm, Jom la kita jalan. Hujan pun macam semakin lebat nih. "
"A'ah..jom la.."
"Oh ya, rumah awak kat mana?" Soal si dia.
"Kat depan ada selekoh. Lepas tuh, belok kanan."
"Oh, tak jauh mana la."
"A'ah. Sebab tu saya suka datang sini. Sebab dekat." Tapi saya lagi suka datang sekarang ni berbanding dulu sebab sekarang saya boleh tengok awak tiap kali awak datang sini. Bisik hati aku.
"Untung awak ya. Tiap-tiap hari awak boleh datang sini. Saya boleh datang sini masa-masa tertentu je. Time weekend la saya boleh free gila-gila. Kalau hari lain, saya tak confirm sangat."
"Oh. Mesti sebab buzy dengan keja kan?"
"A'ah. Memang pun. Kerja tak pernah habis. Kadang-kadang kena turun pergi site la. Ada meeting la."
"Dah nama pun kerjakan. Nanti kalau tak kerja nak sara apa? Nak kasi anak isteri makan apa?"
"Tu la. Nasib baik tanggungan tak berat. Hidup bujang tak susah mana. Nanti kahwin, lagi berat. Sekarang ni pun, nak berbakti kat ibubapa dulu. Bila sampai masa, baru fikir pasal kahwin." Aku berbunga-bunga mendengar kata-kata dia. Wah, dia single lagi la weiii! Ada can ni!
Kami berborak sampai kat rumah aku. Dia memang peramah. Banyak cerita yang dia kongsi. Aku terasa sangat dekat dengan dia. Dan jaket dia aku pakai sampai ke rumah malah aku terlupa untuk pulangkan kat dia. Tapi tak pe la. At least aku ada sebab untuk berjumpa dengan dia lagi. Balik tu memang teruk aku kena marah dengan mak aku. Tapi tak kisahlah sebab si dia yang temankan aku.
Malam itu, aku demam teruk. Dan walaupun demam, aku tetap tak kisah. Terasa hari itu hari terindah dalam hidup aku. Berkali-kali aku mencium bau jaket itu. Terasa seperti si dia berada dekat dengan aku. Buat masa ni, aku tak nak basuh lagi jaket tu. Tunggu aku baik dari demam baru aku nak basuh. Aku nak kekalkan bau si dia dulu. Tapi entah macam mana, aku telah terlupa sesuatu. Nama si dia! Aku terlupa nak tanya nama dia! Walaweiii...apa ke bengap sangat aku ni. Apa-apapun, malam itu sekali lagi tidur aku lena dibuai mimpi-mimpi indah bersama si dia. Sesungguhnya aku memang angau tahap gila-gila kat si dia.
YOU ARE READING
Bila Cinta
RomanceBermula dengan persahabatan dan berharap kita akan akhiri dengan perkahwinan yang bahagia. Aku cintakan dia. Aku fikir dia pun menyimpan perasaan pada aku. Namun aku tersilap. Dia sudah mempunyai penghuni dalam hatinya. Dan aku tersenyum walaupun h...
